Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Untung jadi orang lawa

Malam tadi gua balik dari kerja terus shoot pergi open house kat rumah Ajak. Dia ada buat BBQ sikit. Lama tak buat BBQ ni. Time sekolah-sekolah selalu la.

Gua dah sampai, tapi budak-budak lain semua tak sampai lagi. Hampeh. Segan gua ramai giler sedara mara si Ajak ni. Layankan Ajak je panggang ayam.

Dekat sejam lepas tu, baru budak-budak ni sampai. Mapei, padel, awie, izraq. Tapi kapek takda. Kena jaga rumah.

Padel ni gua lama giler tak jumpa dia. Raya ke-4 ni baru dia balik JB. Tu pun esok dah kena balik mula ke Perak. Kena standby 24 jam takut-takut ada kes kecemasan raya pertama sampai ke-3. Ye la, banyak yang sakit perut kan makan banyak raya-raya ni.

Macam biasa, kalau lepak dengan mamat ni, memang tak kering gusi. Cukup la mapei dengan kapek yang suka buat lawak buntut, di tambah dengan mamat ni, memang sakit perut, lenguh mulut ketawa je. Kitorang lepak dekat rumah Ajak sampai pukul 2 pagi kot. Sedara mara dia dah tidur, kitorang bantai gelak lagi kat luar. Memang takda hati perut punya.

Bukan selalu dapat kumpul macam ni, tu pun tak cukup corumn lagi. Kapek takda. Macam-macam la kitorang bercerita. Cerita padel la yang kitorang suka nak dengar. Cerita-cerita perantau.

Cerita pertama

First dia open cerita pasal seorang gadis 18 tahun sesak nafas, tak boleh langsung bernafas dengan betul. So, dia cerita la prosedur-prosedur untuk check jantung.

"Adik, abg nak kena check jantung adik ni.. adik kena bukak baju ni.."
"Hah?! bukak baju.. taknak-taknak.." Cakap sambil tercungap-cungap
"Tak, memang prosedur dia macam tu.. kalau tak macam mana abang nak tahu jantung adik ada problem ke tak.."
"Erm.. yeke ni bang" Sambil menyelak baju malu
"Iye.. Ha, bukak yang dalam tu sekali.."
"Hah?!.. Bra kena bukak sekali ke.. Taknak la bang..!"
"Habis, abang nak tampal benda ni macam mana..?" Sambil menunjukkan punat-punat elektronik untuk cek jantung.
"Abang tampal je la mana yang ada ni.. Tak payah la nak bukak bra ni.."
"Abang nak kena tampal benda kat bawah payudara adik la.. Jantung kan kat dalam tu.."
"Taknak la bang...!" Masih bercakap dalam tercungap-cungap sesak nafas.
"Ha, takpa, kejap abang panggil ayah adik jadi saksi..."

Padel ni pun keluar jumpa bapak budak tu..

"Pakcik.. macam ni.. Anak pakcik tak boleh bernafas dengan betul walaupun saya dah suruh dia bernafas cara normal.. So, sekarang ni saya kena suruh la buka bahagian atas badan dia untuk check jantung dia. Saya nak pakcik masuk sekali la sebagai bukti.."

"Err.. takpa la nak.. Awak buat je la kerja awak.. Saya tunggu luar je.."
"Tak boleh pakcik.. Kena ada sorang tengok. Takkan saya berdua je.. Tak boleh"
"Eh, xpa.. pakcik paham.. Awak buat je kerja awak tu.."
"Pakcik masuk je.. jadi bukti.."

Pakcik tu akur je masuk jugak.

"Aa.. dik. abang dah ajak ayah awak masuk ni. Kita boleh la teruskan nak check jantung adik ni."
"Eh, apa ni.. Taknak la bang ayah tengok.."
"Ayah kena ada, sebagai bukti"

Si ayah malu-malu, pandang-pandang tempat lain.

"Taknak la bang.. Saya dengan abang je la.."
"La.. mana satu ni.. Takpa bukak je.."

So, proses tu berlalu dengan lancar. Si ayah memang malu-malu. Si padel ni cerita kat kitorang dia pun tak tau pasal apa ayah dia tu malu sangat. Sambil berkata..

"Aku risau dia belasah anak dia je balik tu"
"Asal pulak..?" Gua tanya kesengalan
"Ye la, sekarang kan banyak kes-kes anak baham anak ni.."

Baru la gua dapat apa maksud "belasah" tu. Tapi memang betul jugak tu. Mintak-mintak takda apa la terjadi dengan budak tu.

