Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Takda Tajuk

Salam..

Berakhir sudah minggu terakhir bulan 11 ni..
Ada la jugak yang menarik..

Antaranya Hari Raya Aidiladha..
Sayu beb dengar takbir masa hari khamis malam tu..
Terus cepat-cepat gua berambus dari UTM lepas buka tu walaupun ada lambat juga sampai kat rumah.
Heh.

Aidiladha ni gua sambut dengan sederhana..
Balik kampung (balik hari je), makan dengan banyaknya.
Kumpul ramai-ramai..
Tapi yang paling best sekali nonton Nur Kasih episod last ramai-ramai..
Pergghhh, memang meriah..
Yang tak bestnya, ceritanya pendek, iklannya berjuta..
Hampeh...



Ternganga

Masuk minggu ni cukuplah 2 minggu gua training straight weekdays on my class..
Start minggu ni, dah ada alternate days which 2 or 3 classes je per week.
Memang rileks la..

Presentasi untuk complete kan Modul 1 hari tu pun dapat dijalankan dengan jayanya..
Dapat jugak kontrak Americans tu..
Memang sukses..
Kredit to Eman, Faiz, Ihsan and Kamil.. Ya Haa!!

Apa lagi yang berlaku minggu lepas..

Ha, hari sabtu hangout dengan Encik Amir Dugong, Rafiq Tuntong, dan Hafzan Taff..
Pergi Plaza Pelangi atau lebih dikenali sebagai Kerry's..
Takda apa yang menarik..

On the way keluar dari Shopping complex tu,
Dalam hati gua, macam takda hasil je bagi gua hari ni..
Kami pun menujulah ke tempat parking..

Tup3, betul-betul depan pintu keluar tu..
Lalu seorang gadis, berpakaian putih..
Work attire la..

Perghhh.. Subhanallah..
Memang cun melecun gadis tu..
Dengan pandangan tunduknya ketika berjalan..
Molek..

Selepas gadis tersebut melepasi kami dengan agak payah kerana terkeduan kami tadi menyebabkan kami tidak bergerak dan menyebabkan belon acah terjadi antara kami semua, kami berpandangan sesama sendiri...

Zaini : Uii.. Macam Nur Kasih...
Amir : Lagi baik dari Nur Kasih kot ni.. Serius..
Rafiq: Weh, tu aku punya.. Esok aku datang senyap-senyap..
Afzan: Hahaha..

Zaini: Esok dia dah resign kot.. Hari ni dia last kerja.. Notis period habis hari ni.. Esok dia join kelas aku kot..
Amir: Ko jangan jai, tak pasal-pasal esok ada 2 orang baru masuk kelas ko..

Lepas tu mengarut tah kemana-mana..

Tapi serius..
Terbukak kembali hati gua untuk menerima wanita..
Jika dan hanya jika gadis itu sahaja muncul kembali dalam hidup gua..

Oh~ di manakah kamoo gadis pelangi..~~

Zon Selesa

Sesuai dengan matlamat dan hala tuju gua yang baru,
gua menampilkan sesuatu yang segar dengan blog gua ni..

Gua selesa dengan permukaan yang lama tu,
tapi gua rasa gua perlu lebarkan zon selesa gua itu untuk menampilkan sesuatu yang baru..

Agar kalian dapat terus membaca dengan rasa segar di pagi hari atau di malam hari..

Tapi isi yang penting ye tak?
Untuk saat ni, hidup gua cuma berjalan dengan biasa sahaja..
Tiada apa yang menarik.

Dulu-dulu waktu suka pendam-pendam rasa, banyak la yang nak di tulis dalam ni.
Tetapi, dengan perubahan cara pemikiran gua yang lebih terbuka gua fikir, kurang yang menarik untuk di tulis.

Semua benda ada pro dan contra betul?
Tak semua akan puas hati dengan apa yang lu orang buat..

Contohnya,
Kalau orang taknak pakai tudung, takkan lu orang nak paksa kan..
Semua terletak pada diri sendiri, bukan atas paksaan atas orang lain.

Walaupun lu orang tau benda tu membawa kepada seksaan (tak pakai tudung tu la..),
Kalau lu orang dah selesa, suka, rasa tudung tu hanya untuk di pakai ketika berkerja, ke kelas atau aktiviti formal, lu orang go on la.

