Bila di Pusingan Terakhir..

"untuk dibawakan bersama angin lalu, kekusutan yang lalu"

Motivate!

Ya haa!!

Selasa dan Rabu lepas, kelas gua dengan kelas sebelah pergi camp..
Setelah beberapa bulan tak handle projek, gua rasa terharu dengan projek gua kali ni yang dijalankan dengan jayanya dengan bantuan dan sokongan committe dan peserta semua..

Program yang santai, lepakkan minda..
Refreshment daripada aktiviti dalam kelas.

Tempat nya pun lawa dekat kaki Gunung Pulai tu..
Air terjun yang masyuk..
Tapak kem yang sempoi kepunyaan Prof Razali, mentor kitorang tu..
Pakej!

Rasa tak nak pergi kelas buat kerja, nak main-main je..
Haha.

Hari Khamis bermula semula kelas..
Modul yang agak bosan..
dan Proposal yang tak siap apa-apa pun lagi!!

Malam tu sesi tutorial dengan Prof.,
Sesi gua dengan buddy gua pada jam 2230 malam.
Sampai turn kitorang, Prof dah ngantuk..

Kitorang ada 5 orang yang belum sudah masa tu..
Duduk borak-borak dengan Prof macam mana nak jadikan modul-modul selepas ni menarik..
Kerana banyak cerita-cerita je.. Tak banyak main..
Masing-masing pun share story.. Sampai pukul 1200 tgh malam then balik..

Hari jumaat hari proposal day.
So, takda kelas..

Janji dengan group gua pukul 1000 pagi..
tapi gua dengan budak-budak laki group lain..
Paiz, Mell, Ecan datang pagi-pagi pasal nak sarapan free..
Pukul 0730 pagi dah terpajak depan bangunan IMREC tu..
Haha..

Habis sarap, naik kat markas..
Bukak facebook semua bagai..

Bosan, tengok movie Hot Shot guna projector slide..
Dah macam panggung wayang dah..
Tergelak-gelak tengok cerita sampai pukul 1000 pagi..

Then budak-budak group pun datang.
Start la buat kerja..
Tajuk, company, apa benda semua pun takda lagi group gua ni..
group lain dah laju dah..
Aduh..

Gua pun kusut kadang-kadang nak handle 2 orang groupmate gua ni..
Dua-dua perempuan..
yang sekor laki lagi ni memang tak nampak pulak batang hidung..
Apa gua propose, semua tak kena.. Asyik kena gelak je..
Kritikan pun tak membina.

Last, gua tinggalkan laptop, serah kat budak berdua ni.
Buat la ikut sukati korang, gua follow je..
Masa tu dah pukul 1230 tgh hari, gua ajak budak-budak laki turun makan..

Then pergi solat jumaat..
Malas gua nak fikir apa-apa.
Biar la dorang yang fikir..
Yang gua tau, balik solat nanti dah ada company, tajuk.

Balik solat tu dorang pun dah dapat tajuk, tapi gua ngantuk giler gua nak tido jap sampai 1430 petang..
nanti bangun sambung disscuss la fikir gua..

Boleh pulak kejap lagi pukul 1430 petang tu, semua budak kelas ajak keluar..
Main bowling, jalan-jalan..
Gua layankan je.. Entah apa terjadi tah projek group gua ni..
Isau pulak gua.

Keluar je la..

Main bowling..
Yatta!! Gua menang.
Dapat no 1.
Girang giler..

Then pergi makan dekat Rumah Limas Danga tu..
Sedap jugak.. Dapat kek ceklat free..
Syedapppp...!!!

Happy jugak la dengan budak-budak ni..

Walaupun projek punya hal tak settle lagi..

So, hari ni, pagi-pagi tadi badan gua macam nak demam.
Tapi gua gagahkan diri jugak pergi Library UTM ni..
Pasal group gua cakap nak buat pasal Port Tanjung Pelepas.

Gua pergi library, carik info..
Takda..
gua buntu nak improve apa kat PTP tu.

Yela, dah tentu-tentu mereka ni dah well established..

Gua rehat sebentar.
Dengar lagu-lagu dari mp3 gua ni dan membalas email..

Fikiran gua melayang-layang ingatkan event Rock The World..
Sambil khusyuk dengar lagu-lagu indie koleksi gua ni, tiba-tiba gua teringat Anime BECK.

Gua imbau balik apa yang ada dalam cerita tu..
Sampai dekat satu part...

