Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Takziah Muaz dan Anas sekeluarga.

Apa perasaan korang beraya dalam keadaan rumah terbakar?

http://bloganaspunye.blogspot.com/2009/09/gambar-rumah-kesayangan-kami.html

Suwa Suwey Ke Morning!

Gua baru je siap format laptop gua yang dah berkurun, dah season giler ni.

Format pasal dah lembab nak mampus.

Tapi yang bestnya, file-file gua simpan dalam external, semua hilang.

Hard disk corrupt

Cilakak! Sakit jiwa gua sekarang ni!!

Kembang atau tak kembang?

KL 2008

Antara ramai-ramai kitorang ni, ada seorang yang lost. Set-set kitorang masa sekolah.

Semua pun macam aneh kalau dengar nama beliau sekarang. Tapi setiap kali kitorang kumpul pun, mesti teringat tercerita balik pasal kisah-kisah kelakar dulu. Yang ada beliau di dalam cerita tersebut.

Pasal hal yang kecil tersangat, terasa. Larikan diri.  Mengenai sehelai kain dan sedikit fahaman beliau yang ditentang orang lain.

Raya kali ni, kitorang dengar cerita pasal beliau lagi. Yang memanaskan setiap ahli dalam group yang membesar dari kecik ni.

"Aku bukan terasa setakat kes baju n pendapat aku tu, tapi kalau aku terus dengan diorang, group kita takkan berkembang. Semua masih macam budak-budak.."

Mendengar bait-bait dialog tersebut dari seorang member, membuatkan seorang lagi melontarkan pendapatnya dengan panas hati.

"2 orang dah jadik engineer, sorang technician, sorang exec, sorang doktor, sorang dah pergi Petronas, apa lagi?"

"Siapa yang budak-budak sekarang ni? Terasa dengan benda remeh, perangai dia lagi budak-budak dari kita ni.. " Seorang lagi menyahut

"Agaknya, bila dengan kita, dia tak boleh nak serius, nak terikut perangai budak-budak tu lagi kot.." Seorang lagi menambah.

"Tapi adat la, aku rasa, bila sesama kita je kot kita boleh jadik diri sendiri, gelak-gelak, perangai gila-gila. Kat tempat kerja, semua benda hipokrit. Kena talam dua muka.. Alah..." Gua bersuara.

"Betul tu.. Tah la bro, abaikan je la.. Kita ada hidup kita masing-masing. Yang penting jangan terputus macam ni dah la" Seorang menutup cerita.

Semua terdiam selepas itu..


"Berapa kembang dia sekarang ni..? Kita kan tak berkembang.."

Untung jadi orang lawa

Malam tadi gua balik dari kerja terus shoot pergi open house kat rumah Ajak. Dia ada buat BBQ sikit. Lama tak buat BBQ ni. Time sekolah-sekolah selalu la.

Gua dah sampai, tapi budak-budak lain semua tak sampai lagi. Hampeh. Segan gua ramai giler sedara mara si Ajak ni. Layankan Ajak je panggang ayam.

Dekat sejam lepas tu, baru budak-budak ni sampai. Mapei, padel, awie, izraq. Tapi kapek takda. Kena jaga rumah.

Padel ni gua lama giler tak jumpa dia. Raya ke-4 ni baru dia balik JB. Tu pun esok dah kena balik mula ke Perak. Kena standby 24 jam takut-takut ada kes kecemasan raya pertama sampai ke-3. Ye la, banyak yang sakit perut kan makan banyak raya-raya ni.

Macam biasa, kalau lepak dengan mamat ni, memang tak kering gusi. Cukup la mapei dengan kapek yang suka buat lawak buntut, di tambah dengan mamat ni, memang sakit perut, lenguh mulut ketawa je. Kitorang lepak dekat rumah Ajak sampai pukul 2 pagi kot. Sedara mara dia dah tidur, kitorang bantai gelak lagi kat luar. Memang takda hati perut punya.

Bukan selalu dapat kumpul macam ni, tu pun tak cukup corumn lagi. Kapek takda. Macam-macam la kitorang bercerita. Cerita padel la yang kitorang suka nak dengar. Cerita-cerita perantau.

Cerita pertama

First dia open cerita pasal seorang gadis 18 tahun sesak nafas, tak boleh langsung bernafas dengan betul. So, dia cerita la prosedur-prosedur untuk check jantung.

"Adik, abg nak kena check jantung adik ni.. adik kena bukak baju ni.."
"Hah?! bukak baju.. taknak-taknak.." Cakap sambil tercungap-cungap
"Tak, memang prosedur dia macam tu.. kalau tak macam mana abang nak tahu jantung adik ada problem ke tak.."
"Erm.. yeke ni bang" Sambil menyelak baju malu
"Iye.. Ha, bukak yang dalam tu sekali.."
"Hah?!.. Bra kena bukak sekali ke.. Taknak la bang..!"
"Habis, abang nak tampal benda ni macam mana..?" Sambil menunjukkan punat-punat elektronik untuk cek jantung.
"Abang tampal je la mana yang ada ni.. Tak payah la nak bukak bra ni.."
"Abang nak kena tampal benda kat bawah payudara adik la.. Jantung kan kat dalam tu.."
"Taknak la bang...!" Masih bercakap dalam tercungap-cungap sesak nafas.
"Ha, takpa, kejap abang panggil ayah adik jadi saksi..."

Padel ni pun keluar jumpa bapak budak tu..

"Pakcik.. macam ni.. Anak pakcik tak boleh bernafas dengan betul walaupun saya dah suruh dia bernafas cara normal.. So, sekarang ni saya kena suruh la buka bahagian atas badan dia untuk check jantung dia. Saya nak pakcik masuk sekali la sebagai bukti.."

"Err.. takpa la nak.. Awak buat je la kerja awak.. Saya tunggu luar je.."
"Tak boleh pakcik.. Kena ada sorang tengok. Takkan saya berdua je.. Tak boleh"
"Eh, xpa.. pakcik paham.. Awak buat je kerja awak tu.."
"Pakcik masuk je.. jadi bukti.."

Pakcik tu akur je masuk jugak.

"Aa.. dik. abang dah ajak ayah awak masuk ni. Kita boleh la teruskan nak check jantung adik ni."
"Eh, apa ni.. Taknak la bang ayah tengok.."
"Ayah kena ada, sebagai bukti"

Si ayah malu-malu, pandang-pandang tempat lain.

