Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Berjenin seketika

Macam biasa, hari ni aku ke surau menunaikan fardhu maghrib dan isyak..

Selepas selesai solat maghrib dan bacaan yassin dan tahlil, aku duduk tersandar tepi dinding dalam surau tu..

Aku tengok imam duk jeling-jeling, senyum kat aku pulak..

Aku senyum je balik..

"Awak ni nama siapa?"
"Zaini.."
"Oo.. duduk mana?"
"Taman Utama.. depan ni je.."
"Oo.. dekat je la ye.. "
(Sambil tersenyum-senyum)

Aku dah terasa pelik. Hari-hari aku datang, takda pulak imam ni tegur aku ke apa ke..
Hari ni macam mesra je..

Adakah Pak Imam mempunyai seorang anak perempuan dan mahu menjodohkan aku dengan anaknya?
Kuang.. Kuang.. Kuang..


Ceyy, fikir nak cantekk je aku ni. Berangan tak sudah..

Minggu yang busy body

Salam.

Last week gua agak ke'bz'an disitu dengan kerja-kerja yang berlambak sehingga ke tahap maksima.
OT tiap-tiap hari, pulun.
Balik kerja penat, tidur terus tak banyak bunyik.

Tapi ke'bz'an gua memuncak pada hari jumaat di mana hari tersebut juga lah gua ada satu interview dekat UTM.

Memang banyak sungguh dugaan. Planning untuk gua cabut lepas jumaat terus tak masuk kerja (cabut kerja kejap), tak menjadi. Lepas jumaat, gua kena masuk opis balik. Pasal member gua boleh nak ikut pergi interview sekali. Konon-konon nak buat exit permit untuk gua, tapi yang bangang nya, dia kena siapkan kerja time tu. Takpa, gua sabar je tunggu. Jam dah pukul 2.30 petang.

Tengok muka gua tercongok ada kat opis tu, membuatkan bos gua menambah kerja kepada gua yang dah siap semua kerja untuk hari tu. Memang damn giler gua rasa.

Jam dah tunjuk pukul 3.30 petang, interview pukul 2.30 petang. Memang hampeh.

Bos gua bagi kerja pasal dia nak keluar pergi plant lagi satu dan suruh gua handle benda-benda kat sini. Tapi sejurus selepas bos gua keluar, gua dengan tak tahan nya, dengan kelam kabut, tinggalkan member gua yang memang tak mungkin siap kerja dia sampai ke sudah, gua terus memblahkan diri menggunakan hikmat bayangan seribu ke UTM.

Memang kelam kabut. Balik tak mandi, salin baju kemeja, tie siap, terus shoot pergi UTM. Sampai sana diorang cakap interview session dah nak habis.

Hampa. Gua terasa desperado. Cuba cari idea. Gua cakap gua baru dapat tahu pasal interview tu tadi. Dan gua dari rumah pasir gudang. Dorang tercengang dan kesian pasal jauh. Then, dorang interview jugak gua.

Soalan memang giler susah. Gua jawap yang termampu.

Balik tu memang fikir tak pass punya. Tapi positif je la mana tahu ada rezeki.

Hari ni gua telefon, confirmkan result.

"Once again, what is your name?"
"Mohd Zaini Bin Jamak"
"Pardon?"
"Mohd Zaini Jamak.."
"Oohh, Zaini..!"
"Yes, yes"
"Ok,ok! You confirm..!"

Alhamdulillah.. Rezeki Allah..

Hang Tuah Failed SPM

Check it out gang... Kelakar bangat. Aku tengok 3 kali, 3 kali tak cukup nafas.

Hang Tuah Failed SPM?


Sebilah pisau

Rupanya aku tak sedap hati sangat semalam bukan disebabkan hanya satu sebab.

Malam tadi, sedang aku baru hendak melenakan diri, datang satu pesanan ringkas.
Dari adik aku.
Berbunyi:

"A'kum.. abg, ayh kn kne rompak tau pg ahd ary 2..mak xbg aku bgtau ko,tp aku nk bgtau gak.."

Astaghfirullah, aku mengucap panjang. Mata yang mulanya mengantuk tadi tiba-tiba segar. Berderau darah aku.

