Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Adakah saiz mu masih 32? Adakah?!

Oh Chait!~~

Gua cuba.. Cuba lagi.. Jangan biarkan asa itu putus..
Ha.. Boleh pun.. Cun!

Tapi.... Ketat nya....
Argghhhh!! Apahal ni?
Gua rasa terkepit je ni.. Tak besh betul..

Rupanya..

Gua SEMAKIN GEMOK!! Oh~~~

Kebelakangan ni gua sedar dari lena akhirnya..
Seluar gua kebanyakannya gua nak sarong, dah sendat..
Main layan je pakai..
Tanpa memikirkan soal hati dan perasaan kesusahan seluar gua yang terpaksa meregang kerana perut gua..

Ada sekali gua pakai satu seluar ni, jalan-jalan 10 minit je, zip terbukak, 10 minit je, zip terbukak.. Automatic.
Canggih kan seluar gua.. Zip macam hidup. =)
Gerek seehhhhhhhhhh...

Takda maknanya!!
Apa kejadahnya ini semua!!
Canggih pasal perut gua pun makin canggih..!!

Dulu nak sangat gemok, ni dah gemok, membebel lagi..
Raya ni, insyaAllah, kedai-kedai seluar akan mengaut keuntungan berlipat kali ganda..
Pasal gua mesti datang beli seluar baru punya.. Pastikan ada saiz!

Takda saiz, siap lah. Gua kitai-kitai boxer basah gua kat kedai korang..

Untuk sedapkan hati:

1. BMI semakin seimbang dengan ketinggian gua.
2. Lambang kekayaan.
3. Awek suka peluk, budak-budak kecik pun suka peluk.


Tengok-tengok..! Tak pakai boxer pun dah ketat.. Auumm..

Kuruma-kun!

Puas hati giler gua hari ni..
Kereta gua dah hampir siap..
Enjin bunyi cun je..

Layan konar pun rasa macam stabil..
Valentino rossi pun tabik spring kat gua tengok gua konar guna gear 5. xD
Nasib tak tergolek je. Haha..
(Rossi tengok pun mengucap panjang.. Nak mampus ke apa budak ni..?)

Tinggal tunggu rim belakang pulak siap.
Lepas tu buat balik shaft yang bunyi gerek seh masa pusing stereng.
Semak kepala gua mendengar sih..

Nak bikin audio ke tak ek? Sunyi betul gua drive sorang-sorang..
Hehe

Hari 1st Puasa

Hari ni, puasa seperti tidak terasa..
Bukan lah kerana gua tak puasa..
Tetapi kerana hari ini:

1. Sejuk (Mendung dan Hujan di JB...)
2. Bangun pukul 10.
3. Banyak kerja.

Pagi-pagi, lepas sahur, solat Subuh, kejutkan buah hati bangun pergi kerja (padahal beliau cuti tak kerja pun.. gua kemaluan di situ..), gua tidur semula di katil yang empuk, dengan bantal 3, 4 biji di sekeliling.

Ya Allah, nyaman nya la gua rasa. Dengan kipas bukak satu angin sepoi-sepoi bahasa tamil..
Membuatkan gua seperti berada di dalam perut ibu.. Uwek.. Uwek.. Uwek..
Kentut juga berasa wangi..

Tetapi pukul 1030 pagi kurang lebih, gua teringat yang rim tayar kereta gua dah siap untuk dipasang..

Aduh, terasa berat sungguh gebor ni, tetapi gua gagahkan juga diri sambil menyatakan kepada gebor gua ayat-ayat manis yang gua akan datang semula mendapatkan kehangatan di sebalik nya..
(harap Finas tidak membaca ayat ini dari sudut berlainan kelak akan menyebabkan ianya di potong dari scene)

Gua mandi, siap-siap, start enjin kereta, menuju bengkel..
Rim gua dah siap.. Pasang-pasang.. Pukul 1130 pagi gitu siap..
Gua jumpa sham yang kebosanan, kitorang lincah gerak ke Uda.
Kereta gua nak pergi buat enjin pulak.. Memang merajuk kaw-kaw kereta gua ni..

