Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

lepaking..

Malam tadi aku lepak dengan mapei dengan awie. Sambil tengok man u lawan arsenal yang berkesudahan 2-1. Gol man u mmg sampah giler.. takda seni langsung. gol penalti dengan own gol diaby. tak macam tak terhibur langsung kan aku tengok. tapi gol ashavin memang masyuk giler.. tapi nak wat camna, kalah jugak. arsengal. yang penting chelsea aku menang sudey..

so, dah lama aku tak lepak dengan budak 2 ekor ni. aku dah kerja jauh kan, susah nak lepak dengan diorang. ni cuti panjang sikit ni, aku ambik peluang la lepak.

macam-macam kitorang cerita. mapei dengan cerita kelas baru dia dekat utm space tu. awie dengan kilang tepung dia yang dia baru kerja beberapa minggu lepas. aku sibuk tanya pasal jual beli kereta. galak la bercerita masing-masing.

tapi satu yang menarik, bila berbual dengan diorang ni, even nampak macam borak-borak kosong, tapi sebenanrnya penuh dengan isi perut yang membuak-buak. Plan-plan lepas dah bekerja, untuk masa sekarang, masa depan. tak macam borak-borak masa kitorang masih sekolah dulu. berbual nak up je. tapi cam poyo ayam.

sebenarnya budak 2 ekor ni memang dah berpunya. so, plan-plan dorang ni tak lari la pasal life hidup bersama ni. macam awie, tak habis-habis bila nak kaya dia tanya aku. dia cakap nak ada life stabil dulu baru nak kahwin tapi kalau belah perempuan dah mendesak suruh tunang dulu, dia nak tak nak kena menurut. pasal dah lama sangat dia dengan gf dia tu. sejak kitorang pakat kenakan dia utuk pasangkan dia dengan gf dia tu masa sekolah dulu sampai sekarang dia still dengan budak tu. total lebih kurang 6 tahun la.

so, dalam ramai-ramai aku rasa dia kahwin dulu agaknya. haha

tapi yang menarik nya si mapei. dia ni bes kalau berbual. plan rancangan hidup dia lebih teratur. nampak la jalan nya nak pergi ke mana, ke mana kan.. malam semalam masa keluar tu, dia sambil-sambil setel kan loan asb untuk awek dia. dah 80% la nak siap cuma ada beberapa benda tak setel lagi. bagi aku, memang sangat bagus langkah buat loan asb tu.

macam aku sendiri, aku memang nak buat lepas beberapa bulan kerja ni. pasal benda tu bukan apa, untuk simpanan masa depan. untuk sekolahkan anak-anak, untuk menyara keluarga. si mapei ni dah lama buat masa dia awal-awal kerja setahun yang lepas.

misalnya pinjam 20k, tiap bulan dalam kiraan bayar dalam seratus lebih. duit ko tak dapat, semua masuk asb terus. tahun-tahun ko makan dividen je la. kira boleh dapat dividen besar la kalau dah ada 20k dalam tu. dalam setahun ko bayar bulan-bulan, ada rugi tak sampai seratus pun. kira elok gak la. tak rasa kan bayar bulan-bulan. sampai tempoh matang dalam beberapa tahun boleh keluarkan. dah cara..

then dia cerita pasal gf dia nak ambil lesen kereta, nak beli kereta. mula-mula dia tak kisah pun, but fikir-fikir balik, gf dia pergi kerja pun naik bas kilang, kalau balik kampung pun member aku ni hantar, so, macam membazir la benda tu. so, dia plan untuk beli rumah sekali dengan gf dia ni. but, dia rasa lepas tunang maybe dah boleh gerak benda tu. gf dia pun ok dengan cadangan beliau tersebut.

dia sendiri tanya aku, better kahwin dulu ke, ada rumah dulu. kalau dari jawapan aku, memang aku beli rumah dulu. ada kereta, rumah, baru boleh fikir tu semua. dia pun bersetuju la dengan aku. bagi aku tak terbeban kalau buat macam tu. kalau in case ko kahwin dulu, baru sibuk nak beli rumah, macam leceh la benda tu. biar semua dah tersedia, baru sedap nak hidup berdua. ye tak? haha. pandai aku berbual.

aku suka tengok kawan aku sorang ni. dia planning macam mana nak hidup. pasal aku pun suka macam tu. ada someone yang ko boleh rancang hidup sama-sama before ko betul-betul akan hidup sama-sama nanti.

dari beratkan kepala dengan perasaan cemburu, perasaan mazmumah time bercinta tu, baik beratkan kepala macam mana cara nak hidup berdua dari segi kawalan ekonomi dan kewangan. kadang-kadang kes tak kontek satu hari pun boleh jadi gaduh, boleh jadi apa, aku tak suka nak beratkan kepala dengan benda-benda macam tu. tapi aku pun tak tau macam mana semua tu kan, pasal aku still bukan macam dorang, ada someone to take care of. so, aku banyak konsentret hidup aku macam mana nak improve life keluarga aku.