"Taknak la bang.. Saya dengan abang je la.."
"La.. mana satu ni.. Takpa bukak je.."

So, proses tu berlalu dengan lancar. Si ayah memang malu-malu. Si padel ni cerita kat kitorang dia pun tak tau pasal apa ayah dia tu malu sangat. Sambil berkata..

"Aku risau dia belasah anak dia je balik tu"
"Asal pulak..?" Gua tanya kesengalan
"Ye la, sekarang kan banyak kes-kes anak baham anak ni.."

Baru la gua dapat apa maksud "belasah" tu. Tapi memang betul jugak tu. Mintak-mintak takda apa la terjadi dengan budak tu.

Cerita kedua

Setiap masa mesti ada je kes-kes rogol kat klinik dia jaga tu. Member dia ada yang kerja kat JB, memang tak putus la kes setiap hari. Kat penang pun sama. Kat KL tak payah cerita la. So, kitorang nak tau jugak cara nak check orang dah kena rogol ni.

"Ko pernah check ke del kes orang kena rogol ni..?"
"Selalu.. Ada satu kes, kena rogol dengan pakcik dia. Masa tu kenduri kahwin, dia minum kopi, pastu mabuk. Bangun-bangun, ada binatang tidur sebelah dia"
"Binatang..? binatang apa pulak. Kena rogol dengan binatang ke hapa?" Kitorang tergelak
"Budak tu panggil pakcik dia tu binatang la.. Marah la.."
"Oo.. Macam mana check nya tu..?"
"Bukan susah, masukkan jari je.."
"Camtu je?"
"Kalau dah kena, mesti ada kesan koyakan kat dalam tu.."
"Ooo.. pastu siap check, ko la yang kena buat report polis kan.."
"Haah.. Tengok jugak kes.. Aku kena kadang-kadang follow si laki pergi tandas. Nak kena ambik air mani dia.. Kena jaga takut lari.."
"Ooo.. Polis standby la?"
"Haah.. Kadang-kadang ada jugak kes yang suka sama suka tapi buat tuduhan kena rogol."
"Macam mana pulak tu.. ?"
"Ye la, padahal clash dengan laki. Dia taknak, dia buat la tuduhan macam tu. Padahal dulu time suka, buat tak ingat. Aku pun tak boleh buat apa. Yela, benda dah jadi kadang-kadang 3 bulan lepas. Dah takda kesan koyakan, takda kesan air mani lagi."
"Ada pulak macam tu kan.."

So, nak buat beringat. Nak buat, nikah dulu. Pakai baju tu jangan terdedah, ketat-ketat nak mampus. Kena rogol, MA (medical assistant) masukkan jari nak kena check, lu orang tanggung jawab ar.. Bukan semua la gua cakap ni, kadang-kadang laki jugak yang nafsu serakah macam serigala. Ada bini 3 orang, rogol lagi adik ipar umur 10 tahun. Kepala bapak dia..

Cerita Ketiga

"Banyak ke del awek-awek cun datang check?
"Mesti la ada.. ramai.."
"Dah dapat dah calon bini cikgu del" Gua tanya dengan expect dia akan menolak..
"Ada la sorang.." Terkedu gua dengar. Haha

"Ada skill-skill nak dapatkan nombor telefon pesakit-pesakit yang cun ni.."
"Macam mana?"
"Ada sorang ni. Comey. Mak dia yang sakit."
"Aku tak tau macam mana. Mintak nombor telefon makcik tu. Memang rajin aku follow up selalu. Tanya sihat ke tak, macam mana condition semua"
"Orang kampung ni, bila kita baik dengan diorang, nanti kadang-kadang selalu dia jemput datang rumah.."
"Heh.. terbaik-terbaik.."
"Time tu dapat la kenal-kenal dengan anak dia. Kadang-kadang dia suruh anak dia hantar makanan kat rumah. Ye la aku hidup bujang. Kadang-kadang suruh tidur rumah dorang"
"Kalau macam raya hari tu, penuh rumah aku makanan orang kampung bagi. Belum kira yang jemput datang rumah lagi.."

"Ada sorang ni. Student UTP. Memang cun..."
"Dah bagi ubat semua, dia nak balik.. Aku dah buntu dah"
"Aku dapat idea.. Kad dewasa.. Suruh dia isi.."
"Dapat la no. telefon... Berapa hari lepas tu.. Kontek dia balik cakap form tak habis isi. Suruh datang lagi klinik"
"Brilliant syot ko padel.."
"Aku rasa dekat kad dewasa tu kena letak la 'Untuk awek yang cun sahaja'.. " Gua berseloroh.


"Nurse-nurse cun del?"
"Cun.."
"Kalau macam nurse-nurse yang training tu.. Diorang dah habis training tu, Aku bagi la no telefon"
"Awak-awak semua ni kalau tak faham nak exam nanti, call la, msg ke. Nanti abang tolong.."
"Ada yang reply balik tak del"
"Ramai je yang message balik. Tapi memang time nak exam, nak tanya la. Tapi aku tanya la benda lain la, dah makan ke belum, kenapa tak tidur lagi la.. haha"
"Memang siyut perangai ko di situ.. Cun-cun ke yang balas balik tu?"
"Memang la cun.. Dah aku bagi nombor aku tu dekat yang cun-cun je.."
"Haha.. siyut"

Untung jadi orang cun ni...

3 Syawal 1430

Pagi tu kitorang satu family siap-siap nak balik JB dah.

Sampai rumah dalam pukul 5 petang gitu. Tengok kat rumah gua, member-member sekolah gua semua dah tunggu gua balik. Rumah berselerak lagi, gua selamba je ajak masuk. Serve la kuih apa-apa yang patut. Then, gua pun ikot sekali dorang keluar beraya.

Memang dorang nak datang beraya hari ni. Tapi gua je sampai lambat dari kampung. Tiap tahun, lawatan aidilfitri memang dimulakan start dari rumah gua. Tahun ni yang ada cuma mapei, kapek, tuntong dengan awie je. Yang lain semua tak balik lagi.

Rumah Tuntong

Mak dia serve kitorang dengan laksa. Terbaik doh laksa johor mak dia buat. Complete. Memang rasa laksa la. Takda la rasa kuey tiaw ke atau pun mee bandung.

Kapek dapat duit raya. Pasal dia budak kecik lagi. Walaupun badan besar bagak macam dinosaurus.