Sambil aku ber sms dengan adik aku, aku call terus mak aku. Aku nak tau cerita sebenar. Aku nak tau apa terjadi

Dalam perbualan kami tu mak cuba mengalis dengan banyak bertanya kan mengenai aku.
Tapi dengan tak sabarnya aku bertanya, "Ayah macam mana mak?"

Mak aku tersenyap sekejap. Tidak terus menjawap. Aku bertanya kembali.. "Mak, bagitau jela.. Ayah macam mana?"

Then, mak pun menjawap soalan aku.

Pagi ahad tu jam 1 pagi. Ayah aku bawak seorang penumpang, budak cina. Area skudai. Ayah plan memang nak balik rumah lepas hantar budak ni.

Tiba-tiba, budak cina baghal ni acukan pisau kat kepala ayah aku, mendesak serahkan semua harta yang ayah ada. Ayah aku terkejut.

Tiba-tiba lalu di lebuhraya bertentangan, kereta peronda polis. Ayah hon semahu hati dia. Tapi polis yang baghal tu pun sama tak reti nak noleh-noleh.

Tapi tindakan ayah aku tu berjaya buat budak cina baghal tu cuak dan suruh ayah aku berhentikan kereta kat tepi. Dalam kelam kabut dia tu, dia sempat lagi kebas hp ayah dan duit seratus dalam poket ayah. Nasib tak ambik dompet.

Ayah balik rumah dalam keadaan berlumuran darah. Habis baju uniform ayah penuh dengan kesan darah.
Kepala ayah kena hiris dengan budak cina baghal tadi. Kat dahi dan atas kepala. Masa dalam keadaan kelam kabut tadi.

Apa yang hanya ayah buat bila sampai rumah, tunjukkan isyarat jari di mulut kat mak dan berkata "Jangan bagitau sape-sape. Dengan budak-budak ni pun jangan."

Ikutkan hati aku, memang marah sangat. Tapi aku bersyukur ayah tak apa-apa.
Adik aku melalak-lalak bila dapat tau pasal ayah. Aku terpaksa steady.
Tugas anak paling tua.

Aku panjatkan doa semoga seluruh keluarga aku dilindungi dari perkara-perkara tak diingini.
Mungkin aku ada silap di mana-mana, dan di uji dengan perkara begini untuk aku insafi diri aku..
MasyaAllah..



Ayah



Perpisahan Terakhir

Pagi ini aku bangun dari tidur lebih kurang pukul 10 pagi. Tengok sekeliling, bersepah betul bilik aku ni.

So, aku plan nak kemas bilik ni mana-mana yang patut, basuh kain baju, basuh motor aku yang dah berkarat tu. Mengisi hari-hari bosan hari ahad ni.

Siap tu semua, aku menghadap notebook aku ni, online ooVoo.

Kawan aku online ooVoo hari ni. Shout out dia macam sedih sangat. Aku terasa tak sedap hati. Pasal aku memang rasa tak sedap hati dari pagi tadi lagi. Tu yang aku membasuh mengemas menghilangkan perasaan tu. Memang aku selalu macam tu.

Aku roger kawan aku ni. Senyap. Sedih sangat barangkali. Aku taip la ayat-ayat yang maybe boleh senangkan hati kawan aku ni sikit.

Tak lama lepas tu dia reply balik. Aku tanya kenapa..

Terkejut bila dia bagi tau atuk dia meninggal pagi tadi. Dia agak sedih, tapi bila aku tanya, dia cakap ok. Tapi kita tak tau apa yang sebenarnya dia rasa kan. Dia tak dapat balik tengok atuk dia dikebumikan pasal banyak kerja untuk di selesaikan minggu itu.

Mesti sangat sedih. Seorang ahli keluarga yang amat disayangi pergi menyahut seruan Illahi tetapi tak dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir. Hilangnya seri selepas ini dengan suasana keriuhan di kampung bersama atuk sebagai pelengkap keluarga.

Dia ni kawan aku yang rapat , entah macam mana aku pun rasa sedih. Maybe pasal aku pernah lalui. Masa arwah nenek aku meniggal, aku tak dapat tengok dia kali terakhir sebelum dikebumikan. Aku sedekahkan terus Al-Fatihah untuk arwah atuk dia.