even sampai sekarang nak beli kereta pun aku consider yang semua ahli keluarga aku boleh naik sekali. pasal rumah kitorang memang takda kereta. motor aku sebijik tu je la. rumah pun still menyewa. aku kalau boleh awal tahun depan dah boleh bawak keluar family aku tinggal rumah sendiri. lepas tu baru tenang hidup aku.

baru-baru ni aku gaji pun, dapat la hulur sikit duit 2-3rat kat mak dan ayah aku. puas hati giler rasa dapat buat sesuatu dengan gaji 1st aku tu. aku hantar sikit duit kat adik aku kt UUM tu. rasa bermakna giler ah. tapi awal-awal ni dapat la buat macam tu. kang da ada benda-benda lain nak bayar, yang mampu aku bagi pun dah makin kurang kat dorang. asal ada je. pengalaman member-member aku la..

aku doa life aku akan lebih better lepas ni. InsyaAllah...

Selamat Menyambut Ramadhan..

Salam.. selamat berpuasa semua..

aku sebenarnya tengah demam ni. sejak rabu malam hari tu.. baru berapa hari masuk kerja kan..
aku pergi chek doktor, dia bagi aku mc satu hari pada hari jumaat.. belum pape, dah mc.
panjang la nampaknya probation period aku ni.

hari khamis aku kerja gak, tapi memang tak larat giler bai.. balik gi klinik, dapat mc.
memang risau aku. takda pape, tiba-tiba batuk-batuk, sakit tekak, badan lemah-lemah..
aku cakap janganlah kena penyakit bukan-bukan tu..
dah la tengah musim sekarang ni..
so, doktor cakap, jangkitan kuman.
Alhamdulillah..

so, jumaat tu aku balik la kampung. umah hostel aku pun takda sesiapa ni.
semua pun balik nak sahur, buka dengan family masing-masing kat kampung.
aku dengan tak laratnya nak bawak motor nak balik, menebalkan muka minta tumpang member sekolah aku dulu hantarkan. nasib baik dia sporting. haha.

1st time dalam hidup aku berpuasa pada hari pertama puasa dalam keadaan demam.

ha.. jangan ingat aku tak puasa pulak. haip!

Pandangan baru. Dunia baru.

macam best kan kedengaran bunyinya..
seperti visi baru PM baru kita untuk negara kita..
semua ada 1. aku pun nak letak gak 1, tapi macam ciplak je.. tak cool langsung..
heh

so, what's going on?
haha.. ni aku nak cerita ni..
best, best, best..!

pasal tempat kerja baru aku.
walaupun hari ni aku baru je masuk daftar hostel, tapi banyak benda yang aku tak sangka yang jadik.

aku sampai pukul 2 petang la dekat company tu.
act, 1403Hr. lambat 3 minit. halal la incik.. haha.
so, dalam kepala hotak aku yang jambul dah lebat giler macam takuya kimura ni,
aku dah set dari semalam yang aku akan menempuh hidup seorang diri di tengah kota metropolitan (ke..??) ni berseorangan, perlu mencari kawan-kawan baru, belajar tempat baru.
tapi aku tak kisah semua tu.. berdikari la bang.. haha

tangah aku dalam waiting room tu, lepas aku ambik uniform aku, aku keluar dari bilik tu,
tiba-tiba.....

aku tergelak besar.. besar gila.. muka terperanjat..
hey, bukan pasal pijak tahi anjing la..

dekat depan aku sekarang ada sorang mamat yang agak bonot, yang dah 4 tahun aku tak jumpa.
baru sampai.

"MasyaAllah... engkau ke cer..?" aku menyapa..
"adui, jai.. kau buat apa kat sini..? acer menjawab sambil tergelak besar

kitorang bersalaman, nak peluk tapi macam malu pulak orang ramai dalam bilik tu.
pendekkan cerita, bilik tu dah jadi macam warung kopi kitorang berborak macam nak rak.
dah 4 tahun tak jumpa, dia ni satu kuliah masa matrix dengan aku dulu.
bergelak-gelak dalam waiting room tu, tak memikirkan orang-orang sekeliling.
memang macam gampang perangai.. haha

dia esok masuk kerja saing aku.
satu rumah (hostel) dengan aku.
satu bilik dengan aku.

memang sengal..

nasib tak satu katil dengan aku..

Berpindah

salam semua..

aku tgh berkemas-kemas nak masuk tempat kerja baru ni..
rase exited gak la. gemuruh pun ada..

macam nak pindah beb, kain baju satu beg, dengan barang-barang lain lagi tak hengatt..
memang excited kot.. macam nak masuk daftar pelajar baru..
masuk asrama, ada orientasi, ada latihan..
ingat dah tinggal dah benda-benda tu, ada lagi rupanya..

selamat tinggal JB..!!! isk..isk..isk..