Rumah Kapek

Datang ambik motor awie dengan kereta tuntong je. Terbaik


Rumah Mapei

..........................


Rumah Awie

Rumah awie kitorang sampai dalam maghrib. Sesampai je kat rumah dia, bersepah orang. Beransur la dulu kitorang ke Petronas. Solat dulu. Siap solat semua, tetiba awie call

"Wey, mana korang?"
"Kitorang kat rumah mapei dah ni..."
"Wey, apesal pulak pergi rumah mapei. Kata nak datang rumah aku.."
"Rumah ko ramai sangat ar wie.."
"Datang je la, ada artis ni.."
"Artis.. Siapa? Meet Uncle Hussain ke hape..?"
"Jalil Hamid"

Kitorang berdekah-dekah ketawa. Pandai betul awie bergurau. Ye la, apa-apa la wie. kitorang memang on the way rumah dia. Gelabah betul budak ni gurau sikit-sikit pun tak boleh.

Sampai rumah dia...

Memang ada Jalil Hamid. Pakcik akak ipar dia. Kitorang sampai, family dia dah nak balik. Sempat salam je dengan Jalil Hamid. Tergelak-gelak kitorang dari mula kat rumah awie sampai nak balik.

Awie memang tak pandai melawak rupanya...



2 Syawal 1430

Adoi.. Mesik dalam mood raya ke korang-korang sume ni.. Gua pun takda cerit-cerit menarik nak kongsi selain hari raya. So, gua tulis je la..

Raya kedua gua balik kampung belah ayah gua kat Rengit, Batu Pahat. Gua rasa perlu jugak gua beli kereta secepat mungkin setelah gua terasa kematu giler buntut gua ni duduk kat belakang 4 orang dalam teksi ayah gua ni. Haha.

Kitorang sampai dalam pukul 12 tengah hari gitu. Pak Uda dengan Mak Uda dan anak-beranak beliau dah sampai kat umah atuk gua ni. Dari raya pertama kot. Mak aku cakap la, along rindu dah lama tak jumpa gua dengan adik gua ni. Last masa dia kahwin hari tu la. Lama dah. Anak dah satu dah. Umur 5 tahun kot sekarang ni.

Sampai-sampai je dah ada tetamu datang kat rumah atok gua ni. Lepas tu dan lepas tu dan lepas tu lagi, tak putus kot orang berkunjung. Gua layan tidur je pasal dah penat la konon-konon nya.

Petang tu gua plan nak pergi rumah kawan gua a.k.a cikgu memandu gua kat Rengit ni jugak. Tunggu si Jawe dengan Cekcat ambik gua kat rumah atuk gua ni. Ada baraan kat umah dia. Tu yang jemput member-member tu.

Tapi yang best nya, budak 2 eko ni ambik gua pukul 6.30 petang. Sampai rumah nya dekat pukul 7. Layan... Open house nya sampai malam even baraan dah buat pukul 2 petang, tapi pukul 7 jugak kitorang datang. Memang terbaik perangai. Lantak la, redah je.. Pasal nak kejarkan gua yang kena pergi beraya rumah makcik gua kat Simpang Renggam malam tu jugak dan kena balik JB esok paginya. Rushing siak raya.

Balik dari rumah cikgu gua tu, gua terus siap-siap nak pergi rumah makcik gua pulak. Tumpang sepupu gua. Macam-macm la kot kitorang bercerita dalam perjalanan tu. Dah setahun tak jumpa. Memang rapat gua sejak kecik dengan dia ni. Panggil Angah je. Adik si Along tadi tu.

Dah tunang sepupu gua ni. Awal tahun depan atau akhir tahun ni plan nak kahwin. Tunggu adik dia balik dari Sabah. Tunang dia umur 18 tahun. Budak baru lepas SPM. Dia umur dah 25. Sedang elok la tu.. Gua pun kena carik fresh-fresh jugak la ni gamaknya. Haha. Ah, tak plan pun lagi semua benda-benda ni. Macam fish je..

Sampai rumah makcik gua, kitang terus melantak. Dah lapar giler..

Gambar sekitar..


aktiviti mencekik



maroon team


Ayah dengan mak tak support maroon team

Nota kuku: Yang tak best nya tahun ni, atok gua dah sakit-sakit. Perangai pun dah semakin kebudak-budakan. Senang sangat touching. Orang dah makin berumur kan. Lagi satu Pak Ngah gua. Tak sudah-sudah dengan pe'el mengarut. Malas gua nak cerita.

1 Syawal 1430

Salam..

Selamat bersua kembali kita dalam entri baru gua kali ni. So, hari ni dah masuk raya ke-3. Hari yang gua rasa raya gua tahun ni dah habis. Pasal lusa gua dah kerja. Buhsan...~~

Malam raya, gua dah ada kat kampung sebelah mak gua kat Felda Ulu Tebrau. Buat persiapan, masak-masak semua. Sampai-sampai je, Cik Jenal sekeluarga dengan Pak Hitam gua tengah sibuk kemas rumah. Vacuum la apa sume. Diorang je yang ada, baru sampai kat kampung, rumah arwah atok gua ni.

Pagi-pagi raya, gua siap-siap, dalam pukul 8 pagi, pergi solat sunat Aidilfitri. Habis khutbah raya, gua terus pergi kubur arwah dua-dua atok gua.

Bersihkan kubur, sedekahkan apa-apa yang patut dekat arwah, tu rutin yang gua buat setiap pagi raya dengan Cik Jenal. Gua ingat lagi atok gua yang laki meninggal sehari sebelum hari jadi gua ke 16. Atok perempuan gua setahun lepas tu. Di nesan tertulis:

Ahmad Bin Sujan
17 September 2002

Punah Binti Suratman
17 Oktober 2003

Semoga Rohnya dicucuri rahmat

So, hari raya pertama tempoh hari genap la atok laki gua 7 tahun 3 hari. Tarikh dua-dua arwah meninggal sama. Cuma berbeza bulan dan tahun je. Al-Fatihah..

Lepas tu, kitorang terus balik rumah arwah atok. Dalam kepala gua dah terbayang ketupat, lodeh, rendang, ayam sambal, kuah kacang semua. perggghh, seronok dapat makan siang-siang hari ni.

Balik kampung tahun ni, gua rasa makin tua pulak. Ye la, dah ada anak saudara. Walaupun anak sepupu gua je pun tu. Haha.