Aku teringat lagi bila arwah atuk meninggal 7 tahun yang lepas. Kitorang satu keluarga balik serta merta setelah mendapat berita malam tu. Mak sangat terkejut.

Sesampainya di kampung, mak menangis teresak-esak dengan adik beradiknya yang lain. Aku cuba tenangkan mak, tapi tangisan tu tetap ada. Yang aku cuma boleh buat, temankan jasad kaku atuk dengan bacaan yassin malam tu sebelum di kebumikan sebelum zohor. Hingga aku terlena disisi jasad arwah atuk.

Begitu lah kan kehidupan kitaran hidup seorang manusia. Di lahirkan ke dunia di sambut dengan azan, dan perginya ke Rahmatullah dengan iringan talkin.

Datang ke dunia berseorangan, di sambut keluarga, membesar dengan rakan-rakan, menemui jodoh, dikurniakan anak-anak yang comel, menghabiskan sisa-sisa hidup melihat anak cucu membesar dan akhirnya menyambut panggilan Illahi keseorangan.

Aku selalu terfikir, sebelum tidur selalunya, macam mana keadaan aku bila tiba waktu tu nanti. Dah takda nafas lagi keluar dari hidung aku. Dibawa ke tanah perkuburan. Ditanam dalam tanah tempat asalnya kita semua datang, keseorangan menjawap soalan-soalan Malaikat. Menunggu sehingga hari Kiamat datang untuk dibangkitkan semula. Kita tak tahu apa yang akan terjadi masa kita di alam barzakh tersebut.

Aku sangat takut bila memikirkannya. Sekurang-kurangnya ingat kepada saatnya kematian. Menyebabkan aku bermuhasabah setiap hari. Adakah cukup amalan aku ketika hidup ini untuk dibawa ke sana. Mengingatkan aku kepada satu kalimah:

"Bila Malaikat Maut datang menjemput, terputuslah amalan anak adam kecuali ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh"

Hadis Riwayat Muslim

InsyaAllah, akan sedaya upaya aku menjadi yang ketiga itu.
Menghadiahkan berbakul-bakul amalan buat ahli keluarga yang telah pergi.

Semoga pabila sampai saat aku bertemu Ya Rabbul Izzati,
akan dapat aku merasa pengakhiran manis para solihin. Amin.

Takziah buat Norizan Hj. Ismail sekeluarga. Semoga Rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah.

Salam..

Minggu ni last pergi beraya. Penuh giler jemputan untuk open house. Jauh-jauh pulak tu. Layan.
Tahun ni agak meriah la perayaan hari raya gua. Ada macam-macam member.
Budak-budak sekolah, budak tempat kerja lama, budak tempat kerja current. Memang penuh schedule.
Ada yang tak terlayan, gua mohon maaf..

Satu yang gua perasan bila dah kerja ni. Gua makin kerap menghadap facebook. Why ha?
Nak cakap addicted tak la. Tapi satu hari mesti ada online gak account gua tu.

Apa yang gua boleh cakap, facebook je jadi penghubung dengan kawan-kawan masa gua U dulu.
Even dah tak jumpa, tak hangout sama-sama, but boleh rasa rapat la.

Tak terlintas la gua kalau nak masuk facebook tu pasal nak buat kawan baru ke, carik awekz ke.
Gua nak kekalkan yang ada tu dulu. Keep in touch, tahu perkembangan masing-masing.

Facebook boleh buat tu semua la. Walaupun gua tak suka facebook ni awal-awal dulu pasal yang buat nya budak israel, ada agenda tersendiri kenapa buat laman sosial tu, tapi gua rasa laman sosial macam friendster atau myspace dah tak releven untuk gua buat macam tu. Kalau setakat nak tengok gambar boleh la.

Facebook ni gua suka baca komen-komen dalam gambar. Masing-masing post gambar, then berbalas-balas komen. Tag sana, tag sini. Gua rasa benda tu je kot gua main bila masuk facebook. Benda tu je gua nak update hari-hari.

Pasal benda tu boleh buat gua gelak.
Buat gua terhibur. Balik kerja, duduk bosan-bosan sorang-sorang takda kawan, buat gua tersengih depan laptop gua ni.