Selepas Mukadimah

yup.. itu dia tajuk dia.. 'selepas mukadimah' selepas lama menyepi..
heh.

so, apa cerita aku sekarang ni? aha..
tu la dia.. apa ceritanya.. cerita tamil? tale n time? atau cerita muda mudi?
heh. excited pulak aku memalam buta ni..

actually, aku agak girang gak la pasal dapat posting lagi dalam blog aku ni.
pasal aku baru beli broadband! yahha, itu dia.. tu yang aku suka sangat sebenarnya tu.
dah berapa lama kot aku tak dapat nak fully online melayan internet-internet ni semua.
so, maka lepas ni, memang rajin la aku bersihkan tempat ni, untuk dimuatkan posting-posting baru. heh
dah kerja ni baru mampu nak beli..kehkeh..

semalam la, aku pergi persada johor tu, ada pc fair. even dah tau lama pasal even ni, tak tergerak pun aku nak beli broadband ni. rasa macam bukan keperluan je.
then, apa yang menggalakkan aku nak beli ialah pasal aku dah seminggu terlantar kat rumah disebabkan

'aku-bawak-moto-pergi-kerja-kena-langgar-dengan-avanza-maroon'.

ha.. tu la dia kisahnya.

macam mana tah boleh kena langgar masa nak pergi kerja kan. bawak tak laju pun, jalan kampung.. pun boleh kena langgar. MasyaAllah.. macam-macam boleh terjadi kan..

aku plan pergi kerja hari tu untuk bagi sekali surat resign aku untuk notis 2 minggu, orang cakap macam tak bagi aku berhenti je boleh kena langgar camni kan. tapi bagi aku, dah nak kena, kena jugak lah..

aku hantar jugak surat tu lepas terima rawatan malam tu. sedih jugak budak-budak team aku tengok keadaan aku time tu. seingat aku, dalam tahun ni je, tah dah berapa kali aku eksiden. nasib tak ada yang teruk sampai patah riuk lagi. Alhamdulillah.

Member aku cakap la masa aku eksiden kali kedua beberapa bulan yang lepas
"motor dah makan tuan dah tu jai, tukar la, carik motor baru"
tapi tu la aku.. taknak jugak tukar, pasal tak percaya la benda-benda ni. tapi ni dah kerap sangat dah ni. aku bawak habis berhati-hati pun kena jugak. nampak gaya kena tukar jugak lah. ayah aku pun dah bagi green light dah tu. layan..

so, aku meghabiskan la seminggu lebih kat rumah, bersambung-sambung MC. banyak jugak duit habis kat rawatan susulan je. nasib dalam tempoh notis lagi. boleh claim kat company.

ni tinggal beberapa hari lagi je aku akan masuk tempat kerja baru. 17hb ni aku dah kena daftar masuk hostel. dengan keadaan yang tak berapa nak pulih lagi ni, dah kena datang lapor diri 18hb. bercampur baur ada. risau, suka dan sedih nak tinggalkan tempat kerja lama tu walaupun tak sampai 2 bulan kerja.

kumpul pengalaman..

Selepas 6 Bulan Berlalu..

Salam..

Sedar tak sedar dah 6 bulan berlalu sejak last aku post dalam blog aku ni..
Pejam celik, pejam celik, kejap benar rasanya.
sebelum aku posting hari ni ni, aku baca dari 1st aku post starting tahun lepas sampai sekarang..
aku tergelak sendiri baca post-post tu..

macam pelik kan baca posting sendiri. tapi tu la. best jugak ingat-ingat.
ingat masa time belajar, time suka-suka, time yang aku hargai sangat-sangat.
buat aku tergelak sendiri.
banyak jugak posting-posting yang tak best, semua aku dah buang before tulis ni..

melihatkan diri aku sekarang, aku rasa aku dah banyak berubah dari 6 bulan yang lepas.
dari segi cara aku berfikir, bertindak..
kebanyakannya dari segi pemikiran aku kot.
perangai gila-gila tu memang tak boleh ubah la kan. tak mungkin kot. haha

banyak aku renungkan sejak aku praktikal, and then bekerja..
tentang diri aku, tentang apa kelakuan, pemikiran yang tak matang yang aku buat sebelum ni..
yang menyinggung banyak orang terutama orang yang aku sayang.
semua aku ubah perlahan-lahan dalam tempoh 6 bulan ni.

bagi aku, walau macam mana pun, banyak yang perlu aku ubah lagi sebenarnya, untuk aku jadi seorang lelaki yang lebih baik, anak yang lebih baik, umat dan hamba yang lebih baik.
aku tak boleh cakap aku lebih baik dari dulu, pasal orang sekeliling yang dapat menilai.

bukan aku.
apa yang aku boleh buat adalah mencuba.

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*