Sepupu gua yang kecik ada sorang asyik menempek je dengan gua. Natasya Zuhaili nama dia. Panggil Caca je. Anak paling kecik Cik Jenal gua. Ni gambar dia:



 Comel tak saya awak2 semua?


Umur baru 5 tahun kot, tapi paling suka ambik gamba. Bukan ambik gamba dia, tapi dia ambik gamba orang lain. Habis gua punye hanpon jadi bahan eksperimen budak ni. "Bang.. bang.. pinjam kamera.." (baca dengan nada pelat ye..).. Dah habis guna.. "Bang... bang.. tengok gamba ca amik.." Tapi besnya, gamba-gamba dia ambik banyak jugak cun-cun. Gua rasa dia ada bakat jadi photograper satu hari nanti.

Raya pertama gua berlalu begitu sahaja. Takda pergi ke mana-mana. Tak meriah dah macam dulu-dulu.

Gambar sekitar


Ifthar jamaie last tahun ni.



Sek main mercun celah pokok


Gua pakai heels ke hape ni?



Dari kiri: Caca, Ya (anak sedara Caca)


Salah satu gamba yang Ca amik


Geng makcik-makcik melepak


Lepak luar pulak ramai-ramai


 kosong

Yay! Raya.. Raya!

Assalamualaikum w.b.t kepada semua yang sudi meluangkan masa membaca blog ini.

Finally, kita sampai jugak di hari terakhir ramadhan tahun ni. Sekejap je rasa. Adakah kita akan bertemu lagi ramadhan pada tahun hadapan, 1431 Hijrah. Wallahualam.. Harap kita semua dapat sama-sama berkongsi pengalaman nak raya dalam blog macam ni tahun depan InsyaAllah..

Petang semalam, gua rushing balik kampung pasal nak raya. Balik kerja, kemas-kemas sikit terus shoot balik. Tak nyempat-nyempat. Buka pun tepi jalan je kat esso. Tak sabar gua nak raya.

Sepanjang perjalanan tu, banyak gua renungkan. Apa yang ada dan takda tahun ni berbanding tahun lepas. Perubahan kat hidup gua, orang sekeliling gua semua. Nak kata tahun ni best sangat pun tak jugak, nak cakap tahun lepas tu best pun tak jugak. Cuma takda yang special la tahun ni.

Sesampai je kat rumah, memang terpesona sekejap gua tengok rumah gua. Coloring beb. Langsir mak buat tahun ni warna purple! Macam biasa macam gua cakap, warna fevret gua. Pergghh.. Cun weh.

Semua ada kat rumah. Adik gua dari UUM pun dah sampai. Meriah riuh rendah rumah. Seronok-seronok. terbaekk suasana ni.

Malam tu pun aku bergayut dengan ramai orang: Capiqun, John, Zairul. Bercerita macam-macam. Rindu beb dengan dorang (Ceh, padahal dapat call free satu hari maxis bagi.. lalala~) Nak-nak dekat raya ni. Yang aku tak puas hati cuma tak dapat call lagi 2 orang housemate aku je. Mel dengan ateh. Sombong betol. Nyampah pulak gua. Haha

Malam semalam tidur pun dekat pukul 3. Kemas baju, kemas rumah, borak-borak lagi sambil tengok cerita GENG. Pasal hari ini kitorang dah kena shoot balik kampung masak-masak semua. Rasa macam nak raya betul la.

So, gua pun baru siap kemas-kemas ni. Ada kesempatan ni gua tulis pape yang patut sekejap. Kecoh macam dalam cerita home alone dah rumah gua ni.

Gua nak pergi mandi kejap. Nak berangkat dah ni.. So,

SELAMAT MENYAMBUT 1 SYAWAL 1430
MAAF ZAHIR DAN BATIN
KEPADA SELURUH SAHABAT HANDAI YANG DEKAT ATAU YANG JAUH
SELAMAT BERGEMBIRA DI SAMPING KELUARGA TERCINTA

Salam.

Renungan 25 Ramadhan 1430

Ya Allah. Jauhkan lah kami semua dari kejadian tidak diingini seperti ini Ya Allah.. Kami memohon kepadamu peliharalah diri kami, sahabat-sahabat kami, keluarga kami Ya Allah..

Note : Aku tak harap akan nampak perkara seperti ini sama dalam mimpi aku tempoh hari.. Masya-Allah..

Break time..

Tengah gua syok mengupdate cerita-cerita menarik gua nak kongsi minggu ni, rumah gua blackout pulak. 2350 tadi. riuh rendah terus orang nak tidur. Budak-budak dan-dan je terus main mercun kat luar. Cilakak.

So, macam-macam sebenarnya gua nak cerita, nak kongsi benda-benda minggu ni. Tapi dengan masa yang ada disebabkan gua mengantuk sekarang ni, gua rasa gua stop posting dulu minggu ni. Sampai hari jumaat nanti gua update mula. Balik raya!! Haha.

Laptop gua tinggal rumah dulu ni. Sekarang ni benda semua makin canggih. Benda-benda canggih ni bile takda. rasa tak lengkap pulak. Tu la yang gua akan rasa beberapa hari esok ni.

Disebabkan kecanggihan ni, kad raya dah mula menampakkan kepupusan. Orang dah tak ambik port nak beli, nak kirim kad raya. Kuno. Padahal benda ni la kalau gua dapat time-time raya ni buat gua tersenyum. Gua sangkut kat dinding. Rasa special.

Tahun ni gua still kirim kad raya lagi. Untuk teruskan tradisi, untuk meneruskan silaturrahim. Walaupun tak banyak cuma 2, tapi cukup la tu buat-buat syarat. Gua still nak teruskan gak tradisi ni sebagai orang yang kuno. Baru meriah beb.

Ok la. Tu je kot setakat minggu ni. Kita jumpa lagi 2 hari before raya. gua ucap selamat hari raya time tu la. Sekarang ni gua nak ucap selamat membuat persiapan raya je dulu. Selamat membuat persiapan!!!

Ciao..

Nota Kuku: Sesiapa yang nak kad raya, bagi alamat kat gua, gua kirim..

Worth..

Sambil-sambil shopping raya ni, gua minum aer jugak. Eh, bukan la gua tak puasa, tapi macam peribahasa tu, sambil menyelam minum aer. mesti korang fikir lain kan, fikir gua cuci mata ke hapa kan. Memang pun.. Mari layan..