Pasal lu orang dalam zon selesa itu dan cuba tidak keluar dari zon tersebut.
Semua terpulang la kat lu orang.

Sama jugak hisap rokok.
Kerana itu semua tabiat yang biasa dan kita tidak cuba untuk luaskan zon selesa itu untuk kebaikan diri sendiri.


* Apesal tudung jugak jadi kes ni.. Macam takda benda lain nak dikaitkan.. Haha.

Menghabiskan masa bersama keluarga

Minggu ni gua menghabiskan masa bersama family gua kat rumah.
Merehatkan minda dan fizikal.

Mak gua tanya semalam tengok tak Nur Kasih tak.
Gua cakap tak sempat tengok.
Mak gua cakap ala... dia bitau minggu depan dah last.
Gua jawap, nanti gua tengok dekat internet je.
Mak gua cakap tengok yang minggu ni punya.
Nanti minggu depan boleh tengok sama-sama.
Heh.

Walaupun hanya perbualan ringkas, tapi berkualiti.

Go to the Next Level!

Salam..

Oh! Busy nya gua 3 4 hari ni.. Sampai tak terupdate pun blog gua yang gua sayangi dan cintai ini..

Kenapa gua busy no ni beb. Ha? Ha?

Bukan sebab apa pun..
Pasal gua join satu program untuk dapat kerja kaw-kaw betul-betul haoliao punya kerja.
Program under Iskandar Malaysia.

So, apa yang gua dapat so far?

Gua dapat seorang trainer yang memang superb best giler babas..
Seorang Prof UTM sebagai Mentor. Nama dia Prof. Razali.
Tapi selamba badak dia suruh panggil Raz.
Agak kekok awal-awal..
Tapi gua pun selamba badak dah sekarang panggil Raz.

Then, group member yang selamba badak gak best macam makan ayam goreng.
Ada sorang la yang tak best. Tapi dia dah blah..
Gua terasa semakin best kelas ni.
Wakaka!

Modul dia yang best. Dalam program ni, gua dipaksa bercakap BI full time.
Bukan gua sorang, group member gua pun.
Memang gua suka giler tengok effort masing-masing nak cakap BI tu..
Mendorong gua untuk mencuba jugak bersama-sama dorang.
Pasal gua pun bodoh gak BI. Cakap gagap-gagap macam lagu stacy
Tapi apa yang gua nampak, gua punya BI makin ok dari hari pertama.
Ni baru hari ke empat ni.
Hope, habis program ni, gua dapat develop sepenuhnya skills yang ada.
Gempak ar!

Makan!
Ni paling best sekali..
Sarapan = 2 menu
Minum Pagi = 3 menu
Makan Tengah Hari = 2 lauk, 2 sayur
Minum Petang = 3 menu
Makan Malam = 1 lauk, 1 sayur
Makan Sukahati = Sukahati
Memang gua gemok lepas program ni. Heaven!

Tapi apa yang paling best, gua dah nampak macam mana gua nak corak kerjaya gua lepas ni.
Dengan apa gaya, dengan apa style.. Semua disingkapkan dalam program ni.
Yang gua rasa sangat baik untuk karier development gua.
Ada benda yang gua tak perasan, di perasankan.
So that, gua dapat mengenalpasti bagaimana tubuh dan otak gua patut bergerak.

Doakan gua berjaya dan keputusan gua untuk resign jawatan jurutera tu betul.

Iskandar Malaysia! Ayuh!

15112009

Budak-budak opis gua hari ni ajak gua pergi mandi manda ala sunway lagoon kat Starhill esok..
Atas tiket Shimano seramai 16 tiket percuma.
Dan gua yang notis letak jawatannya berakhir pada 15/11 ni akan menggunakan peluang ini sebaiknya sebelum berambuih.

Plan pagi-pagi dah gerak takut sunburn..
Padahal gua belum tidur lagi mengadap facebook ni..

Petang jam 2, gua dah kena shoot pulak bawak segala perkakas dan kelengkapan mendaftarkan diri di UTM.
Gua pun lupa la esok nak daftar kat mana ni..

Esok la baru gua carik.. Mengantuk giler ni bai..

Ciao.
Salam..

Sambungan Suratan atau Kebetulan??