Nasihat gua kt lu orang, nak beli, beli kereta baru...
Jangan second.. Kerja asyik nak mintak duit je..
Boleh nak beli, tapi check betul-betul..
Jangan beli yang owner lama laki cina.. memang tak sayang kereta.. haruk!

Nak beli, owner lama perempuan.. tu pun nak kena pandai tengok jugak.
Senang cerita beli je la baru..

Drive shaft baru tukar bulan 5 hari tu, ni dah bunyi-bunyi lagi..
Bunyi-bunyi tu semua duit korang tau tak..!

Nasib baik warranty ada 3 bulan lagi, boleh claim balik..
Gua rasa, bengkel cina tempat gua buat tu guna barang reckon..
Lepas tu charge harga baru.. Barua raskol betul..

Tayar dah botak, tukar tayar lagi.. Ai..
Mobil-mobil..

Tu gua tak cerita wiring lagi.. semua benda tak hidup..
Lampu brake, radio.. Sakit hati betul gua..
Wiper punya host pun boleh kena gigit tikus..
Tu pasal gua pancut-pancut air wiper, tak keluar-keluar..
Failed betul la gua rasa..

Tapi tu semua memberikan gua pengalaman.. Banyak gua belajar supaya tak terkena lagi..
Tapi masalahnya, gua dah terkena!! Cett!

Ok, cukup bebelan gua mengenai jentera ringan gua itu..
Sambung aktiviti gua tadi..
On the way tu gua ambik buah hati gua.. Kesian dia sorang-sorang kat rumah cuti-cuti ni..
So, bertiga la gua dengan sham dan beliau. Beliau  membawa CLK beliau..
Power kan..

Lepas hantar kereta kat Ajak untuk di repair, kitorang bergerak ke Giant menggunakan CLK.
Shopping la apa-apa..
Gua nak carik febreez tak jumpa-jumpa.
Mana entah Giant ni sorok.
Iklan punya gempak.. Nak jugak sembur dalam kereta..

Kami patah balik ke rumah Ajak untuk repair enjin tu..
Tunggu enjin sejuk je sebenarnya tadi..
So, Ajak mengajar cara-cara menbuka enjin untuk direpair..

Sepanjang proses pengajaran, satu je ayat Ajak
"ha, ini la dia engineer.. tau teori je, lepas tu suruh technician je buat kerja.."
Memang pun.. Haha..
Siap dalam pukul 6 petang.

Siap enjin, hantar kereta gua pergi rumah Awie pulak.
Bikin spring dengan wiring.
Memang rushing gua nak betulkan semua-semua..
Minggu depan dah start kerja, takut tak sempat nak siapkan before raya.
So, kereta gua siap esok.

Rushing pergi Bazar Ramadhan..
Beli menu wajib karipap, roti jala, ayam golek.

Kami semua buka puasa di rumah gua yang agak-agak comel.
Mee soto mak masak yang paling sedap!!

So, hari yang full. tepat sampai rumah, azan berkumandang.
Tak rasa sangat puasa hari ni.. Best, best..

Sekian..

Ramadhan 1431

Bermula sudah Ramadhan 1431 Hijrah ni..

Sekejab je dah setahun..
Tahun lepas gua puasa kat Shimano..
Tahun ni gua puasa menganggur..
Memang cara mara sedara mara amalan rakyat..

Yang penting, sebelum balik raya, mesti dah ada kerja!!!!
Warrgghh!!!
(Malas nak menjawap dengan pakcik makcik kenapa sekolah tinggi-tinggi habiskan duit kerajaan tapi lemau tak pergi kerja.. kenapa tak kerja kerajaan.. adui.. makcik-makcik..)

Hari 1st puasa.. Settle!!!
Tak susah kan puasa..? Senang kan.. kan, kan, kan..

So, di kesempatan ini.. Walaupun gua bukan jenis yang suka ambik kesempatan ok der.. (gua menyampah betul orang-orang guna perkataan der.. der.. ni.. Gelabah Pak So'od..)

Gua kepingin mengucapkan Selamat berpuasa kepada semua Umat Islam di seluruh pelusuk dunia.
Tidak kira warna kulit.. kerana banyak pencuci kat Watson atau Guardian.. Jangan racist..

Hari ahad tak kerja, bangun la awal, supaya tak makruh puasa anda..
Kita layan kartun Pocoyo.

