Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

gua membersihkan blog..

salam, selamat sejahtera semua..

apa khabar orang-orang yang selalu jenguk-jenguk gua punya blog ni.. aduh! lama gila gua tak update. bak kata narumi.. " woy, bersih-bersihkan la habuk dalam blog ko tu..".. haha. gua hari ni datang nak bersihkan la ni narumi oiii..

hari ini hari terakhir dalam bulan april. dan ini posting yang terakhir untuk bulan ini. gua dah tak sibuk dah sekarang ni.. lepas habis kertas heat semalam yang entah apa-apa gua jawab, gua da rileks. gua pergi makan lepas test, lepas tu plan nak keluar tapi tak jadi. aiyoyo! kacau la itu etnik punya test kalu.. gua keluar sebelah malamnya...

bercerita pasal keluar la hari ini kat posting ini. gua tak ada apa nak cerita la beb. gua punya hidup bukan menarik pun. kitorang keluar dengan menaiki kereta naza sutra malam tu. gua 4 orang. memang keluar tak ada plan punya.. main redah je. asal keluar. mula-mula kitorang singgah la makan kat kedai kompang. kat seri mahkota aman tu.. bercerita perihal gerai ni, memang kitorang suka sangat makan kedai ni.. masakan sedap, masak pulak laju, sup dia pun terbaekk, suasana nyaman macam kat kampung-kampung.. tapi tak ramai orang. kalau ramai orang pun tak menjejaskan efficiency tukang masak dia yang memang ternyata handal gua kira. laju giler wey masak... salute la brader tough tu..

sambil-sambil menunggu tu, sapiq ambik-ambik gamba guna handset dia. "da lama xkuar.." kata dia. gua pun yang memang jakun dengan gambar ni pun sibuk-sibuk la sekali. hehe. ala, sapiq.. bajet gua tak tau la tu lu pun jakun nak ambik gamba pasal hanset baru ada kamera.. gua layan.. cara jugak. bukan selalu keluar ambik-ambik gamba ni.. yela, siapa la nak ambik gamba gua ni. gua bukan mawi. kui2.

habis makan tu, ateh pun berkata " karoke jom.. lame da ni tahan ni..".. kitorang pun set je la kan.. gua pun dah terfikir-fikir nak melalak lagu apa ni. tentunya la yang bakal manghilangkan suara gua punya.. kitorang pun menuju karoke. dalam kereta tu pulak tiba-tiba lagu 'bila aku sudah tiada' berkumandang di corong radio. apa lagi, kitorang berempat pun melalak macam nak rak, macam esok dah tak ada lagi. haha. "praktis-praktis.." kata gua.. layan. sebelum tu singgah terminal belikan tiket wanjad. nak balik hari khamis ni katanya. dah selesai baru pergi karaoke.. lalalalalala~~~

okeh, abis karoke dah.. 15 lagu tadi.betul punya melalak. masing-masing suara dah macam ramli sarip tertelan biji getah. dalam kereta gua lu, gua lu.. macam rockers pulak.. kan? kan? (ajuk suara pelakon ROCK tu). lepas tu mel ajak la pergi TC. ok set. gua memang da plan nak pergi TC awal-awal tadi. mel dah cakap dulu.. macam tau-tau je. gua nak beli mcD. nak belikan untuk seseorang. tak boleh la gua tak ingat kat dia enjoy-enjoy macam mana pun. kesian dia kena mengadap buku study esok nak exam. yang gua dok bersuka ria dekat luar pulak.. apa la gua ni..

sampai TC, lepak-lepak la dulu. ambik gambar (lagi??!!) kat tengah laman kat TC tu. orang tengok pun da rasa pelik gua rasa. lantak korang ar, bukan kamera korang pun, kamera sapiq. keh3.. malam tadi ramai jugak orang dekat TC tu. padahal hari selasa ni. korang-korang ni tak ada paper ke esok?

dah abis lepak, ambik gambar, pergi mcD. makan dulu. nak balik tu baru gua order tapau. buat seseorang tadi makan malam-malam tengah study ni kan. mesti lapar punya.. caring..

da siap tapau, pergi pulak depan terminal tu ada macam bazaar-baazar apa entah. survey je la. mana tau ada benda berkenan. gua ingat nak beli anak patung yang besar tu buat tidur memalam. mana tau ada jual ke. ada ke anak patung? ah! pedulik apa gua..

sesampai nya di sana, banyak kedai da tutup. "aisey" kata gua.. "jalan je la dulu.. tengok2". sapiq membalas.. masuk dalam tu, ada satu kedai baju masih bukak lagi.. jual-jual jersi, t-shirt semua. sedang gua belek-belek tu, terjumpa sesuatu yang best. T-shirt Italy EURO 2008!!!. arrgghh gua rasa nak beli. warna biru dengan lambang puma kat tengah. cun! brader tu cakap dia boleh kasi kurang sampai RM20. gua rasa nak ambik je. kena pulak ada sepasang tu, satu jejaka punya satu gadis punya. ada aku beli dua-dua pulak ni karang. dalam kepala otak gua da tau da nak belikan untuk siapa. tapi aku berfikir sejenak "dia minat ke dia italy.. ?.aku ye la.. kok aku beli ni karang rupanya dia tak suka italy ke, tercungap pulak gua karang..".. gua bersuara kecil dalam hati.. gua tanya brader tu, tutup lambat lagi dia kata. gua cakap nanti gua datang balik. nak fikir-fikir sekejap. dia tersenyum sinis kat gua. ape sengih-sengih?