Anas mengunjungi Aisyah , di dalam majlis itu seorang lelaki bertanya:

"Wahai Ummu al-Mukminin, ceritakan kpd kami tentang gempa bumi?"

Beliau berkata:
"Apabila perempuan menanggalkan pakaiannya di tpt selain dari rumah suaminya, terkoyaklah hijab (pendinding dari azab) yang antaranya dan antara Allah. Apabila perempuan memakai bau-bauan bukan utk suaminya, baginya neraka dan kehinaan..

Apabila dihalalkan zina,meminum arak dan memukul alat muzik, Allah berfirman kepada bumi gegarkan mereka. Sekiranya mereka tidak bertaubat dan meninggalkan maksiat, mereka dibinasakan dengannya oleh Allah.


Anas bertanya
"Apakah itu hukuman terhadap mereka?".



Aisyah menjawab
"Ianya rahmat, keberkatan dan peringatan kpd org mukmin. ianya siksaan, kemurkaan dan azab ke atas org kafir



"Sesungguhnya di antara tanda hampirnya hari Qiamat itu, berlaku byk kematian manusia secara mendadak"
~Thabrani


"Tidak akan dtg hari Qiamat sehinggalah berlakunya byk gempa bumi"
~Bukhari


"Sebelum berlakunya hari Qiamat, akan terdpt kematian yg amat menakutkan dan kemudian dari itu berlakulah tahun-tahun gempa bumi"
~ Ahmad



nBaginda menyebutkannya:

"Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam Alaihissalam, Ya’juj dan Ma'juj, 3 kali Gempa Bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yg ketiga di Semenanjung Arab, akhir sekali api yg keluar dari arah Yaman yg akan menghalau manusia kpd Pdg Mahsyar mereka".


Huraian Ringkas:

- Dukhan (asap) keluar dan akibatkan penyakit spt selsema di kalangan org beriman dan akan mematikan semua org kafir.

- Dajjal membawa fitnah besar hingga ramai org terpedaya dgn seruannya.

- Binatang besar keluar berhampiran Bukit Safa di Mekah yg akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kpd Allah swt.

- Matahari terbit dari Barat.Saat itu Allah tak lagi terima iman org kafir dan tak terima taubat org yg berdosa.

- Turunnya Nabi Isa ke bumi. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahadi yg berdaulat pada masa itu, patahkan salib,bunuh Dajjal.

- Keluarnya Ya'juj Ma'juj yg buat rosak di bumi

- Gempa bumi di Timur.
Gempa bumi di Barat.
Gempa bumi di Semenanjung Arab.

- Api besar halau manusia menuju ke Pdg Mahsyar. Api itu bermula dari arah Yaman.


Info tambahan :

Di tgh-tgh negara Saudi terdpt satu garisan “fault” yg berpotensi utk berlaku gerak gempa yang para geologis memanggil garisan itu dgn nama - Najd Fault System.
Malah satu letupan gunung berapi pernah tercatat pd kurun 13M. Gegaran terakhir dikesan dari “fault-line” ini pada tahun 1999.

Suratan atau kebetulan?? Wallahualam..

Gempa bumi di Padang 30 Sept tepat jam 5.16 pm [ atau jam 17:16 ]
Gegaran ke-2 jam 5.58 pm [ atau jam 17: 58 ]
Esoknya, 1 Okt pada jam 8.52 am gegaran susulan di Jambi

Sila beri perhatian pada bahagian di bawah:-

Slide 7

[ Jam 17 : 16 = Surah ke-17 ayat 16 ]
[ Jam 17 : 58 = Surah ke-17 ayat 58 ]
[ Jam 8 : 52 = Surah ke-8 ayat 52 ]


Surah ke-17 : Al-Isra‘
Surah ke-8 : Al-Anfaal 

Slide 8
Slide 8
Al-Isra’ : 16

 

Slide 8
و إذا أردنا أن نهلك قرية أمرنا مترفيها ففسقوا فيها فحق عليها القول فدمرناها تدميرا



 “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, Kami perintahkan kpd org yg hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.” al-Isra:16





Slide 9
Al-Isra’ : 58


Slide 9
و إن من قرية إلا نحن مهلكوها قبل يوم القيامة إو معذبوها عذابا شديدا كان ذلك في الكتاب مسطورا

 “Tiada suatu negeri pun (yg derhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dgn azab yg sgt keras. Yg demikian itu telah tertulis di dlm kitab (Lauh Mahfuz).” Al-Isra’: 58


Slide 10
Al-Anfal : 52 



كدأب آل فرعون و الذين من قبلهم كفروا بأيات الله فأخذهم الله بذنوبهم إن الله قوي شديد العقاب

“(Keadaan mereka) serupa dgn keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta org sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.” Al-Anfaal: 52
Slide 10


Suratan atau kebetulan??
Untuk renungan bersama.

