Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Cari makanan? Kami ada penyelesaiannya


yosh.. start hari ni aku akan berniaga kat pasar malam. sampai hari selasa ni. datang ar weh ramai-ramai. ajak member-member, kawan-kawan, aweks-aweks, pck-mck semua. rasa makanan terbaik budak-budak bujang di tengah kota raya ni. Seperti kebiasaan, menu kami :-

1). Roti John
2). Murtabak Maggi
3). Air Tebu
4). Aiskrim dan float.


marilah ramai-ramai datang ke corner kami. Mat Rock Garage. bukan selalu beb bukak. satu sem satu kali je. Nama gerai pun tak tukar beb. tetap dengan konsep santai dan ciri-ciri ketimuran.

rasa?.. kami janjikan lebih sedap daripada biasa.

harga? walaupun harga minyak naik, harga tetap maintain macam dulu.

mampu dimiliki oleh semua orang tidak kira tua, muda, kaya, miskin, agama bangsa dan negara sekalipun.

dijamin HALAL.

kami beroperasi dari jam 1700Hr hingga melepasi waktu puncak dan waktu perdana. 12 - 15 Julai 2008. kat depan KK1.


datanglah beramai-ramai ke Mat ROCk Garage!!

sedap hingga menjilat dinding wa cakap lu...

bersenam baik untuk kesihatan

ilang cool aku semua petang tadi. pasal posting tadi. memalukan betul. balik dari jog tadi ni, aku edit balik. pendekkan la benda yang panjang. dapat posting sekejap pun jadik. lega dah.


balik dari jog tadi, cool dah palotak aku ni. sekejap je. dapat keluar peluh, penat semua, lega dah badan aku ni. huu. aku memang macam ni kot. kalau hot, sekejap dah cool balik. tu pasal orang senang je nak mainkan aku. lantak korang la.


aku lepak cafe kejap tadi. datang mil. dia sampai-sampai kat aku, kata dia "ko ni, da macam perempuan aku tengok dari jauh".. haha. aku gelakkkan aje. mana taknya. rambut dah panjang macam orang hutan, badan kurus, pakai pulak skarf. memang konfius ar orang tengok aku. da macam gadis2 ayu pulak.


sampai rumah, duduk lepak depan rumah. bukan nak pergi mandi. maghrib-maghrib duduk berbual lagi depan rumah cerita itu ini. cerita pasal kuantan digelar hattyai no 2 (pasal maksiat yang banyak). aku pun baru tau. tak namapk tapi rupanya banyak. pasal futsal, pasal budak yang buduh piang. macam-macam.


mega merah lawa giler petang tadi. celah-celah awan. puh..

finally, batu itu sudah pecah..

aku baru sahaja sekembalinya dari perjumpaan fakulti aku. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. kalau dulu, sem-sem yang lepas, berat je aku nak pergi perjumpaan ni, tapi yang sem ni berkobar-kobar pulak aku. selalu datang nak makan free je. ni datang dengan motif.

lepas satu-satu ucapan disampaikan kat depan. naik letih aku menunggu. nasib hp aku ni tak sunyi sangat. ada peneman. benda aku tunggu-tunggu tak jugak sampai. apa aje membebel kat depan tu.

jam dah menunjukkan 2230Hr, akhirnya sampai jugak acara-acara yang aku nantikan.

"sekarang, tibalah masanya untuk kita meneruskan acara kita pada malam ini dengan penyampaian anugerah dekan bla..bla..bla.."

Ya.. itu dia. 1st time dalam hidup aku dapat 3pointer. pastu ter'dapat' pulak dekan. mana tak excitednya beb. tak sabar jugak la nak naik pentas. tapi takleh kondifen sangat. belum naik lagi ni. dibuatnya aku jatuh masa nak naik pentas ambik sijil tu ke nanti. kempunan aku..

penyampaian anugerah bermula dengan pelajar-pelajar dekan dari kursus ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikan dan kejuruteraan automotif. belum tiba masanya lagi kursus aku. aku menunggu penuh sabar sambil mendengar semua nama-nama yang dipanggil. ada di kalangan mereka adalah kawan-kawan aku. tiba-tiba pulak cuak.


