Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Kalian Berdua yang Kami Cintai

Dah dekat pukul 5 pagi..
Gua masih berjaga..
Tak dapat tidur..
Menunggu..

Sambil-sambil ni, boleh la posting pape yang patut kan..

Mengenai bapa yang tegas..

Adakah elok untuk menjadi bapa yang terlalu tegas..
Mengawal sepenuhnya anak-anak dengan aktiviti harian mereka..
Sehingga apabila anak ingin melakukan sesuatu,
si anak akan berkata, "ni kalau ayah aku aku tau mesti kena marah ni.."

Ya, memang bagus kerana anak anda mengikut kata-kata anda..
Tetapi tidak anda perasan akan bagaimana anak anda akan membesar..

Kurang keyakinan,
Tidak pandai bergaul dengan rakan,
Membawa kepada di pulau oleh rakan,
Menangis apabila keadaan tertekan (walaupun tak besar mana pun tekanan tu..),
Menyuruh dengan selamba orang lain membuat kerja untuk mereka (mungkin kerana di manjakan sejak kecil),

Adakah anda tidak perasan ini semua?
Yang bakal menyusahkan orang lain disekeliling anak anda pada masa depan..

Gua reflect benda ni setelah melihat sejak beberapa lama beberapa perangai kawan-kawan gua yang annoying..
Not only me, orang-orang lain pun..
Bila kita kaji, rupanya family kongkong itu ini..
Dan hasil-hasil seperti di atas terjadi kepada mereka semua..

Sehinggakan mereka ini tidak boleh di harapkan langsung..

Bila kita ada anak, belajar lah untuk menjadi ibu bapa yang betul.
Tegas, tetapi boleh berunding..
Flexible dalam banyak perkara, tetapi terdapat juga ketegasan di dalamnya.
Agar anak tidak pijak kepala tetapi dapat menjalani hidup dengan lebih baik, untuk mejadi orang yang lebih baik, berguna untuk orang lain.

*Terima kasih Mak dan Ayah yang membesarkan kami dengan tidak mengongkong.
Menghasilkan kami yang berguna untuk kalian berdua.
Menghasilkan kami yang dapat membezakan baik dan buruk..

Mungkin, jika dibandingkan dengan ibu bapa mereka yang lain, mereka lebih hebat..
Tetapi bagi kami, kalian berdua lah yang TERHEBAT dan TERBAIK
Mak dan Ayah yang paling sempurna dalam hati kami.

Segala-galanya untuk mu, Mak dan Ayah..

Credit to Zainun Binti Ahmad & Jamak Bin Ismail

Life Instrumental

Busy giler gua lately ni...
Terkejar sana, terkejar sini..

Life gua makin terisi la kot sekarang ni..
Takda la bosan macam dulu-dulu..

Kerja (training) waktu pagi..
Part time waktu malam (baru je start)..
Dan handset yang sentiasa berbunyi.. =)

Hidup biar sedap..
Hope dapat maintain untuk 5 tahun akan datang dengan peningkatan dalam hidup gua..

*Maaf kepada kawan-kawan semua yang tak dapat gua nak kejar minggu ni..
tak dapat memenuhi tuntutan lepak menonton bola, menghadiri majlis kahwin.
Especially wanjard, alip dan dukegong..
Tapi, terima kasih kepada kawan-kawan yang datang lepak kat kedai untuk weekend ni..
Dapat jugak jumpa korang..

Gagak Hitam

Fuiyoh!!

Malam tadi gua telah menonton satu filem yang hebat. Crows Zero 2.
(Seperti biasa mungkin kerana keobsesan gua terhadap filem-filem jepun)
Gua dah beli cd ni sebulan yang lepas.
Tapi gua perap je. Malam tadi la ale ajak tengok baru gua tergerak hati nak tengok.
Bosan punya pasal..