Kawan-kawan..

Perlulah kita menunggu keluar nya dajjal, turunnya Nabi Isa, Imam Mahadi untuk kita bertaubat..
Jangan sampai terlambat..
Ingatan untuk diri ini dan kalian semua..




2012

Hari ni tayangan hari pertama 2012.
Hari penamatnya bumi.
Yang gua jangka sebelum pergi nonton movie ni.

Gua yang ponteng kerja hari ni, together-gether wit Mr. Amir dan Mr.Azraai, pergi nonton dengan tak sabar-sabar nya..

Ending dia gua ingat dunia betul habis.
Rupanya menyerupai kisah Nabi Nuh dan Bahtera baginda..

Haha.. Spoil mood korang sikit sebelum tengok cerita ni..
Haha.. Haha..

PS: Tapi realitinya, dunia kita memang hampir-hampir ke penghujungnya..
Makin banyak tanda-tanda besar yang timbul kebelakangan ni..
Paling meremangkan bulu roma gua, Gempa bumi dekat Padang, Indonesia..
Allah S.W.T seolah-olah memberi tanda dan alamat kepada kita semua umat manusia.
Tak mustahil ramalan kaum Mayan itu betul. Mungkin lebih awal.
bukan 2012..
Kuasa Allah S.W.T..
Kun fayakun.. Jadi!


Wallahualam..

Jay Bee..

Malam kelmarin jalan-jalan dengan Duke n Wanjard..
Membawa wanjard  berjalan-jalan sekitar JB..
Die kan budak peyrok yang travel pergi JB.
So, dengan penuh kehormatannya, kami sebagai warga JB sejati membawa beliau berjalan-jalan..

1. Old Town White Coffee, Taman Molek

Tempat lepak biasa gua dengan Duke dan En. Tuntong. Suasana yang santai di kawasan yang agak eksklusif..
Berbicara seperti seorang pro lagaknya. Cewahh..
Duke propose tempat ni la acara AGM tahunan atau bulanan akan dijalankan.
Dan disebabkan waiter hantar ais kosong lembab nak mati, Duke dengan selamba telah membatalkan lamaran itu dengan seriusnya..

2. Tebrau City

Survey tiket wayang yang menarik, tapi takda minggu ni dan akan di extend pada minggu hadapan - 2012!!
Apa yang bermanfaat cuma gua cuma dapat tebus baucer jusco dan timbang berat dan ukur tinggi gua.

Result:
Tinggi = 186 cm
Berat = 65 kg

Yayy!! dah naik 5 kg lagi dan BMI yang ditunjuk pada penanda aras mesin timbang adalah OK!!
Gembira gua makin gemok.

3. Senibong

Sebuah kawasan makanan laut di atas pelantar di atas Selat Tebrau.
Tempat makan yang santai giler.. Menghadap Singapura..
Time makan, siap ada bunkers buat show.
Paling best otai tu bawak lagu Jangan2 st12 tu.. Dengan suara ramli sarip beliau.
Terlayan kepala pulak gua time tu..

4. Restoran Singgah Selalu

Tempat ala-ala hartamas la gitu. Tempat lepak tengok bola..
Sentiasa penuh dengan orang..
Di sinilah tercetusnya idea yang bernas untuk planning tahun depan
Plan DUJAI..
Tunggu...

5. The Zon (Kompleks Zon Bebas Cukai)

Gua tak tahu kenapa kena pergi sini, pasal bagi gua tempat ni langsung tak seswai dengan jiwa gua.
Gua cuma di bawa budak ni untuk lepak area The Zon tu..
Pemandangan tepi laut dia cantik.
Tapi yang tak cantik kaum yang berkeliaran kat situ..
Memang sakit mata la gua tengok..