"Seterusnya, bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Pembuatan, dipersilakan..... "

"Mohd Zaini Bin Jamak..."

eh! apasal nama aku pulak 1st ni. aku dah gelabah. malu pulak tiba-tiba. aku cam terlambat sikit.dah la duduk sit belakang-belakang. langsung MC cakap "sila ya, anda amat dialukan untuk naik bagi menerima anugerah ini"

aku naik jugak akhirnya, bersalam dengan semua lecturer yang ada

En. Zakri : Wah..! ini dia..
Engnr Ruzaimi (timbalan dekan baru) : Tahniah.. tapi rambut awak panjang lah.. (sambil bersalaman)
Pn. Azlyna : Congratulation! (muka excited)

person last aku salam, En azzizudin merangkap PA aku.

"hari tu heat transfer awak dapat berapa?"
"hmm.. 3.33 kot.. tak ingat la saya.."
"hmm.. ok la.." (sambil buat muka)

heh. mesti beliau rasa kecewa budak dapat dekan tapi tak score subjek dia. tapi aku amat berterima kasih kat beliau. pengajaran beliau sangat berkesan. kalau tak, memang hancur heat aku macam thermo dengan fluid. takda de dapat nak ajar-ajar orang lain heat. tp di bawah pengajaran beliau, dapat aku berkongsi ilmu beliau tersebut dengan beliau yang lain. teringat lagi dengan October Sky di akhir kelas beliau. sempoi.

dapat jugak aku akhirnya naik ke pentas menerima anugerah tersebut setelah cita-cita tersebut di tanam dari tahun satu lagi. last sem kat sini jugak termakbul. cita-cita punya lama, tapi yela, dulu mana ada semangat, pemangkin ni semua. kerja nak main je. main pun main-main.

tapi meskipun aku dapat anugerah dekan sem ni, pointer aku keseluruhan masih jauh dari 3.00. itu lah. banyak sangat main-main, tak fikir masa depan tu semua. baru sekarang. dah terhantuk baru terngadah. kalau dapat 4 pointer pun sem ni, masih tak dapat aku mencecah nombor 3 itu.

adakah aku perlu extend sem. hmm..

a new day - last semester

hari ini start la sem baru yang juga merupakan sem las aku dekat ump ni. ah~ sekejap sahaja. dah nak abis dah. bangun pagi-pagi tadi bilik mandi penuh. adooii, semangat pulak masing-masing nak pegi kelas. sedap pulak tido taknak bangun yang aku ni kan. tapi bangun jugak ar pegi kelas.

terasa aura lain macam pulak sem ni. aku pegi klas, nampak muka-muka tak familiar langsung. tight in, siap ada yang pakai kemeja dengan tie pulak lagi. kentang-kentang. budak-budak 1st year kot ni. lantak ar. aku pegi kelas pertama. engineering entrepreneurship.

blom pape nama aku dah naik. aku perasan lecturer tu pandang aku je. panas ngan aku ar tu.. pasal rambut panjang kot. langsung dia suruh aku jawab soklan.

"what's your business experiences?"
"err.. opened a stall at tepi jalan. selling roti john to all the people out there"

haha. hampagas betul.

"what have u learned from that?"
"communication skills i guess"
"making lot of money right?. berapa tu?"
"ermm.. about 4 to 5 hundred"
"per day?"
"yup.. per day"

oppss.. silap cakap di situ. aku rasa 4 - 5rat dalam 3 hari gitu kot. tercakap per day pulak. layan je la. aa.. pastu dia bebel-bebel la hanya dengan pasar malam leh gain banyak duit. dia cakap aku mesti banyak duit. banyak ar.. mesti da marking aku ar pasni. susah aku nak skip klas camni. ceit!

balik tu aku msg adik aku dekat uum. camna ari pertama. dia cakap dah hari kedua dah. pasal kedah ahad dah start kerja. dia cakap macam menakutkan kat sana. pasal budak-budak semua cam pandai-pandai. eleh, aku macam tu jugak dulu. diorang tunjuk-tunjuk pandai je tu. taknak kalah masing-masing. konon. tengok ar da stat kerja kumpulan nanti. masing-masing hampeh cam kelapa tua.