Gua tak tau la member-member lain. Tapi kitorang semua makin galak main facebook ni sejak tinggalkan U tempoh hari. Tempoh hari? Ceyy, macam baru semalam je kan gua tinggalkan zaman tu.

Ahaks

d' konvokesyen..

Salam..

Alhamdulillah. Berkesempatan lagi gua menulis dalam blog gua ni.
So, gua nak cerita pasal konvo gua. Nak baca, baca. Taknak baca pirah mabuk.

Gua masih dalam mood kegembiraan konvo lagi bena.
Walaupun mood swing gua dah kembali untuk bekerja.
Tapi gua rasa, macam baru semalam benda-benda best tu berlaku dalam hidup gua

Malam sebelum konvo gua jumpa kawan-kawan baik gua.
Terasa happy sangat dapat jumpa diorang. Dan sedih sangat bila dorang nak blah.

So, pagi tu. Gua bangun seawal jam 645 pagi. Pandang kanan, budak-budak ni masih terbongkang atas katil. Kalau gua layan kepala dorang yang jeles untuk tidur kembali, jawapnya, gua dengan konvo gua boleh pergi jalan..

Gua mandi-mandi, solat subuh. Then pakai baju yang gua dah gosok sejak semalam petang lagi.
Sepasang baju melayu hitam lengkap bersamping hitam. Mempunyai jaluran perak dan merah pada sulamannya.

Gua terasa smart giler pagi tu. John dan mel dengan suit nya, sapiq dan zarul lengkap berbaju melayu.
Dah smart-smart, naik pulak kereta kancil zarul. Memang sendat. Tapi tak da hal. Tu semua takkan meruntuhkan semangat kami pagi itu.

(lagu Anugerah Aidilfitri berdendang dari Handset gua)

"Bang, mak baru sampai ni.. Macam mana ni?"
"Ha, mak masuk terus dalam UMP. Pintu utama tu. Mak carik parking dekat-dekat dengan bas UMP banyak-banyak tepi jalan. Mak tunggu sampai abang datang"

So, gua terus macam tergesa-gesa nak pergi jemput family gua. Gua kemaskan diri gua balik, nak tunjuk dengan mak ayah gua betapa smartnya anak mereka pagi itu.

Jumpa mak ayah gua. Then gua bawak diorang berjalan menuju ke dewan konvo.
Adik-adik gua semua tak mandi lagi. Yang dah siap cuma mak dan ayah gua je.
Takpa, memang gua dah plan nak serahkan adik-adik gua ni kat cik Hana jaga diorang.
Mak ayah gua masuk dewan kang, takda orang jaga.

Gua pun tinggalkan diorang dan tinggalkan no. cik Hana kat mak gua untuk uruskan adik-adik gua tu sementara gua kena pergi mendaftar ni.

Sampai dalam perpustakaan baru yang sangat besar itu, ramai bakal-bakal graduan dah berkumpul sambil bebual ceria antara satu sama lain.
Gua nak sampai kan ke kaunter BMF yang terletak paling hujung, terpaksa menempuh banyak giler checkpoint (bersalaman dengan member2 se batch)

Sampao kaunter, satu akak cun dah ready nak serve gua pagi tu. Tanya nama, no telefon, single ke tak then baru kasik lepas.

Gua ingat boleh jumpa mak ayah gua balik, rupanya kena terus pergi dataran berhimpun.
Hampeh. Gua risau je mak, ayah dan family gua. Tapi gua percaya dorang tak lost punya.
Pasal ayah gua driver teksi. Heh

Kitorang semua kena sarung dah Jubah Konvokesyen lengkap dengan mortar board atas kepala.
Memang terbaik dan lawa pemandangan tu. Macam siri harry potter yang gua minat giler tu, tengah berhimpun sebelum masuk Hogwarts. Tak sudah-sudah gua bilang kat member-member gua "macam cerita harry potter doh.. harry potter doh.." Excited giler gua..

Kitorang disusun mengikut fakulti, mengikut giliran naik ke pentas. Payah jugak rupanya nak susun beratus orang ni. "Awak ke depan, awak ke belakang!" Tu je la yang gua dengar dari mulut-mulut staff yang cun-cun ni.

