Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Selepas Mukadimah

yup.. itu dia tajuk dia.. 'selepas mukadimah' selepas lama menyepi..
heh.

so, apa cerita aku sekarang ni? aha..
tu la dia.. apa ceritanya.. cerita tamil? tale n time? atau cerita muda mudi?
heh. excited pulak aku memalam buta ni..

actually, aku agak girang gak la pasal dapat posting lagi dalam blog aku ni.
pasal aku baru beli broadband! yahha, itu dia.. tu yang aku suka sangat sebenarnya tu.
dah berapa lama kot aku tak dapat nak fully online melayan internet-internet ni semua.
so, maka lepas ni, memang rajin la aku bersihkan tempat ni, untuk dimuatkan posting-posting baru. heh
dah kerja ni baru mampu nak beli..kehkeh..

semalam la, aku pergi persada johor tu, ada pc fair. even dah tau lama pasal even ni, tak tergerak pun aku nak beli broadband ni. rasa macam bukan keperluan je.
then, apa yang menggalakkan aku nak beli ialah pasal aku dah seminggu terlantar kat rumah disebabkan

'aku-bawak-moto-pergi-kerja-kena-langgar-dengan-avanza-maroon'.

ha.. tu la dia kisahnya.

macam mana tah boleh kena langgar masa nak pergi kerja kan. bawak tak laju pun, jalan kampung.. pun boleh kena langgar. MasyaAllah.. macam-macam boleh terjadi kan..

aku plan pergi kerja hari tu untuk bagi sekali surat resign aku untuk notis 2 minggu, orang cakap macam tak bagi aku berhenti je boleh kena langgar camni kan. tapi bagi aku, dah nak kena, kena jugak lah..

aku hantar jugak surat tu lepas terima rawatan malam tu. sedih jugak budak-budak team aku tengok keadaan aku time tu. seingat aku, dalam tahun ni je, tah dah berapa kali aku eksiden. nasib tak ada yang teruk sampai patah riuk lagi. Alhamdulillah.

Member aku cakap la masa aku eksiden kali kedua beberapa bulan yang lepas
"motor dah makan tuan dah tu jai, tukar la, carik motor baru"
tapi tu la aku.. taknak jugak tukar, pasal tak percaya la benda-benda ni. tapi ni dah kerap sangat dah ni. aku bawak habis berhati-hati pun kena jugak. nampak gaya kena tukar jugak lah. ayah aku pun dah bagi green light dah tu. layan..

so, aku meghabiskan la seminggu lebih kat rumah, bersambung-sambung MC. banyak jugak duit habis kat rawatan susulan je. nasib dalam tempoh notis lagi. boleh claim kat company.

ni tinggal beberapa hari lagi je aku akan masuk tempat kerja baru. 17hb ni aku dah kena daftar masuk hostel. dengan keadaan yang tak berapa nak pulih lagi ni, dah kena datang lapor diri 18hb. bercampur baur ada. risau, suka dan sedih nak tinggalkan tempat kerja lama tu walaupun tak sampai 2 bulan kerja.

kumpul pengalaman..

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*