Crows Zero

Mengisahkan mengenai sekolah budak-budak jahat yang kerja dorang asyik bergaduh 24 jam untuk conquer sekolah..
Disebabkan yang gua tengok semalam tu filem ke-2, filem pertamanya begini:

Sorang mamat ni --> anak ketua yakuza --> Genji Takiya nama dia --> masuk sekolah bernama Suzuran --> bekas sekolah ayah dia dulu --> misi untuk conquer sekolah tu --> setiap tingkatan ada ketua kumpulan masing-masing --> yang lead sekolah tu budak tingkatan 4, ketua bernama Serizawa --> masuk-masuk dia asyik kena pukul --> then ada sorang yakuza sampah tapi berlagak best ajar dia cara nak conquer, nama Kenji Katagiri --> first, dia gain kumpulan diketuai Makise, dengan cara paling bodoh iaitu carikan Makise awek --> dengan kumpulan ni dia cabar kumpulan lain dan gain kumpulan Izaki, kedua terkuat dekat sekolah tu --> last sekali dia cabar kumpulan Serizawa dan dia menang dan lead sekolah --> perlawanan dengan Serizawa tu betul-betul legend, dua-dua kuat, memang syok tengok fist dorang 2 ekor ni --> tapi untuk betul unified sekolah tu, dia perlu tewaskan Rinda-man (seorang pelawan bebas yang tidak mewakili mana-mana kumpulan dan belum ada sesiapa yang kalahkan beliau) --> baru je nak tendang Rinda-man, cerita habiss...

Macam tu la Crows Zero 1.

Crows Zero tu bermula..

Dengan perlawanan Genji Takiya tu lawan Rinda-man disaksikan semua ketua-ketua kumpulan dan pengikut dorang, but Genji kalah.

Ada sorang mamat ni, gua pun tak ingat nama dia, keluar dari juvenile jail.
Keluar je dia dah kene kejar dengan satu sekolah bernama Housen.


Otai Housen

Housen claim yang dia ni dah bunuh ketua sekolah dorang.
Dan dia ni merupakan ex-student suzuran (sekolah yang genji conquer tadi)

Dia lari-lari tu sampai dekat markas Serizawa.
Group Serizawa backup dia.

Dan antara 2 sekolah ni ada satu perjanjian, perjanjian no-regression.
which dorang tak boleh sentuh (tumbuk, belasah or whatever antara satu sama lain)

Tengah dorang bertekak mulut tu, datang pulak si Genji dengan geng dia..
Dan oleh kerana beliau ni panas baran, budak housen datang kat dia je, dia terus belasah budak housen tu..

Dan Housen pun declare war.
Yang disifatkan oleh Serizawa takda makna langsung dia cuba pertahankan dua sekolah tu dari war tu.

Genji pergi tanya orang-orang otai dan dia sedar dia dah buat kesilapan besar gila..
Tapi dia buat bodoh, cool je.

Start dari tu, budak-budak Suzuran kena serang hendap dengan Housen.
Sampai ada budak Serizawa kena masuk hospital 3 Bulan.

Genji masih berdiam diri dan keliru yang semua orang berharap kat dia satukan sekolah tu pasal dia yang tengah lead sekolah tu..

Sampai la satu kejadian..

Satu malam ni, ayah dia jumpa dia..
Suruh tunjuk dia punya fist..
Dengan mudah ayah dia mengelak dan membalas tumbukan tersebut.
Ayah dia cakap, tumbukan dia sangat baik tetapi tiada hati di dalam setiap tumbukan tersebut.
dan dia mesti unified Suzuran in order to jadi sucessor ayah dia ni.

Then ayah dia balik..

Dalam perjalanan balik, ayah dia kena tembak dengan budak yang baru keluar dari juvenile jail tadi tu (part ni gua tak paham kenapa si bodoh ni boleh tembak ayah Genji, ketua yakuza tu..)

So, dia pergi sekolah Housen..
Kemukakan cabaran yang memang ditunggu-tunggu oleh Housen.
Genji pilih ground Housen sendiri unutk perlawanan ni.