 
 Scientex Casuarina
 Living Room
 Dining Room

Bedroom
Rumah ni la aku dok usha dari hari tu. Lot sebandung. 65% dah dimiliki sejak dibuka untuk jualan pada April 2008. Sekarang masih ada lot-lot belum ditempah.
Gua memang suka kalau projek under Scientex ni. Siap laju, dan yang penting affordable. Kira dorang buat projek mudah dimiliki. Bumi especially. Rumah memang tip top. 
Gua dah nak deposit, tapi pasal kerja pun tak konfirm lagi, slip gaji pun tak cukup 3 bulan lagi, gua kena bertahan. Gua bajet tahun depan dah boleh layan benda ni. Memang besar bai rumah. RM 118, 800. Murah la nak cerita kalau tengokkan rumah dia.
Tak puas hati gua kalau tak dapat beraya kat rumah ni 2 tahun lagi...

Suasana Hari Raya

Arggh. Dah berapa hari gua tak update ini blog. Busy giler wey.. Busy shopping. Shopping sakan wey gua tahun ni. Peh!

Memang seronok la sama-sama menjadi sebahagian suasana hari raya tahun ni. Dengan macam-macam kawan gua keluar carik barang-barang raya tahun ni. Semata-mata satu je: BAJU MELAYU HITAM

Kenapa tahun ni warna hitam? Adakah di set oleh mak gua selaku naib presiden rumah. Ataupun arahan solid ayah gua? Tak pun gedikan adik-adik gua nak warna hitam?

Salah.. salah.. Pasal gua yang nak carik warna hitam. Nak buat pakai pergi Majlis Konvokesyen gua yang akan berlangsung 4 haribulan Oktober nanti. Langkah ini diambil untuk menjimatkan kos persiapan raya dan majlis konvo sekali. Bijak bukan?

Entah la. Tahun ni gua bukan rasa excited nak raya, tapi nak pergi konvo. Tapi yang tak sedapnya, untuk barang konvo, susah giler nak carik pasal tak berkenan, yang berkenan nya, baju-baju, seluar-seluar, spenda-spenda nak buat raya. Last-last perbelanjaan gua pergi gitu jugak. Tak jimat mana pun. Siap beli baju melayu lagi sehelai warna lain lagi! Sampin sampai dua. Nasib songkok beli satu je.

Baju melayu hitam susah giler nak carik. Harga mahal nak mapuh kat Angsana. Pergi pasar borong, saiz pulak takda sebanyak-banyak alam kat bazar tu. Tempat lain memang hampeh la baju hitam dia. Kamdar smart gak tapi aku letak choice terakhir (harga malam raya.. Haha). Nagoya dengan harapan pergi ingat ada banyak, yang ada cuma kain ela je banyak kot. Last-last jumpanya kat Giant. Hari ni. Semua baru complete. Tu yang baru boleh posting ni. Haha.

Ni la senarai barang-barang gua beli raya tahun ni. Mengalahkan perempuan.

1 Baju melayu (Hitam) - Giant Taman Putera
1 Baju melayu (Kuning Langsat) - Tesco Seri Alam
1 Songket hitam - Tesco Seri Alam
1 Songket rambu-ramba - Nagoya Tekstil Giant plentong
1 Songkok - Pasar Borong Pandan
3 T-shirt collar - Padini Jusco Tebrau, Giant Taman Putera, Kedai hapa entah tepi jalan
2 T-shirt roundneck - Big Bundle Danga Bay
2 Jeans - Jualan Gudang Lois, Big Bundle Danga Bay

Tempat yang pergi takda hasil:

Plaza Angsana

Sakan macam pasaraya sakan tak?


Ralat: Ada hasil doh rupanya kat angsana. Kasut Nike - Pop Kaki Lima Plaza Angsana. Lupa pulak gua. Ohh.hoii!!!

Episod 1 : Tunduk, salam

Huii. Gua rasa gua kena delete entri tadi. Kenapa tak pasal-pasal gua boleh feeling-feeling pulak balik2 kerja hari ni. Boleh pulak teringat-ingat kisah-kisah lama, kisah-kisah manis masa-masa dulu. Adeyy. Fish la gua ni. So, gua dengan tak sengaja sudah mendelete entri jiwang karat tadi tu. Minded tuka beb, tuka segera waqjai.. Gua ni dah kena sumpah ke dah termakan janji ke hapa tah ni. Dah-dah..

Takda yang menarik hari ni. Tempat kerja pun bosan. Gua mengular je satu hari ni. Sssss..s..ss... Budak-budak ni pergi sub-con boleh tertinggal gua pulak. Nombor hp gua pulak takda masing-masing. Esok-esok ada lagi.

Gua kerja kat sini, terdedah banyak betul dengan budaya-budaya dan unsur-unsur Jepun. Tadi masa gua tengah rehat kat taman (tu yang kena tinggal tu.. hehe) nak landing tidur macam biasa pukul satu, kerusi sebelah gua ada 2 orang Jepun tengah berbual. Gua nak tidur pun rasa macam gua tidur depan tv tengah tayang cerita gokusen. Haha.

So, mamat Jepun 2 ekor ni dah nak blah, apa yang gua dapat perhati, kedua-duanya menundukkan kepala sebelum berpaling pergi meninggal. Heh. bukan meninggal dunia, meninggalkan syarikat gua ni. Fuhh, suspek! sampai kat sini diorang amalkan budaya diorang kat sana kan. Tabik beb!

Apakah kita kuat mengamalkan budaya kita sampai sekarang ni? Itu persoalan gua. Kat mana kita berada. Negeri sendiri mahupun luar negara.

Senang la, bagi satu benda je, bersalaman. Itu la adat kita paling biasa sekali. Kalau korang perasan makin kurang kan adat ni berlangsung. Adat yang diamalkan bila lama tak jumpa, baru berkenalan, lepas solat tak pun nak menikah anak dara orang. Tu je. Selagi mana bukan benda-benda tersebut, selagi mana kita jumpa hari-hari, kita tak buat pun.

Gua perasan sejak masuk tempat baru ni. Salam masa mula-mula jumpa, masa berkenalan je. Hari-hari lepas tu, pagi-pagi masuk kerja, petang-petang kuar kerja, takda maknanya.Lu nak blah, lu blah. Lu nak datang, lu datang, lu punya pasal.