TUPP!! tercetus idea giler dalam kepala ho gua ni untuk come out dengan something yang giler best..
Kenapa la gua boleh tak terfikir idea ni awal-awal dulu..

Dan sekarang gua tengah excited giler buat projek gua ni..

Motivate giler baiii!!!
Lantak p dah dengan PTP ke apa ke..
Gua nak layan projek gua ni..
Gua nak hasilkan proposal terbaik!

Yoshaa!!

Takda Tajuk

Salam..

Berakhir sudah minggu terakhir bulan 11 ni..
Ada la jugak yang menarik..

Antaranya Hari Raya Aidiladha..
Sayu beb dengar takbir masa hari khamis malam tu..
Terus cepat-cepat gua berambus dari UTM lepas buka tu walaupun ada lambat juga sampai kat rumah.
Heh.

Aidiladha ni gua sambut dengan sederhana..
Balik kampung (balik hari je), makan dengan banyaknya.
Kumpul ramai-ramai..
Tapi yang paling best sekali nonton Nur Kasih episod last ramai-ramai..
Pergghhh, memang meriah..
Yang tak bestnya, ceritanya pendek, iklannya berjuta..
Hampeh...



Ternganga

Masuk minggu ni cukuplah 2 minggu gua training straight weekdays on my class..
Start minggu ni, dah ada alternate days which 2 or 3 classes je per week.
Memang rileks la..

Presentasi untuk complete kan Modul 1 hari tu pun dapat dijalankan dengan jayanya..
Dapat jugak kontrak Americans tu..
Memang sukses..
Kredit to Eman, Faiz, Ihsan and Kamil.. Ya Haa!!

Apa lagi yang berlaku minggu lepas..

Ha, hari sabtu hangout dengan Encik Amir Dugong, Rafiq Tuntong, dan Hafzan Taff..
Pergi Plaza Pelangi atau lebih dikenali sebagai Kerry's..
Takda apa yang menarik..

On the way keluar dari Shopping complex tu,
Dalam hati gua, macam takda hasil je bagi gua hari ni..
Kami pun menujulah ke tempat parking..

Tup3, betul-betul depan pintu keluar tu..
Lalu seorang gadis, berpakaian putih..
Work attire la..

Perghhh.. Subhanallah..
Memang cun melecun gadis tu..
Dengan pandangan tunduknya ketika berjalan..
Molek..

Selepas gadis tersebut melepasi kami dengan agak payah kerana terkeduan kami tadi menyebabkan kami tidak bergerak dan menyebabkan belon acah terjadi antara kami semua, kami berpandangan sesama sendiri...

Zaini : Uii.. Macam Nur Kasih...
Amir : Lagi baik dari Nur Kasih kot ni.. Serius..
Rafiq: Weh, tu aku punya.. Esok aku datang senyap-senyap..
Afzan: Hahaha..

Zaini: Esok dia dah resign kot.. Hari ni dia last kerja.. Notis period habis hari ni.. Esok dia join kelas aku kot..
Amir: Ko jangan jai, tak pasal-pasal esok ada 2 orang baru masuk kelas ko..

Lepas tu mengarut tah kemana-mana..

Tapi serius..
Terbukak kembali hati gua untuk menerima wanita..
Jika dan hanya jika gadis itu sahaja muncul kembali dalam hidup gua..

Oh~ di manakah kamoo gadis pelangi..~~

Zon Selesa

Sesuai dengan matlamat dan hala tuju gua yang baru,
gua menampilkan sesuatu yang segar dengan blog gua ni..

Gua selesa dengan permukaan yang lama tu,
tapi gua rasa gua perlu lebarkan zon selesa gua itu untuk menampilkan sesuatu yang baru..

Agar kalian dapat terus membaca dengan rasa segar di pagi hari atau di malam hari..

Tapi isi yang penting ye tak?
Untuk saat ni, hidup gua cuma berjalan dengan biasa sahaja..
Tiada apa yang menarik.

Dulu-dulu waktu suka pendam-pendam rasa, banyak la yang nak di tulis dalam ni.
Tetapi, dengan perubahan cara pemikiran gua yang lebih terbuka gua fikir, kurang yang menarik untuk di tulis.

Semua benda ada pro dan contra betul?
Tak semua akan puas hati dengan apa yang lu orang buat..

Contohnya,
Kalau orang taknak pakai tudung, takkan lu orang nak paksa kan..
Semua terletak pada diri sendiri, bukan atas paksaan atas orang lain.

