Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Open House!!!

Salam..

Ha.. Rancak betul open house ye tak bulan ni..
Mana taknya, semua orang beraya..
Nak jugak tunjuk carpet baru, sofa baru, langsir baru, anak baru, orang rumah baru.
haha..

Gua nak cerita sikit.. Selasa lepas gua pergi Open House IRDA..
Kat Persada Johor.
Selisih sekali dengan gua punya penyampaian sijil Keusahawanan Francais.

So, selepas tamat graduation, kitorang di jemput ke Open House IRDA tu la dekat floor bawah.
Gua pun masuk.. Gua semangat beb..
Mesti lah..
Bunga gua kat dalam tengah jadi usher..
Auuwww...

Masuk, masuk..
Ramai betul umat manusia..
Semua macam gah-gah je orangnya..

Gua layan melantak je la..

Bunga gua selalu cakap, awek-awek IRDA ni cun-cun..
Gua cuba la memastikan kebenarannya itu.. tinjau keadaan..

Pap! Ada sorang..!
Mata gua hanya tertuju, tertumpu, sentiasa mencari, pada seorang je awek ni..
Cantik, memang cantik..

Pakai tudung pink..
Tinggi lampai...
Baju kurung warna ungu..
Memang cantik...
Rasa nak rap lagu Altimet - Chantek je..
Lagu sepatu-sepatu tu.

Tengok-tengok balik, eh! itu la dia bunga gua..
Hehe.. Ayu jek weh..
Gua rasa, antara semua awek IRDA, dia lah yang paling cantik, menawan, mempesona..
Tapi serius, memang betul.. budak-budak lain biasa je..
Apa dia cakap tu tak betul la..

Mata gua kalau tak dekat kumpulan main gambus, mesti mata gua kat dia..
Tah la, macam menarik sangat dia time tu..

Sayang tau...~
=P

Mak Ngah... Sosilawati Kes..

Betul ke mayat yang ditemui kena bakar tu mayat Sosilawati..
Meremang betul bulu roma gua bila baca berita harian hari ni..

Bila bagitau Mak tadi, mengucap panjang mak.
Tapi semua nya belum dapat dipastikan lagi.
Tunggu siasatan forensik.

Sepanjang kes ni berlaku, kami sekeluarga (Keluarga Besar Ayah), mengikuti kes ini dengan penuh minat.
Kenapa?

Kerana mereka juga adalah ahli keluarga kami.
Mak Ngah adalah adik kepada beliau.
Pak Ngah adalah adik Ayah.

Dulu time kecik-kecik, selalu pergi raya kampung Mak Ngah kat Sri Medan.

Hari Raya pertama tempoh hari, kami semua ke rumah Mak Ngah, tapi beliau tiada.
Sah-sah la beliau balik kampung Sri Medan. Kes akak beliau tak settle lagi.

Kami tumpang simpati..
Kami semua rindu nak jumpa Mak Ngah.
Mak cakap hari tu "Lama dah tak jumpa Mak Ngah kau.. Apa cerita la dia agaknya"
And I know, same goes to semua ahli keluarga gua.

Lama giler kot tak jumpa Mak Ngah..
Gelak ketawa, gurauan dia tu.. Selalu usik gua, bagi nasihat kat gua kalau balik kampung tu..

Mak Ngah, be strong ok..

Semoga semuanya berjalan dengan baik.. Amin..

Salam Aidilfitri 1431!!!

Waaaa..!!! Raya, raya, raya!!

Tak pasal-pasal dah raya ye tak.. Hari ni masuk hari ke-3 Hari Raya.
Gua pun dah menjejakkan kaki semula ke bumi JB yang terchenta setelah menghabiskan 2 Hari Raya bersama keluarga di kampung.

Kemeriahan terasa la tahun ni. Atuk dah ada cicit, mak ayah gua dah jadi atok saudara, gua dah ada anak saudara.
Waaa, semakin tua gua rupanya.. Gua ingat gua boleh la ngecek-ngecek duit raya lagi bila buat-buat muka comel macam mapei, tapi naaahhh~ jangan harap.
Tapi malam tadi ayah bagi duit raya. Ayah memang beshhh!!

Sepupu-sepapat gua semua pun dah besar-besar.
Macam-macam kerenah la..

Baru gua lihat yang keluarga gua dah bertambah besar.
Macam cerita Home Alone.
Habis ruang tamu penuh bila tidur malam.
Gua bawak Toto dari rumah tu bai sebab tak cukup tilam.