Gua terkejut sangat kenapa? Pasal tempat kerja yang lama, itu lah amalan kitorang semua. Ada 20 orang staff, 50-50 salam masa datang atau balik kerja. Even datang nak solat kat surau, salam jemaah yang tengah pakai stokin, tengah lepak, tengah bukak stokin. Memang mesra la persekitaran tu. Semua ringan tangan.

Maybe pasal company tu majoritinya melayu. Masuk sini, masyarakatnya bercampur. 1Malaysia. Kunun. Cina dengan Melayu sama ramai, di celah-celah itu terdapat juga Jepun-jepun di setiap department. So, macam masing-masing jaga ego, culture shock, malu amalkan budaya atau apa, gua tak tau.

Seminggu gua masuk kerja, sampai tempat kerja nak salam, usha paiseeyy kat aku. Fish!

Jumpa di episod kedua esok kes-kes kontroversi di tempat kerja waqjai. Haha

Tsu zu ku..

[Preview Episod 2 : Solat? Wakaka! ]

090909. Tragedi menyayat hati.

Gua sedang membawa motor pada petang tersebut. Menuju ke satu destinasi. Rumah. Menyelusuri jalan biasa gua balik kerja. Harap dapat sampai rumah seberapa segera untuk merehatkan badan yang kepenatan bekerja satu hari ni.

Tengah gua syok bawak motor, gua pandang side mirror belakang. Lori yang agak besar berada di belakang gua. Gua terasa cuak seketika. Pasal gua hanya membawa motor. So, gua ambik keputusan untuk berada betul di sebelah kiri jalan untuk memberi laluan lori tersebut memotong.

Tapi sangkaan gua nyata meleset. Apa yang diharapkan tidak kesampaian. Apa yang gua pasti, dari kedua-dua belah side mirror gua, lori tersebut juga semakin ke kiri. Makan jalan pejalan kaki! Oh, fish apa semua ni!

Gua dalam kelam kabut tu, gua pecut motor gua sekuat hati untuk menjauhkan diri dari lori gila ikan tersebut. Gua taknak kena sondol dari belakang tak pasal-pasal petang ni. Cukuplah 3 kali gua eksiden tahun ini sahaja.

Mentang-mentang dia lori, enjin dia besar gedabak, dia masih ada kat belakang gua. Gua hanya dapat menjarakkan diri hanya sekangkang anak kera sahaja. Apa kena dengan lori ni?

Gua pulas jugak. Gua ingat kat depan ni ada traffic light, gua nak cilok abis kat situ. Kalau dia tak cukup gila, dia akan berhenti tatkala lampu merah dan gua akan melarikan dari lori gila itu.

Peluang terbaik muncul, lampu betul-betul tengah kuning masa gua agak-agak boleh lepas tu. Sampai turn dia mesti merah, kena berhenti punya. Jalan pun ada agak-agak sesak jugak kat traffic light ni. Gua akan redah lampu kuning ala-ala lampu merah ni.

Gua dah lepas, lori tu dah berada agak jauh, mungkin nak berhenti kat traffic light tu. Gua dah agak lega. Gua cuma pandang dekat side mirror je.

Tak semena-mena, apa yang gua nampak, si bodoh lori ni pecut tak pasal-pasal nak lepas dari traffic light tu.Otak dia! Ni apa punya tebiat petang ni. Gila. Sah gila!

Gua pecut balik, sambil menjeling kat side mirror. Bila nak sampai rumah ni.. tolonglahh..

SRRETTTTT....!!!! BAMMMM!!!

Ah, sudah..

Ada satu motor keluar dari simpang jalan masa lori tersebut tengah langgar lampu merah. Lori tu bawak batu. Time dia cilok, beberapa serpihan batu jatuh dari lori si bodoh ni, mengenai motor tadi. Motor tersebut terbabas ke jalan bertentangan dan dirempuh oleh lori lain dari arah hadapan.

Gua tekedu, terkamjat mendengar bunyi dan melihat kejadian tersebut. Berlaku di hadapan mata meskipun tak live (tengok dari side mirror je). Gua berhenti kat tepi jalan. Lori yang gila tadi tu pun dah tersadai kat tepi jalan gua tengok.

Apa masalah lori tu agaknya. Tak pasal-pasal orang tak bersalah jadi mangsa petang ni. Tak, masalahnya kenapa dia sungguh-sungguh kejar gua tadi. Gua ada buat salah ke?

Gua tak puas hati. Gua pusing balik nak tengok tempat kejadian. Siapa kena langgar, siapa melanggar dan siapa punca. Yang penting siapa orang gila yang bawak lori batu tu.

Hati gua berdebar bila nak dekat dengan tempat kejadian tu. Dari jauh gua nampak pemandu lori yang langgar memegang kepala mengeluh-ngeluh sambil melihat di hadapan lori beliau. Seorang india. Lori ais.

Gua semakin dekat dengan tempat tersebut. MasyaAllah, 2 mayat dipenuhi dengan darah terbaring di hadapan lori tersebut. Di hadapan sebuah kilang. Motor dah tak serupa motor. Renyuk habis. Barangkali dia membawa pembonceng di belakangnya.

Gua tak sanggup melihat lebih lama. Malah tak perasan pun orang macam mana yang kena langgar tu. Dah takde rupa. Apa yang gua perasan satu dari mayat tersebut, terlipat badannya.

Ngeri memang ngeri. Sadis memang sadis.

Pintu driver lori batu terbuka luas. Tiada orang di dalam. Cis, dah lari..

Gua lalu balik jalan tadi hingga ke traffic light. Untung-untung jumpa orang gila ni tengah terhencut-hencut larikan diri, gua nak sepak tak kira apa orang nak kata sebelum uruskan yang lain-lain.

Gua nampak.. gua nampak...!! Pandai lu nak lari setelah buat satu benda paling tak berperikemanusiaan malah kemenatangan pun di hadapan mata gua tadi.. Dah dekat, tak perasan gua eh.. Gua hulur kaki.. Ready nak sepak....!!

"Jai.... bangun jai... dah pukul lapan ni.. Siap-siap pergi terawih jom. Isya' dah awal ni.." Roomate gua mengejutkan gua dari tidur.

Gua tersedar dari tidur gua maghrib tu. Gua tak sedar yang gua dah tertidur lepas solat maghrib tadi.

Gua siap-siap. Nak pergi terawih..