Walaupun lu orang tau benda tu membawa kepada seksaan (tak pakai tudung tu la..),
Kalau lu orang dah selesa, suka, rasa tudung tu hanya untuk di pakai ketika berkerja, ke kelas atau aktiviti formal, lu orang go on la.

Pasal lu orang dalam zon selesa itu dan cuba tidak keluar dari zon tersebut.
Semua terpulang la kat lu orang.

Sama jugak hisap rokok.
Kerana itu semua tabiat yang biasa dan kita tidak cuba untuk luaskan zon selesa itu untuk kebaikan diri sendiri.


* Apesal tudung jugak jadi kes ni.. Macam takda benda lain nak dikaitkan.. Haha.

Menghabiskan masa bersama keluarga

Minggu ni gua menghabiskan masa bersama family gua kat rumah.
Merehatkan minda dan fizikal.

Mak gua tanya semalam tengok tak Nur Kasih tak.
Gua cakap tak sempat tengok.
Mak gua cakap ala... dia bitau minggu depan dah last.
Gua jawap, nanti gua tengok dekat internet je.
Mak gua cakap tengok yang minggu ni punya.
Nanti minggu depan boleh tengok sama-sama.
Heh.

Walaupun hanya perbualan ringkas, tapi berkualiti.

Go to the Next Level!

Salam..

Oh! Busy nya gua 3 4 hari ni.. Sampai tak terupdate pun blog gua yang gua sayangi dan cintai ini..

Kenapa gua busy no ni beb. Ha? Ha?

Bukan sebab apa pun..
Pasal gua join satu program untuk dapat kerja kaw-kaw betul-betul haoliao punya kerja.
Program under Iskandar Malaysia.

So, apa yang gua dapat so far?

Gua dapat seorang trainer yang memang superb best giler babas..
Seorang Prof UTM sebagai Mentor. Nama dia Prof. Razali.
Tapi selamba badak dia suruh panggil Raz.
Agak kekok awal-awal..
Tapi gua pun selamba badak dah sekarang panggil Raz.

Then, group member yang selamba badak gak best macam makan ayam goreng.
Ada sorang la yang tak best. Tapi dia dah blah..
Gua terasa semakin best kelas ni.
Wakaka!

Modul dia yang best. Dalam program ni, gua dipaksa bercakap BI full time.
Bukan gua sorang, group member gua pun.
Memang gua suka giler tengok effort masing-masing nak cakap BI tu..
Mendorong gua untuk mencuba jugak bersama-sama dorang.
Pasal gua pun bodoh gak BI. Cakap gagap-gagap macam lagu stacy
Tapi apa yang gua nampak, gua punya BI makin ok dari hari pertama.
Ni baru hari ke empat ni.
Hope, habis program ni, gua dapat develop sepenuhnya skills yang ada.
Gempak ar!

Makan!
Ni paling best sekali..
Sarapan = 2 menu
Minum Pagi = 3 menu
Makan Tengah Hari = 2 lauk, 2 sayur
Minum Petang = 3 menu
Makan Malam = 1 lauk, 1 sayur
Makan Sukahati = Sukahati
Memang gua gemok lepas program ni. Heaven!

Tapi apa yang paling best, gua dah nampak macam mana gua nak corak kerjaya gua lepas ni.
Dengan apa gaya, dengan apa style.. Semua disingkapkan dalam program ni.
Yang gua rasa sangat baik untuk karier development gua.
Ada benda yang gua tak perasan, di perasankan.
So that, gua dapat mengenalpasti bagaimana tubuh dan otak gua patut bergerak.

Doakan gua berjaya dan keputusan gua untuk resign jawatan jurutera tu betul.

Iskandar Malaysia! Ayuh!

15112009

Budak-budak opis gua hari ni ajak gua pergi mandi manda ala sunway lagoon kat Starhill esok..
Atas tiket Shimano seramai 16 tiket percuma.
Dan gua yang notis letak jawatannya berakhir pada 15/11 ni akan menggunakan peluang ini sebaiknya sebelum berambuih.

Plan pagi-pagi dah gerak takut sunburn..
Padahal gua belum tidur lagi mengadap facebook ni..

Petang jam 2, gua dah kena shoot pulak bawak segala perkakas dan kelengkapan mendaftarkan diri di UTM.
Gua pun lupa la esok nak daftar kat mana ni..

Esok la baru gua carik.. Mengantuk giler ni bai..