jalan-jalan lagi jumpa pulak kedai sunglass. sapiq tengah pilih-pilih. "sesuai tak?"..sapiq tanya.. " ok je..".. gua jawab iklas.. mamat ni try mana-mana pun kena dengan muka dia. gua malas nak ambik port sangat. pasal gua tau, muka gua memang tak sesuai pakai spec. macam kelakar mr. bean. sambil-sambil tunggu tu, terasa bosan pulak. gua try la ambik sebatang spec, try.. tak kena. ambik satu lagi.. kaler hijo. tak kena. try lagi.. "ah! suda.. gua da termelekat nak menerai pulak ni..".. try punya try, jumpa akhrnya satu yang sesuai dengan muka gua. spec besa. boleh pakai bawak motor ni. tak banyak cakap, beli je. dekat setengah jam gua membelek. hampeh!

alamak! pergi balik kedai baju tadi.. da tutup.
mana tak nya beli sunglass sampai setengah jam. ala.... baru nak beli baju tu.. ada satu brader tu, "esok datang lagi ye dik..".. ah ye. banyak masa gua nak pergi lagi.. tapi gua bukan betul pun. tak alih-alih da sampai kuantan sok ni. tak tahan tengok baju tadi tu..hehe. nak-nak sepasang.

kitorang pun balik ler.. dalam kereta, masing-masing pakai sunglass yang baru beli tadi.. dah memalam buta naik kereta pakai sunglass lagi.. macam bangang. gua pun sama. hehe. balik terus ump. jam sudah menunjukkan 0130 H waktu malaysia. nak balik cepat nak tengok bola pulak. sampai pakgad kena tahan, tulis nama. da abis tu, singgah blok. nak jumpa sesorang tadi bagi makanan ni.. sampai-sampai, tak ada pun dia. gua call la. rupanya ada depan pintu masuk siswi. gua pergi la situ. dia tengah ambik air RO.
muka mamai.. sweett.. macam bayi.. hehe.

kitorang pun balik la rumah lepas tu. tengok bola. barca kalah. hampeh!

PS : gua rasa ni bukan posting terakhir bulan ni. kejap lagi gua nak menulis lagi la.. tengah gila nak menulis.. hoho. gambar-gambar masa keluar ni gua upload nanti la ye.. ciao

denyutan jantung

salam semua...

da lama gua tak update blog ni... sory guys.. hari ni gua rasa macam nak tercabut a jantung.. gua tak geti nak rasa jantung gua camna... berat gila nak berdenyut..

few weeks gua tak menconteng dalam ni, ada la beberapa kerat cerita yang gua boleh kongsi-kongsi.. mengenai hidup gua tentunya...

lebih kurang dua minggu lepas, gua tak sangka gua akan terlibat dengan satu program yang gua sendiri tak patut ada kat situ.. tapi gua telah ada di situ... sukan intrafakulti kimia UMP..

orang pelik dengan gua minggu tu, kenapa gua sanggup bangun pagi-pagi pergi ke sukan intrafakulti fakulti lain.. lu orang pun mesti pelik dengan gua masa tu kan...

gua pergi untuk menyokong seseorang.. seseorang yang buat jantung gua tak betul tadi... seseorang yang bermakna bagi gua.. yang gua takda space lagi dalam hati gua untuk letak sesiapa... itu lah dia..

gua bangun pagi tu agak lambat dari dirancang.. gua kelam kabut a mandi.. pergi dengan tergesa-gesa. gua tengok da stat.. aiseh.. apa la gua ni leh lambat plak.. spoil lagi..

sampai-sampai, seseorang itu masih ada di tepi, memerhatikan permainan.. seseorang itu menyambut gua dengan senyuman yang manis pagi itu... senyuman yang kalau gua boleh nikmati setiap hari, gua akan bangun setiap pagi untuk melihat senyuman itu...

tak lama lepas tu, seseorang itu memulakan permainan nya.. agak bergaya seseorang itu pagi itu... gua seorang yang hopeless ni pun rasa semangat tgk... memberi sokongan gua 100%.. bila tangan di dalam tangannya, gua rasa berdebar giler... gua senyap.. die lontar, masuk... gua sangat suka saat bola yang dilontar itu masuk... bila tak masuk, gua rasa kecewa giler... susa gua nak bayangkan perasaan tu... mmg bes... sesuatu yang bermakna untuk gua...

kalau la gua mampu buat sesuatu yang bermakna utk dia seperti apa yang dia lakukan kat gua minggu tu, alangkah baiknya... pernah ke gua buat yang bermakna tu untuk dia? hanya tuhan dan dia saja yang tahu.... sesuatu yang gua tak tau... sekian...

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*