PS: Hehe.. jangan marah ye kawan-kawan. Itu cuma mimpi. Tidak berlaku sama sekali pada tarikh tersebut. Harap kita tak jumpa la situasi macam tu tadi. Even dalam mimpi, gua dah cuak babas dah. Apetah lagi berlaku depan mata. MasyaAllah. Sama-sama la kita berdoa semoga dijauhkan. InsyaAllah..

Abg air.. abg berair..

Petang tadi tepat jam 1815 petang, gua dengan roomate gua pergi bazar ramadhan depan masjid. Nak carik apa-apa yang patut dan tak patut untuk dibuat berbuka nanti.

Keadaan tetap sesak. Walaupun bazarnya hanya sebaris cuma. Pusing punya pusing, gua tak tau nak beli apa. Buntu bercampur buntut. Last-last beli nasik ambeng je. Masuk ni dah 7 kali gua makan nasik ambeng ini ramadhan.

Pergi la beli air. Ada satu stall yang menarik. Brader-brader la yg jual. Gua memang suka kalau beli dengan brader-brader ni. Gua menghampiri stall berkenaan.

" Bang! abg baca je semua air dalam list abg tu bang.. baca-baca.. Kite buatkan!" brader air jaga depan bersuara garang.
"err.. aa.. aer kelapa, bandung.. err.. tembikai lagi satu.." pelanggan menjawab terketar-ketar.

Sambil itu seorang akak mengandung menghulur duit RM50 kat brader tu nak membayar air beliau.


"Oii.. Besornyeee duit!!! Ko pulang duit besar ni ye man..!!!" Brader tersebut mengambil duit itu lantas memberi kepada rakannya..

Terjerit-jerit macam orang sewel. Pelanggan muka dah kelat, rakan seperjuangan rase menyirap. Mintak member buatkan air pelanggan pun terjerit-jerit. Takda pun yang pandang muka dia masa brader ni mintak order.

Dah la duduk depan. Tolong bungkus, tolong ambik order je. Dah boleh buang syarat-syarat beradab ketika berniaga ke bro?

Brader penat, tak puas hati, brader simpan la dalam. Pelanggan pun kerja jugak, penat jugak, singgah beli dengan brader. Brader tengah berniaga, tengah berurusan dengan orang, bukan mesin atau robot. Takda akal ke nak fikir. Dah besar nak kena ajar kelas tambahan pendidikan moral ke bro.

Kalau gua tak puas hati tadi, gua ambik air, bayar duit, gua pecahkan je air gua beli tadi atas kepala lu brader. Nasib baik gua ni berperangai bukan macam brader. Masih ada adab ketika membeli. Adab sebagai muslim.

Nak tolong orang melayu, berniaga macam gini rupa. Karang tak tolong, kata melayu mudah lupa.

Gua blacklist lu brader walaupun air brader sedap.

Cik Kiah

 
Haha...

Nak dekat dah

Bazar-bazar, shopping complex makin sibuk.

Pergi mana-mana mesti jam kalau hari jumaat, sabtu, ahad.

Plaza Angsana, Terminal Larkin, Bazar JB, Pasar Borong, Danga Bay penuh dengan orang carik barang raya. Jalan jam, parkir takda.

Gawat-gawat jugak, raya-raya jugak.

Kalau bukak kedai jual baju macam raya tahun lepas, mesti masyuk ni.

Tahun depan la..

Nurkasih

Time sahur je, mesti terpancar cerita ni dekat TV3.
Aku tak follow.
Tapi makin lama aku tengok, menarik pulak watak gadis yang kena kahwin paksa dengan adam tu.

Siapa nama dia? tak kisah la dia hipokrit dalam cerita tu, kat luar sosial.

Aku nak tau nama dia.

Agak dah..

Tu la.. mak pesan jangan suka-suki sangat. konon moral up la.. sekarang apa dah jadi.

-1. on the way balik, jumpa road block.. kena saman RM 3rat

-2. dapat tau satu perkara, family day kat balok aku pergi tahun ni, kenapa tak dapat datang. ada benda rupanya terjadi kat kuantan.

damn...

Isteri solehah

Lepas buka, masih ada baki sebatang satey dalam tray.

"wey, tinggal sebatang ni.. cepat2.. isteri solehah.. isteri solehah!"

masing-masing berebut.

tak tau perangai seko-seko macam setan.

sesi bersama dugong

sambil mendengar lagu raya datuk CT siput yang berkumandang dekat best 104 sekarang ni, aku tergerak hati nak menulis.

semalam aku keluar dengan dugong, nak pergi jualan gudang kat tempat kitorang ni. dapatlah aku jeans sehelai.. (lagi..?!!), dug angkat seluar 3 helai, sandal sehelai.. "beli buat kerja bro..".. haha

then kitorang lepak la mapley. minum, makan capati sikit, sambil-sambil story life kitorang sekarang.

si dug ni baru je balik jb.. nak carik rezeki kat sini pulak, kampung halaman sendiri katanya. kerja kat KL macam hampeh katanya.

saing dia masuk ada lagi beberapa budak-budak U lain yang masuk company tu yang terletak kat damansara. ada lagi sorang member budak UMP iaitu si raje cong ceng sekali dengan dia.

selama 2 bulan lebih kurang diorang kat sana, budak 2 ekor ni dapat satu projek sorang satu untuk diorang handle. di bawah diorang budak-budak U yang masuk saing diorang tu. kenapa diorang pulak kena handle projek ni? projek consists of drawing, urusan dengan kontraktor, estimation BOM, dan fabrication..

pasal budak-budak dari U lain tu semua hampeh tak reti buat kerja langsung. gaji sama tapi semua benda budak 2 ekor ni buat. mintak cuti 2 hari, dah agih-agih tugas siap kat budak lain tu, datang balik kerja 2 hari kemudian. ni jawapan diorang.. "tak buat apa-apa.. kitorang tak reti nak buat macam mana..". bapak la. siapa la yang tak menyirap dengar jawapan sampah macam tu..

so, beberapa hari kemudian, si dug ni letak surat resign. bos merayu stay seminggu dua lagi pasal takda orang nak buat kerja. kepala otak jambul dia. tu yang ramai-ramai tu apa.. dug dalam hati cakap camni la lebih kurang..

bos mintak pengganti. nak budak UMP gak. dug propose acoi D japan, sekarang acoi amik alih projek tu walaupun baru sehari masuk. masuk 9 pagi, keluar 1230 malam. merungut dia kat dug.