Ciao.
Salam..

Sambungan Suratan atau Kebetulan??

Anas mengunjungi Aisyah , di dalam majlis itu seorang lelaki bertanya:

"Wahai Ummu al-Mukminin, ceritakan kpd kami tentang gempa bumi?"

Beliau berkata:
"Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tpt selain dari rumah suaminya, terkoyaklah hijab (pendinding dari azab) yang antaranya dan antara Allah. Apabila perempuan memakai bau-bauan bukan utk suaminya, baginya neraka dan kehinaan..

Apabila dihalalkan zina,meminum arak dan memukul alat muzik, Allah berfirman kepada bumi gegarkan mereka. Sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka dibinasakan dengannya oleh Allah.


Anas bertanya
"Apakah itu hukuman terhadap mereka?".



Aisyah menjawab
"Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kpd org mukmin. ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas org kafir



"Sesungguhnya di antara tanda hampirnya hari Qiamat itu, berlaku byk kematian manusia secara mendadak"
~Thabrani


"Tidak akan dtg hari Qiamat sehinggalah berlakunya byk gempa bumi"
~Bukhari


"Sebelum berlakunya hari Qiamat, akan terdpt kematian yg amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
~ Ahmad



nBaginda menyebutkannya:

"Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam Alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, 3 kali Gempa Bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yg ketiga di Semenanjung Arab, akhir sekali api yg keluar dari arah Yaman yg akan menghalau manusia kpd Pdg Mahsyar mereka".


Huraian Ringkas:

- Dukhan (asap) keluar dan akibatkan penyakit spt selsema di kalangan org beriman dan akan mematikan semua org kafir.

- Dajjal membawa fitnah besar hingga ramai org terpedaya dgn seruannya.

- Binatang besar keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yg akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kpd Allah swt.

- Matahari terbit dari Barat.Saat itu Allah tak lagi terima iman org kafir dan tak terima taubat org yg berdosa.

- Turunnya Nabi Isa ke bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yg berdaulat pada masa itu, patahkan salib,bunuh Dajjal.

- Keluarnya Ya'juj Ma'juj yg buat rosak di bumi

- Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.

- Api besar halau manusia menuju ke Pdg Mahsyar. Api itu bermula dari arah Yaman.


Info tambahan :

Di tgh-tgh negara Saudi terdpt satu garisan “fault” yg berpotensi utk berlaku gerak gempa yang para geologis memanggil garisan itu dgn nama - Najd Fault System.
Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pd kurun 13M. Gegaran terakhir dikesan dari “fault-line” ini pada tahun 1999.

Suratan atau kebetulan?? Wallahualam..

Gempa bumi di Padang 30 Sept tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ]
Gegaran ke-2 jam 5.58 pm [ atau jam 17: 58 ]
Esoknya, 1 Okt pada jam 8.52 am gegaran susulan di Jambi

Sila beri perhatian pada bahagian di bawah:-

Slide 7

[ Jam 17 : 16 = Surah ke-17 ayat 16 ]
[ Jam 17 : 58 = Surah ke-17 ayat 58 ]
[ Jam 8 : 52 = Surah ke-8 ayat 52 ]


Surah ke-17 : Al-Isra‘
Surah ke-8 : Al-Anfaal 

Slide 8
Slide 8
Al-Isra’ : 16

 

Slide 8
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا



 “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Kami perintahkan kpd org yg hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” al-Isra:16





Slide 9
Al-Isra’ : 58


Slide 9
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

 “Tiada suatu negeri pun (yg derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dgn azab yg sgt keras. Yg demikian itu telah tertulis di dlm kitab (Lauh Mahfuz).” Al-Isra’: 58


Slide 10
Al-Anfal : 52 



كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

“(Keadaan mereka) serupa dgn keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta org sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.” Al-Anfaal: 52
Slide 10


Suratan atau kebetulan??
Untuk renungan bersama.

Kawan-kawan..

Perlulah kita menunggu keluar nya dajjal, turunnya Nabi Isa, Imam Mahadi untuk kita bertaubat..
Jangan sampai terlambat..
Ingatan untuk diri ini dan kalian semua..




*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: auror :*

My Photo
waq D. jai
Org Italy
View my complete profile

*: jm :*

*: klndr :*

*: rukun Islam :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: butter world :*

Loading...

*: melintas aym :*

*: fllwrs :*

*: mcm sekuk :*


*: soul society :*

banner 115×116