Perarakan masuk bakal graduan dimulakan dengan budak mechanical tulen, automotif dan pembuatan. Kitorang la tu. Terasa ghairah, nervous semua ada masa tu.. Lagak macam harry potter je gua masa masuk dalam dewan tu. Gua rasa lepas habis ni nak je pergi main Quidditch.
Segak beb. Masuk tv siap ni. Cameraman bersepah kot di tepi-tepi laluan kitorang tu.
Gua buat muka cool je. Mak dengan ayah gua tengok gua dari dalam dewan ni.

Yang gua perasan, ada satu pokok bunga kat pintu masuk dewan, semua orang langgar daun pokok tu.
Kesian pokok tu.

Sampai tempat duduk, kena berdiri, kena tunggu yang lain semua habis masuk. Gua carik mak ayah gua.
Janganlah dorang tak masuk lagi. Jeng.. jeng.. rupanya ada sebaris je kat belakang gua kat tempat duduk ibu bapa. Mak gua lambai kegirangan. Heheh

Dah lepas perarakan Cokmar masuk, nyanyi-nyanyi lagu pesawat semua, baru dapat duduk. First yang akan ambik scroll hari ni adalah budak-budak mekanikal.

Dekan fakulti gua pergi dekat rostrum tu, meminta izin Yang hormat dato' tu untuk menyampaikan scroll. Siap kena mintak-mintak izin pulak. Dibuatnya tak diizinkan, memang berbaloi-baloi pengorbanan. Macam Maya Karin.

Budak-budak mechy dah beratur tepi pentas. Perghhh.. dugong memang gempak. Orang ketiga tu ambik scroll. Papapapawer doh dia.

Lama jugak la tunggu giliran gua. Sampai masa, dorang rampas kad alumni gua untuk scanning nama, supaya terpacul nama kat screen nanti. Rampas bermaksud gua taknak bagi, tapi terpaksa bagi kad tu. Cess.

Tangan gua disapu dengan sejenis cecair. Gua rasa untuk menghilangkan peluh-peluh yang ada pada tangan-tangan semua orang supaya tidak melekat-melekat di tangan pemberi scroll. Supaya beliau boleh tersenyum hingga ke akhir rancangan.

Step, by step.. Ippo.. Ippo.. Gua dah berdiri dekat bulatan atas pentas yang membawa maksud nama gua akan dipanggil sekali sahaja selepas ini dan gua tak boleh buat bodoh ketika nama gua dipanggil. Gua kena pergi ambik scroll gua.

"Mohd Zaini Bin Jamak a.k.a wakjai"

Fuiyohh! siap nama gelaran lagi dia panggil. Bagos betul UMP.

Gua berjalan sambil senyum-senyum kerang ke arah Dato', dia pun respon baek punya senyum kat gua balik, gua salam, ambik scroll, ucap arigato gozaimasu dato', then dengan selamba gua blah meninggalkan Dato'tu terpinga-pinga terpaksa melayan karenah graduan lain pulak.

Masa gua turun, gua berlagak macho je macam ayam jantan kerana gamba gua di tangkap di sana sini.
Terang giler gua rasa dunia gua masa tu. Gua rasa macam baru lepas mendarat dari kapal layar Azhar Mansor. Tah cantik ke tak gambar dorang ambik ni. Layan..

Sampai tempat duduk, memang dahsyat budak-budak course gua ni. Semua keluarkan hanpon, ambik gambar macam nak rak. Tadi macam baek-baek je masa masuk gua hingat seko pun tak bawak kamera atau hanpon kamera, rupanya sangkaan gua meleset. Rupanya gua je yang skema mangkok pagi tu.
Pasal dalam surat tulis:

"Tidak dibenarkan membawa kamera, telefon bimbit atau alat kelui ke dalam dewan. Apatah lagi CPU, joystick, PSP atau majalah ujang sekali pun. Anda lebih baik berfikir 6 kali sebelum membawa masuk barang-barang tersebut"

Perghh.. punyalah gua ingat absolute arahan tu, rupanya budak-budak ni bedal je. Gua betul-betul terpedaya kerana gua ingat macam pergi supermarket tak boleh bawak masuk anjing. Ishh.. geram betul la. Tak dapat ambik gamba.