Cerita best kat sini..:

Masa tengah jalan-jalan area situ la, ada satu cina terbaring mabuk todi agaknya..
Kitorang tengok je sambil berjalan tu..
Then, ada la 2 ekor betina jalan melintasi tempat tu..
Seksi.

Ayat yang gua sempat dengar dari mulut dia
" Kena langgar anai-anai"

Gua fikir dia maksudkan tu cina mabuk todi tadi..
Then, member gua betulkan, dia dengar lebih jelas..
"Jangan langgar anai-anai."
Yang dia maksudkan tu adalah kitorang..

Wey, prostitutes!! High class no lu nak cakap gitu..!
Mulia gila ar korang.. tabik nak mampus la dengan korang semua..
Kepala ho!
Baik berhenti jadi orang la, jadik monyet ke beruk lagi elok kot..!

Chelsea VS Man U utk sekalian kalinya

Waduh2.. Main takda kualiti pulak hari ni korang kan..
Asyik kena serang. Macam haram..

Tapi yang penting menang dah la..
Berbaloi la jugak gua berjaga semata-mata nak tengok Man U tu kalah.
Takda la sia-sia gua pergi kerja esok dengan mata yang rabak.

Terry gua yang terbaekk.. Tandukan legend lu mat akan diharapkan sampai bila2.
Ya Haa!!

Gelombang Angin Kedua di Malam Minggu

Perghh.. Memalam buta ni gua dapat karang satu ayat yang baekk punya berdasarkan tajuk-tajuk lagu yang terkandung dalam satu album

" Benci kerana kau harus ada untuk aku mencari konklusi yang obsesi kepada romantik mu lalu mewujudnya sangkar besi di hatiku"

Cuba anda teka. Apakah album nya?
Wakaka

TIPS Tak Betul dan Tak Mesra (TBTM)

Oh, berkaitan entri gua sebelum ni..
Gua pun cam kompius gua nak cerita apa sebenarnya..
Adakah kes diskriminasi ataupun cara macam mana nak resign dengan cara ja'at.

Sebenarnya gua bukan nak cerita sangat diskrimansi tu..
Adat la bila korang nanti kena macam tu jugak.
Depend la..

Tapi yang buletin utama nya, camna nak blah dengan cara nakal-nakal gigi..

1. Datang la lambat pergi kerja
2. Time kerja tak buat kerja (mengular dan sebagainya)
3. Menghilangkan diri ketika waktu kerja (balik rumah tido, pergi shopping, lepak tepi laut ke.. sumting like that la.. haha)
4. Ponteng kerja.
5. Tak siapkan kerja pada kerja yang urgent atau da nak sampaikan dateline (ini untuk kes kerja orang lain yang korang kena siapkan. haha)

Tu je la yang gua boleh fikirkan setakat ni.
Korang nak tambah, boleh la tambah..
Perhaps, gua kena delete entri ni bila sampai tempat kerja baru nanti.
Kalau tak kantoi bongok la kan..
So, kalau nak buat note, buat la sekarang..
Haha..

Bos korang tak boleh terima surat resign korang kan.
So, korang pergi la jumpa HR bagi surat tu.
Bincang la dengan HR.
Apa-apa hal gaji korang takda la kena tolak sia-sia pasal tak bagi notis
Dorang pun paham pasal yang datang pasti pergi.
Cewahh.. Haha

Papehal nak blah pun, bagi gua, bagi kerja-kerja gua siap, setel semua, baru boleh blah dengan aman la..
Steady sikit... Jangan jerung sangat..

Mari menakalkan diri

Bos gua rejek resign letter gua ek..