Tahun ni tema Ungu, tahun depan biru cair pulak ye.. xD

Dan satu yang best, tradisi keluarga gua masih bersambung.
Iaitu, warisan Sekolah Teknik Johor Bahru.

Tahun ni, rupanya ada seorang lagi sepupu gua bersekolah disitu, Farah anak Mak Anjang
Meneruskan tradisi bertahun-tahun.

Bangga la jugak gua jadi yang pertama tahun 2003 dulu.
Then diikuti oleh adik gua, Zaimah ambik akaun kat situ.
Then Adib, ambik sama macam gua mekanikal (Tahun lepas dapat 7A, tapi still nangis-nangis pasal tak dapat 10A. Sekarang kat Tahun Asasi UM)
Then sekarang Farah, ambik Elektrik.

Kalau cikgu besar tahu susur galur keluarga gua mengalir kat sekolah tu, mau dapat pingat ni..
Haha.

Bercerita mangenai raya, gua rasa tahun ni spesial sikit.
Dah ada seseorang pertama kalinya sewaktu Hari Raya.
Bunga Api di Hatiku la orang kata..
Auuummm...~

Best la kan rasa dapat buka sama-sama, sahur sama-sama, shopping sama-sama..
Walaupun shopping tak beli apa-apa sangat pun, tapi habiskan masa bersama-sama tu yang bermakna bagi gua tu..
Dalam analisis budak lahir bulan 9 pun memang cakap, tersangat suka melakukan aktiviti bersama pasangan.
=p

Tahun ni gua berpuasa dengan berkerjaya.
So, rasa la dibelanja oleh contractor-contractor makan buffet sedap-sedap untuk buka puasa.
Nak tunggu sendiri pergi, hampeh.
Bukan lah rasuah, tetapi sekadar berbuat baik pada bulan ramadhan.

Tapi bercerita pasal rasuah, ni yang best gua nak cerita ni..
Kejadian berlaku pada 2 hari menjelang Hari Raya.

Sewaktu rushing nak ke majlis berbuka bersama rakan-rakan kamcing.
Macam biasa, kena tahan, duit kopi..

Cara! Melayang duit gua nak pergi shopping malam karang.
Nak mencarut lebih-lebih, gua dah berhenti carut-carut ni.
Nak-nak di bulan mulia ni.
Sorry Tam, lu pun terlibat sama.. =S

Hari terakhir puasa, gua masih bekerja.
Standby pasal gua je pegawai baru.
Pegawai-pegwai otai dah cuti dah.
Siyut kena buli.. Isnin dah start kerja pulak tu.
Tapi gua tak kisah.

Pagi tu family gua dah bertolak balik kampung.
Dan gua bertolak selepas balik kerja pukul 6 petang.
Gilek ah, memang rasa nak raya betul balik malam raya.

Gua balik bersama-sama buah hati gua.
Heeeeee....... Suka, girang gembira.
Gua hantar dia balik kampung.

Tapi ada cerita horror di sebalik malam tu.
Nak tau, kita tunggu post seterusnya nanti.
Meremang jugak bulu roma gua ni.
Dan-dan je setan lepas. Kurang belacan punya setan.

Sampai je kat kampung beliau, dah dekat pukul 12 malam.
Family beliau masih menunggu dengan sabar.
Kat atas meja dah terhidang ketupat, kari ayam, sambal kacang, sayur lodeh..

pErggghhhh!! memang besh.. makan banyak, banyak, banyak..
Gua la jadi orang 1st beraya kat rumah dia Hari Raya ni.
Pukul 12 malam. Cara!

Dah siap makan, gua teruskan perjalanan gua ke Batu Pahat.
Sampai dalam pukul 3 pagi gitu.
Then tidur~~ Krroohhh! Krooohhh!

Pagi, mandi sunat Aidilfitri, Solat Aidilfitri, makan lagi..
Then pergi beraya.

Paling best bila pergi rumah Atok Uda.
Nah! Hambik ko.
Sekali 3 keluarga clash jumpa kat rumah dia.

Keluarga besar Kitorang,
Keluarga besar Atok Busu,
Keluarga besar Atok Chik,
Keluarga besar Atok Ngah,
+Keluarga besar Atok uda la kan

Tengok la gambar bawah

Ni tak tengok dekat luar, kat atas rumah lagi.. 
Dah macam rumah terbuka PM

Lastly, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada Kalian semua!!!
Have a good 1 ok!!
Jom nyanyi lagu raya Yuna

Oh Yeah Raya!! =)))

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*