Habis je upacara tu semua, yang first gua carik adalah mak ayah gua. Mula-mula cool je mak ayah gua kan..
Then gua mintak salam kat diorang sebagai tanda gua berterima kasih atas pengorbanan dorang selama ni.
Habis berjuta hanya untuk aku belajar. Mak gua menangis terharu, gembira jugak barangkali.

Mak gua peluk gua dengan erat, cium kedua belah pipi gua ni. Bersungguh-sungguh. Lama jugak mak gua peluk gua. Ayah gua tengokkan je. Mak dah lepaskan eratan tu, gua salam dengan ayah gua.

Tak pernah-pernah gua dah besar ni ayah gua cium pipi gua ni, tapi ayah gua hilangkan semua ego dia tu cium pipi gua pagi tu. Peluk erat gua sama macam mak gua tadi. Sangat terharu. Gua sangat terharu pagi tu.
melihat titisan airmata kegembiraan kedua mak ayah. Gua pun rasa nak keluar je airmata tapi gua tahan.

Baru gua tau apa maknanya erti airmata kegembiraan tu.

"Terima kasih mak, terima kasih ayah. Abang akan balas pengorbanan mak dan ayah selama mana yang abang mampu"

InsyaAllah.. Amin..

Me on Youtube

Siap sudah di upload.

Mari komen, kutuk, puji, terhadap video ini..
Hehe.. Khas untuk korang..

Download: Lagu Perpisahan Konvokesyen

Buah Tangan Perpisahan Sempena KONVO

Tahniah sekali lagi kepada semua Graduan UMP 2009.

Di sini kami ada sedikit present kepada anda semua. Selamat mendengar..

Enjooyyy.. Sempooyyy!!

Download Here - Buah Tangan Perpisahan Konvo Ke-4 UMP

PS: Video sedang dalam proses upload ke youtube..

Akhirnya, aku bergelar Graduan!!

Salam..

Syukur!! Syukur!! Syukur!!

Berlalu sudah 04 Oktober 2009, di mana hari penuh bersejarah aku yang akhirnya bergelar graduan lepasan universiti. Syukur tak terhingga aku panjatkan ke hadrat Illahi kerna dengan kurniaNya, aku dapat menggenggam segulung kertas bernama Ijazah.

Terima kasih aku ucapkan kepada Mak dan Ayah yang bersusah payah menyekolahkan aku dari kecik sampai la ke tahap sekarang ni. Impian mereka untuk melihat anak mereka mengambil ijazah tercapai jua.

Kepada seluruh family aku jugak aku ucapkan terima kasih. Terkilan jugak adik aku tak dapat datang majlis aku disebabkan dia ada persembahan dekat majlis konvo U dia.

Tahniah kepada semua rakan-rakan seperjuangan dari FKM terutamanya, FKKSA (Kapek sekelas), FKASA (Tun tong-san sekelas), FKEE, dan FKKP. Terima kasih memberi kan kenangan-kenangan indah zaman U aku ni.

Walaupun event cuma 2 hari, tapi 4 hari yang aku spent kat sana sangat bermakna dan bernilai bagi aku. Bersama kawan-kawan, mencipta satu lagi kenangan manis sebelum masing-masing teruskan hidup lepas ni.

Bermula dari perjalanan dari JB bersama en. aliff, en. dugong, dan en. tuntong, sehinggalah perjalanan pulang balik ke JB bersama ahli yang sama (kecuali tun tong yang balik bersama family, digantikan tempatnya oleh en. jawe), tak lekang dari satu pun perkara-perkara menarik yang kitorang jalankan.

Pada hari kejadian, perasaan tak sabar dan excited dapat aku rasa menyelubungi semua yang akan naik ke pentas untuk menerima scroll tu. Dari pagi bersiap sejak pukul 645 pagi sehinggalah majlis tamat, senyuman tetap terukir di wajah semua graduan. Walaupun penat memakai jubah yang giler berat tu.

(akan aku cerita kan details perjalanan majlis pada entri seterusnya)

Alhamdulillah. Selesai sudah semuanya dengan selamat.

Gambar-gambar pun sudah di upload dengan selamatnya. q=)

Tahniah semua!!! Terima kasih semua!!!

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*