"saya sikalang ha.. mau amik budak UMP saja la masuk kerja sini tempat.. budak UMP manyak bagus.. bagus-bagus.." bos berkata sambil menepuk belakang bahu dug.

situasi ni lebih kurang berlaku dekat tempat kerja baru aku ni..

PS: sepanjang aku praktikal, masuk dah 2 tempat kerja, aku tengok memang budak UMP perform. lagi satu budak UTP. memang ada klass. aku takleh kalah dengan budak-budak UTP ni. persaingan sihat. teringat kat si anas dengan dak vong..

sotong kereta

aduyai.. semenjak aku angkat hp baru tempoh hari.. kerja aku hari2 asik bukak internet carik kereta je... macam tak related, tapi tu lah dia. perghh.. semakin menggamit perasaan aku nak beli kereta tengok kereta-kereta yang ada kat thread-thread forum ni.. aku teruja dengan 3 kereta sekarang ni.. honda accord 2.0/2.2, proton perdana v6 atau saga SE yang baru ni seat macam recaro..

carik modal.. apa lagi..

Pendidikan Moral

moral aku memang berada pada tahap yang tinggi starting dari jumaat lepas. banyak giler babas benda-benda yang menaikkan moral aku dari hari tu sampai sepanjang minggu ni, membawak ke hari ni.

1. minggu lepas, dapat gaji. sebelum balik kampung jumpa mak ayah aku. syukur alhamdulillah. sampai rumah dapat bagi sikit kat diorang, cukup puas hati aku.

2. then aku masuk bilik. susunan bilik aku dah berubah. mak kemas siang tadi. memang cun. walaupun masih sempit macam dulu (pasal bilik aku bilik paling kecek dalam ini rumah), tapi mak membuatkan keadaan susunan bilik ni selesa sangat. aku tidur taknak bangun keesokan harinya. selesa bangat donggg..! makruh pose.

3. hari ahad aku gi today's, survey hp. pergi kedai first. tawaran agak menarik tapi yang aku carik takda. kedai kedua, ermm.. nayy.. haha. jalan lagi, tengok-tengok je kat kedai ni niatnya, jap lagi.. jeng jeng.. apa hp aku nak ada kat situ, warna yang aku nak.

"kak, tengok hp ni jap.."
"ha.. nah.. rm XXX je dik..boleh?"
"kurang sket lagi la.. rmXXX, sy angkat tros.."
"bos, ini budak mau kurang sikit, macam mana?"
"ermm.. lu mau kurang lagi ha.. wa bagi rmXXX la, xjaoh wa punye harga amik maa.."
"boleh ar.. kat mane atm sini.. nak cucuk duit.. jadi masukkan la pape yang patut dalam memory kad tu kak ye.."
"ye la dik.. cepat sikit..kang ada orang lain amik.."
(cilakak akak ni, wa dah kompem nak amik, lagi mau jual kat org lain..)

so, dengan girang gembira aku mengangkat hp baru. aku leh bitau satu je. warna purple! haha. fevret siak..

4. aku pergi damai village hari isnin.. buka dengan member2 sekolah aku.. meriah gak ar.. then gi danga.. ada satu bundle (byk2 kedai dalam bazar tu, bundle gk aku singgah). aku masuk, terjumpa satu jeans yg sangat sempoi, lawa, bergaya, cool brader-brader terbang dengan harga hanya rm10. rm 10 tau.. bukan rm100.

Patutnya harga dia rm100 tengokkan kepada style dan kualiti jeans tu.. sampai kan pekerja dia nak suh aku bayar pun teragak-agak. tapi tanda harga ada bang.. apa boleh buat.. rm10 la ye aku angkat.. dengan sehelai baju yang memang sangat fit dengan aku.. aku balik rumah try.. perghhhh! cun! buat raya!

5. dengan hp baru moral aku nak gi kerja hari selasa tu tinggi giler doh.. cam klcc. so, sepanjang minggu kerja ni, yang menahan moral aku tinggi cuma benda hp ni lah. 3 bulan training memang mebosankan, tapi minggu ni aku dah dapat satu projek. kena siapkan dalam tempoh kurang 2 bulan. Yozo-san (Bos besar dari jepun) nak datang untuk rasmikan bangunan baru.

so, task aku.. aku kena siapkan satu standard display method kat line assembly aku untuk improvements kat line aku tu. semakin la kau kena naikkan moral aku untuk menghadapai hari-hari mendatang..

6. sesuatu terjadi pada hari jumaat yang mulia ini.

"zaini.. ko ni bagos la.."
"apa ko ni, tak abis2 dgn bagus.. bagus.."
"yela.. aku doakan tok ko, ko mara pulak.."
"ok2.. amin.."
"aku ni asik kena mara je ngan kak ana.. takde dapat layanan baik cam ko.. ko ada guna2 eh.."
"palutak hang.. mana ade doh.. cuma selalu tersenyum2 je walaupun apa terjadi..haha"
"eh ko tau kan.. aku ni baru je masuk sini.. sama je cam ko"
"eh.. yeke.. tgk no. badge ko.. haah la.. xjauh beza dari aku.."
"aku pun baru tau nama ko betul arini, b4 ni, dgr dorang kat dept je cite.."
"haha..hampeh"
"masa b4 ko masuk.. kak ana cite2 pasal ko kat dept."
" cite ape doh?"
"die cakap.. "sy amik anak sulung.. mesti dia btanggungjawab kat keluarga.. mesti kerja lama punya kat sini.. lagi satu mesti tahan dengan pressure, marah2 ni semua.. tu pasal kite amik die.."
"yeke dia cakap gitu..?"
"haah.. gelak je aku ngan yap dengar cite dia tu..dia layan baik je ko"
"apsal pulak?"
"yela, ari 1st masuk dah kenalkan2 kat org, siap tunjuk tempat pantri lg.. aku ni masuk2, dok diam je kat meja aku tu.. takda pun cam ko.."
"la.. ni mesti kes jeles ni.. haha.. takda apa la tu.. biasa je.. ilek ar.."

Perghh.. cam besar je harapan dorang kat aku ni.. mapuh la gini..

Sok pulak ada ifthar jamaie dengan budak2 dept. aku. kita nantikan hari esok.. ciao!

UP UP UP Moral UP! haha.. poyo ayam

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*