UUM : Sebuah pengorbanan

Tanggal 29 Jun 2008, maka bergelarlah adik aku secara rasminya sebagai seorang mahasiswa di UUM. Setelah pelbagai persediaan dilakukan sebelum menjelangnya hari pendaftaran, kami memulakan perjalanan yang jauh dari hujung selatan ke hujung utara merentasi semenanjung Malaysia untuk ke kampus UUM. aku, akak (adik aku yang masuk u ni la), mak dan ajai (usu) menaiki bas ke sana.

Terlihat di situ, di perut bas yang sama, beberapa lagi keluarga menuju destinasi yang sama, semata untuk menghantar ahli keluarga mereka menjejakkan kaki ke universiti, sama seperti kami.

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 11 jam untuk sampai ke changlun dan diteruskan menaiki teksi selama lebih kurang 15 minit untuk sampai ke kampus UUM di Sintok.

Selepas selesai akak mendaftar pada jam 10.30 pagi, kami menuju ke bilik asrama untuk ‘check in’ dan mengemas barang – barang yang berlambak banyaknya. 1 bilik 2 penghuni. Bilik yang agak tersusun dan kemas.

Selesai mengemas, kami Turun untuk mencari café terdekat yang agak jauh dengan asrama tersebut. Terpaksalah juga berjalan kerana perut sudah bermain biola. Café yang terletak di tengah pusat – pusat kompleks UUM seperti dalam cerita sindarella suasananya. Kompleks yang hebat. Macam – macam kedai ada. Semua keperluan pelajar boleh didapati.

Kini tiba masa untuk pulang. Kami menunggu bas di bus stop berhampiran untuk ke alor star. Macam biasa, bila nak balik, mesti la banyak scene –scene sedih disitu. Siapa tak sedih untuk tinggalkan anak yang dah dianggap seperi kawan baik di rumah. Ditinggalkan di bumi asing, yang sangat jauh dengan keluarganya. Lambaian mak kepada akak saat tu sangat berat aku rasa. Walaupun akak dah hilang dari pandangan mata, air mata jernih dari mata seorang ibu masih lagi mengalir. Tak mampu untuk aku menenangkannya. Aku biarkan begitu.

Banyak kepayahan yang mak lalui untuk menghantar seorang lagi anaknya masuk ke universiti.Usah dicerita pengorbanannya sejak kami masih kecil, cukuplah pengorbanan sepanjang satu minggu hari pendaftaran ni. Sudah begitu besar. Semua kepayahan selepas itu tidak diceritakan kepada akak. Biar kami tanggung semua.

Tatkala semua sudah selamat, aku lihat seraut wajah kepenatan sedang lena nyenyak dalam perjalanan pulang itu. Dalam kesejukan bas, mak masih tidak menghiraukan dirinya. Diselimuti nya tubuh ajai dengan baju sejuknya sedang mak menahan kesejukan. Aku selimutkan diri mak dengan sweater yang aku ada. Di kakinya terdapat sebuah bag berisi ole – ole untuk achik, abby dan ayah di rumah. Walaupun letih, masih sanggup mak berjalan untuk membeli ole – ole untuk dibawa pulang. Tidak lupa kepada anak – anaknya yang lain.

Aku hanya menjalankan tugas sebaiknya menjaga mak dan ajai seperti yang diamanahkan ayah sepanjang perjalanan itu. Kerana aku tidak mahu kejadian lalu berulang. Kejadian yang hampir meragut nyawa orang – orang yang aku sayang. Yang menyebabkan hilang semua ego aku untuk menitiskan air mata. Ketika aku berada di tempat akak sekarang ni. Namun aku rasa masih kecil untuk dibandingkan dengan pengorbanan mak. Membuatkan tekad untuk aku membantu keluarga terus segar dalam akal fikiran aku ni.

Terima kasih mak...

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*