Cerita kedua

Setiap masa mesti ada je kes-kes rogol kat klinik dia jaga tu. Member dia ada yang kerja kat JB, memang tak putus la kes setiap hari. Kat penang pun sama. Kat KL tak payah cerita la. So, kitorang nak tau jugak cara nak check orang dah kena rogol ni.

"Ko pernah check ke del kes orang kena rogol ni..?"
"Selalu.. Ada satu kes, kena rogol dengan pakcik dia. Masa tu kenduri kahwin, dia minum kopi, pastu mabuk. Bangun-bangun, ada binatang tidur sebelah dia"
"Binatang..? binatang apa pulak. Kena rogol dengan binatang ke hapa?" Kitorang tergelak
"Budak tu panggil pakcik dia tu binatang la.. Marah la.."
"Oo.. Macam mana check nya tu..?"
"Bukan susah, masukkan jari je.."
"Camtu je?"
"Kalau dah kena, mesti ada kesan koyakan kat dalam tu.."
"Ooo.. pastu siap check, ko la yang kena buat report polis kan.."
"Haah.. Tengok jugak kes.. Aku kena kadang-kadang follow si laki pergi tandas. Nak kena ambik air mani dia.. Kena jaga takut lari.."
"Ooo.. Polis standby la?"
"Haah.. Kadang-kadang ada jugak kes yang suka sama suka tapi buat tuduhan kena rogol."
"Macam mana pulak tu.. ?"
"Ye la, padahal clash dengan laki. Dia taknak, dia buat la tuduhan macam tu. Padahal dulu time suka, buat tak ingat. Aku pun tak boleh buat apa. Yela, benda dah jadi kadang-kadang 3 bulan lepas. Dah takda kesan koyakan, takda kesan air mani lagi."
"Ada pulak macam tu kan.."

So, nak buat beringat. Nak buat, nikah dulu. Pakai baju tu jangan terdedah, ketat-ketat nak mampus. Kena rogol, MA (medical assistant) masukkan jari nak kena check, lu orang tanggung jawab ar.. Bukan semua la gua cakap ni, kadang-kadang laki jugak yang nafsu serakah macam serigala. Ada bini 3 orang, rogol lagi adik ipar umur 10 tahun. Kepala bapak dia..

Cerita Ketiga

"Banyak ke del awek-awek cun datang check?
"Mesti la ada.. ramai.."
"Dah dapat dah calon bini cikgu del" Gua tanya dengan expect dia akan menolak..
"Ada la sorang.." Terkedu gua dengar. Haha

"Ada skill-skill nak dapatkan nombor telefon pesakit-pesakit yang cun ni.."
"Macam mana?"
"Ada sorang ni. Comey. Mak dia yang sakit."
"Aku tak tau macam mana. Mintak nombor telefon makcik tu. Memang rajin aku follow up selalu. Tanya sihat ke tak, macam mana condition semua"
"Orang kampung ni, bila kita baik dengan diorang, nanti kadang-kadang selalu dia jemput datang rumah.."
"Heh.. terbaik-terbaik.."
"Time tu dapat la kenal-kenal dengan anak dia. Kadang-kadang dia suruh anak dia hantar makanan kat rumah. Ye la aku hidup bujang. Kadang-kadang suruh tidur rumah dorang"
"Kalau macam raya hari tu, penuh rumah aku makanan orang kampung bagi. Belum kira yang jemput datang rumah lagi.."

"Ada sorang ni. Student UTP. Memang cun..."
"Dah bagi ubat semua, dia nak balik.. Aku dah buntu dah"
"Aku dapat idea.. Kad dewasa.. Suruh dia isi.."
"Dapat la no. telefon... Berapa hari lepas tu.. Kontek dia balik cakap form tak habis isi. Suruh datang lagi klinik"
"Brilliant syot ko padel.."
"Aku rasa dekat kad dewasa tu kena letak la 'Untuk awek yang cun sahaja'.. " Gua berseloroh.


"Nurse-nurse cun del?"
"Cun.."
"Kalau macam nurse-nurse yang training tu.. Diorang dah habis training tu, Aku bagi la no telefon"
"Awak-awak semua ni kalau tak faham nak exam nanti, call la, msg ke. Nanti abang tolong.."
"Ada yang reply balik tak del"
"Ramai je yang message balik. Tapi memang time nak exam, nak tanya la. Tapi aku tanya la benda lain la, dah makan ke belum, kenapa tak tidur lagi la.. haha"
"Memang siyut perangai ko di situ.. Cun-cun ke yang balas balik tu?"
"Memang la cun.. Dah aku bagi nombor aku tu dekat yang cun-cun je.."
"Haha.. siyut"

Untung jadi orang cun ni...

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*