Dia balik Suzuran,
Buat anouncement minta semua ketua lend kekuatan dorang untuk lawan Housen dan berharap dorang semua datang untuk support kumpulan dorang.

Sehinggalah hari yang ditunggu,
kumpulan dia, GPS tu cuma ada tu je..
Takda pun yang nak join forces dengan dorang nak lawan Housen.

Kumpulan dia tak kisah, nak pergi Kamikaze.
Tapi dia fikirkan nasib kumpulan dia, dan confess yang dorang tak mungkin akan menang..

Kumpulan dia tetap memaksa.
Oleh kerana keras kepala dorang tu,
Genji ambik keputusan untuk bubar kumpulan tu time tu jugak
Genji blah terus dari situ.

Dorang pun salahkan Genji,
cakap Genji pengecut apa semua.
Tapi Makise dengan selamba cakap
" Takkan korang tak kenal Genji sepanjang dia jadi ketua kita, so, prepare semua dan ikut planning asal "
(bermaksud, sebenarnya Genji responsible sorang-sorang, hati kering pergi sekolah Housen tu)

Perghh terbaik setakat ni..

Then kumpulan dia ni pun bijak jugak,
Pergi dekat kumpulan Serizawa dan cakap kumpulan dorang dah bubar dan nak follow Serizawa.

Semua ketua kumpulan dah tau yang Genji pergi sorang-sorang sebenranya.

Dan Serizawa yang dah bertanggungjawab jadi ketua sekolah, pergi dengan group besar dia (tertmasuk GPS yang dah masuk bawah dia kecuali freshman je yang degil taknak join) untuk tolong Genji.

Sementara itu,

Genji kat Housen tengah bergasak dengan group besar Housen tapi dia manage untuk lawan even ramai nak mampos.
Ketua Housen agak impressed jugak.

Kejap lagi,

Sampai group besar dari Suzuran, dan Serizawa berkata kat Genji,
"Kami takkan biarkan Captain berlawan seorang diri.."

So, dengan ayat itu, boleh diassume, dia dah kembali lead Suzuran..

Ketua kumpulan Housen pun cakap yang dia kena reach tingkat atas sekali sekolah tu untuk lawan one-by-one.

So, dengan susah payah, dorang bekerja dalam satu kumpulan untuk membelasah semua budak Housen mengiringi Genji.

Last sekali sampai Genji di tingkat atas sekali dan berlakulah pertembungan yang tidak kurang bestnya berbanding Genji vs Serizawa tempoh hari.

Sementara itu Serizawa tengah berhempas pulas lawan fighter kedua kuat kat Housen, Ryo.

Semu ketua kumpulan tengah lawan ketua kumpulan lawan di floor masing-masing, dan masing-masing memperolah kemenangan termasuk Serizawa.

Serizawa naik atas, tengok apa terjadi dengan Genji.
Genji vs Narumi

Dua-dua dah lembik.
Tapi Genji masih boleh bangun dengan shot terakhir..
Narumi cuba bangun tapi tak larat.
Dan keputusannya Genji menang..

Suzuran menang di Housen!!

Rupanya hari tersebut adalah hari terakhir dorang semua kat Suzuran dan keesokan nya dorang semua graduate dari Suzuran

Sebelum blah, berlaku lagi satu pertembungan, disaksikan semua budak Suzuran..

Genji vs Rinda-man

Kali ni, Genji lebih kuat, Rinda-man jatuh satu kaki kat tanah kena terjang dengan Genji.
Semua bersorak..

Dan Rinda-man pun seraya berkata:
"Suzuran akan menjadi lebih menarik selepas ini.."

The End..

Dibawah adalah gambar-gambar sekitar:



Promo Poster



                                         Tamao Serizawa                                                  Genji Takiya


**Gua akan reflect dengan cerita ni dalam post akan datang.. tunggu...

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*