Happy fasting!!

Blackberry - Digunakan Israel untuk mengintip??!!

Hari ni gua baca surat khabar kelmarin ( ?? )..

Harian metro, Sabtu. m/s 71. Global.


Saudi sekat BlackBerry
Lubnan turut bimbang dengan khidmat telefon pintar itu

Perenggan ke-5
" Data dan e-mel yang dihantar menerusi telefon BlackBerry disimpan dalam server ibu pejabat syarikat pengeluar telefon pintar itu, Research in  Motion (RIM), di Kanada"

Perenggan ke-9
"Lubnan semalam menjadi negara terbaru di Asia Barat menyuarakan kebimbangan terhadap perkhidmatan BlackBerry. 
Pihak berkuasa telekomunikasi negara itu berkata, ia akan menilai masalah keselamatan berhubung telefon pintar itu selepas beberapa kakitangan telekomunikasi ditangkap kerana disyaki mengintip untuk Israel"


Kepada anda yang menggunakan BlackBerry, berhati-hati dengan semua maklumat dalam box-box peribadi anda kerana mungkin, dah tak private pun.
Projek pembangunan, mesyuarat, isu-isu rahsia, mungkin semua pun dah terbongkar..

Kepada yang baru berniat nak guna, kaji betul-betul.

Sekian.



Ludah Israel!!!

Waaaaggghhh!!!!!!! Rasa Jerit!!

Warrghhhhh!!!
Gua rasa nak menjerit setelah sekian lama tak mengunjungi blog diri sendiri..
Cisss.. Busy sangat ke gua.. ke poyo je lebih.. atoiyai..!

Tanggal 30 Julai 2010, tamatlah perkhidmatan gua secara rasminya di Kiswire Sdn. Bhd.
Rasa serba salah tinggalkan company tu, tp nekad je jugak..
Setelah mengetahui tak dapat pergi Korea. Boleh ke macam tu?

So, sekarang gua menganggur di rumah sahaja..
Menghabiskan duit gaji dan beras di rumah.. Makan, makan, dan makan..

Oh!! gua semakin gemuk lately.. Adakah itu perkara baik atau buruk?
Gua consider itu baik kerana gua sangat lah kurus pada suatu masa dulu sehingga tiada aweks yang datang mendekat.. waka waka!

Tanggal 08 Ogos 2010 pula, salah seorang kawan sekolah kitorang, Tomok, menamatkan zaman bujang beliau bersama pasangannya, Tika yang juga kawan sekolah kitorang.. Couple sekolah la ni kira..
So sweeeeettt!!! (orang perempuan selalu cakap macam ni, gua pun tak paham mengapa?)

Minggu ni la Padel (member kamcing yang kenal dari tadika lagi) balik JB setelah bertapa lama nak mam dekat Perak sana..
Lepak kat rumah beliau bersama Mapei, Awie, Ajak dan Izraq sampai pukul 430 pagi..
Aduii,.. rindunya.. Dah lama tak lepak macam ni sampai pagi.. Macam time sekolah dulu..

Masing-masing banyak dah berubah dari segi kehidupan masing-masing..
Tapi satu yang tak pernah berubah adalah sifat masing-masing.
Still gila macam dulu kala.. Yang gua harap tak berubah sampai bila-bila..
Member-member yang buatkan kita teringat kisah-kisah zaman sekolah..
Buatkan kita tergelak macam nak rak..

Kalau dulu, kat laman rumah Padel ni, berderet motor..
tapi sekarang masing-masing dah pakai kereta, sampai tak muat dah halaman..
haha..

Masing-masing dah ada bunga..
Mapei, padel, hatta gua pun.. bahagia..
Si awie dah tunang..
Izraq pun tak lama lagi dah nak langsung..
10.10.10. Pilih tarikh nak best..
Plan dah, semua dah siap peram air stokin, telur tembelang, puntung rokok, rendam dalam bubur kacang..
Kompem best tunag atas pengantin.. Caya lah!!

Bulan 9, reunion budak matrix. PIC - Naza
Bulan 12, Kursus kahwin. PIC - Mapei
Bulan 3, melancong Bali. PIC - Ajak

Gua tak sabar!!!
Cepat2!!

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*