So, anda boleh cuba turuti langkah-langkah di bawah bila berdepan situasi begini suatu hari nanti:

1. Datang lambat.

- Pak guard akan tunggu anda di pondok guard tersebut dan anda dipaksa menulis nama anda di dalam tardiness/lateness form.
- Ketika dalam perjalanan ke department anda, anda akan di approach oleh seorang HR cina yang agak tua kerepot membawa helaian kertas merah di tangannya dan menyuruh anda menunggu beliau di dalam sebuah bilik.
- Di dalam sebuah bilik tersebut, ada juga seorang cina berkod nombor seperti anda yang datang lewat juga.
- HR tersebut akan berbual congceng-congceng dengan budak cina tersebut dan bergelak-gelak seolah-olah anda tidak berada di situ.
- Kami akan di paksa menulis lagi satu lateness sheet dan budak cina itu sudah boleh balik ke department beliau.
- Anda pula akan di ceramah oleh HR cina tentang kelewatan dan tindakan akan diambil dan juga corrective action akan disarankan kepada anda.
- Sekeping surat warning letter warna merah akan dikeluarkan kepada anda kerana pada nama anda ada Mohd, atau Nur. Tidak valid kepada Tan, Chan, atau Tong.
- Anda akan diiring ke department anda kerana HR cina tua tersebut akan mereportkan kepada Bos anda dan meminta cop.
- Anda akan dibising oleh bos anda di dalam opis yang tiada bilik, cuma ada partition-partition bodoh untuk setiap department yang akan didengari oleh semua orang di dalam opis.
- Apa yang anda boleh buat, gelak-gelak je dengan bos anda walaupun dia tengah marah dan nguceng la dia selagi boleh.
-Balik ke meja anda sambil di ajukan beribu-ribu pertanyaan dan nasihat dari orang ramai.
- Kalau anda cina, anda tak perlu risau.

2. Cabut dari tugasan.

- Siapkan kerja anda, walaupun sebenarnya bukan kerja anda, anda buatkan kerja orang lain, dan setelkan secepat mungkin sebelum pukul 3.30 petang.
- Agak-agak macam dah siap, dah pass dekat orang yang bertanggungjawab, walaupun anda tau dia akan kembali pada anda menanyakan itu dan ini, cepat-cepat keluar dari office dan turut serta rakan-rakan sekepala anda untuk keluar dari kilang tersebut dengan exit permit.
- Seeloknya ajak ramai-ramai dan biarkan office kosong.
- Balik ke rumah, salin pakaian dan tujukan lah diri anda ke Jualan Sale Metrojaya. 70% diskaun. Lebih kurang jam 0345 petang.
- Pada jam pertama sesorang itu keluar dari office, takkan ada orang yang perasan ketiadaan anda kerana ini adalah hukumnya. Tetapi selepas itu, pasti telefon anda akan berdering, berderet-deret untuk tunggu jawapan dari anda. Seeloknya, tutup Hanpon anda awal-awal.
- Sampai sana, beli belah la sampai pukul 7 petang dan anda boleh buka kembali hanpon anda keran orang dah balik dah pukul 6 petang dan anda tidak akan diganggu. anda akan dapati missed call yg banyak giler..
- Balik semula ke rumah, salin baju kerja semula, masuk kerja balik dalam jam 830 malam.
- Merayap la mana-mana pun dalam kilang tu, jangan masuk office, tunggu jam 0900 malam scan keluar.
-Selesai. Nak cerita lebih, jumpa hari Isnin.

So, buat lah selagi anda mampu. Kita nak pergi cara baik dorang tak nak terima kan, buat tak paham bahasa kan.
So, anda pun bagus sangat la buat juga tak paham bahasa dengan dorang-dorang ni.

Diskriminasi di dalam kilang. Even bos anda melayu pun, dia dah jadi hamba cina dah. Lantak la muka dia.
Even anda bodoh gila, fresh graduate, sampai kan motor tu pun tak tau ape benda, gaji anda boleh dapat RM 2400 jikalau anda cina.

Anda melayu, jangan harap!

PS: Tinggal seminggu lagi nak blah. Mari kita try ponteng kerja pulak

Crab

Resign letter gua kena rejek

Dapat projek baru pulak
Nak tentukan hala tuju syarikat untuk suku pertama tahun depan

Wey! Gua dah nak blah kot minggu depan.
Agak-agak la nak nguceng pun..

Damn..

Back to the start

Esok aku akan submit resign letter kat bos..

Dan bermula lah hidup aku start dari zero balik..

Belajar, belajar, dan terus belajar.. Untuk develop karier aku yang masih tidak jelas..

Aku berharap keputusan aku ini betul dan tepat..
Apa pun terjadi, aku akan sedaya upaya untuk tidak menyesal dengan keputusan aku ni..

Doakan aku rakan-rakan semua..

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*