Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

kekacang vs korang

semalam aku makan kat luar (lagi?!). john la mengajak lepas jogging petang td.. kitorang makan dekat petronas hari ni.. tengah makan2 tu, cerita paling femes masa kita kecil2 dulu ditayangkan. apa cita tu?


ya.. itu dia.. mr.bean. haha..

meja sebelah aku, sebuah keluarga, si anak melompat gembira bila ternampaknya mr. bean yang jatuh dari satu cahaya lampu di sekitar britain. aku pun melayan gak la..

episod hari ni pasal yang mr. bean makan daging kt restoran mahal & cerita mengenai dia membeli belah kat pasar raya. yang bawak ikan tu..

aku tergelak2 cam tak pernah tengok lawak mr. bean ni.. padahal dari aku kecil dah disajikan dengan bendalah ni..

aku rasa la, kalau rowan atkinson ni tidak melakonkan watak sebagai mr. bean tu, mesti die pandai giler.. bayangkan sekali tayangan, penonton akan bergelak sambil berkata "bodoh!.. haha". dijangka, isi rumah di malaysia adalah 2.2 juta. tayangan berlansung setiap minggu selama 3 bulan. setiap orang purata akan berkata "bodoh..haha" sebanyak 3 kali setiap episod.. berlangsung lebih 2 dekad yang lepas.. bersamaan 20 tahun. doa dari orang malaysia saja boleh dikira purata = 2.2 juta x 3bulan x 4 minggu x 3 kali bodoh haha x 20 tahun = 1.584 e 9 bodoh telah diterima rowan. tu pon still professor lagi kt oxford. aku rasa otak dia lg genius dari enistein yang famous tak abis2 dengan e=mc square..

jika dilihat, kenapa cerita2 yang lama memberi impak yang besar kepada semua tidak kira generasi, bangsa, hatta agama sekalipun.. tidak lekang dek zaman.. misalnya cerita2 p.ramlee, tom & jerry, dan yang seangkatan dengannya.. cerita2 lawak ini akan menyebabkan orang berkata bodoh haha berulang-ulang kali.. walaupun begitu, ini bermakna yang cerita itu berkesan..

tidak seperti cerita2 sekarang yang akan menyebabkan orang berkata "bodoh siak.. serius bodoh.." kerana jalan ceritanya yang merepek meraban, lakon layar yang picisan, serta penceritaan yang agak menjengkelkan.. impak maksima contohnya, cerita yang paling baru yang paling menyerlah kebodohan nya di mata aku... jiwang tah hapa2, gelabah jalan lurus pun nak drift, time gi keje pun nak drift, dialog2 yang menyampah, dan tah hapa2 lagi.. tu pun boleh nak jual? itulah dia ahmad idham.. aku tak pernah berpuas hati dengan semua cerita hasil arahannya..

cuba nak up macam cerita2 omputih, jepun.. tapi tak kene gaya. kenapa indon, negara yang kurang sikit majunya dari kita boleh menghasilkan cerita, video klip yang betul2 berkualiti.. video klip malaysia lagi satu.. korang penah tengok video klip elyana bertajuk " pakai kanta cinta" ke hapa tah tajuk dia.. memang kelam kabut. ketuk gitar dekat dinding, tetiba keluar salur paip dari lubang yang dah pecah tu, kemudian basah2 konon.. memang hampas..

bila cerita bab video klip, klip2 underground scene memang gempak2.. anak2 muda independent memang kreatif. dengan lagu dan lirik2 yang mereka cipta sendiri, memang mereka menghayati sepenuhnya setiap lagu.. dan menghasilkan sesuatu yang boleh dijual hingga ke britain dan jepun tetapi masih underground.. tak macam artis2 tempatan, glamour datang dari mana, lagu pun nyanyi lagu komposer2 mana, then meletup.. aku pun melayan.. tapi sekejap je la.. abis lagu tu berkumandang kat radio, aku pun akan jarang dengar..

aku bukan nak membebel pasal artis.. apa yang aku nak tekankan kat sini, kita mestilah kreatif dalam apa jua kerja yang nak dibuat.. bukan asyik menadah, tunggu orang lain baru nak gerak.. tu semua useless.. inisiatif sendiri beb. kalau kita asyik menunggu sampai bila pun tak akan maju.. aku mengingatkan dari aku sendiri.. kita semua sebagai pelapis masa depan negara. pasa; Malaysia sekarang dah huru hara. kita la yang akan membetulkan balik semua keadaan... renung-renangkan lah...

entri maulidur rasul..

entri aku sebelum ni yang bertajuk 'diriku dalam koma' aku terpaksa delete.. bila aku baca, aku meletakkan diri aku pada tahap jiwang yang agak dewa sebenarnya.. tak tau la si dia sempat baca ke tak.. kalau dia baca ni, dan tanya aku, aku akan terang semua nya.. yang penting aku kena delete skang.. simpan dalam word je.. hari semalam tu mmg dem.. tak tau da aku nk mintak maaf macam mana lagi kat dia yg ajak aku keluar.. aiseh... spoil doh gua... cam emo je.. hampeh!

kucing beromen

Rabu, 19/03/08
1850H
Depan Umah aku..

hari ni merupakan hari paling penat dalam sejarah hidup aku. aku baru je balik dari Pekan. pergi Vaccumschmelze buat PSM aku. pengangkutan pergi dan balik adalah motosikal kegunaan sendiri. menongkah arus jalanraya yang aku kira agak jauh untuk perjalanan per hari. kematu tungkik aku ni ha.. sengal seluruh tubuh badan. ada bini, boleh la juga suruh urutkan. tak da maknanya.. balik k17, macam biasa, mel la sedang menunggu aku kat rumah tu.. GETI budak ni mengurut. suruh urut tengkuk aku pun fail. lembut macam budak2 susur 4 JB tu.. karang suruh pijak, retak semua tulang temulang aku ni karang.. badan sekeping cam plywood je ni.. orang sibuk derma darah, aku pun sibuk.. tak tau nak buat guna sendiri pun tak cukup.. Lastly, aku batalkan la niat baik aku nak menderma tu.. haha

balik2 sampai rumah tu.. aku lepak2 la depan umah tengok budak main bola.. bob pun ada kat depan ni tengah isi barang dalam kereta dia.. nak balik KL. esok cuti kan.. aku ni je yang tak geti2 nak balik.. tiba-tiba ada sesuatu menarik perhatian aku..


haah.. tu dia.. mengawan pulak korang petang2 yang nyaman ni ye.. buat depan2 mata aku pulak tu.. langsung tak da rasa hormat ni.. aku berlari la masuk dalam ambik kamera mel yang skrin dia da rosak ni. ketik 2 3 gambar.. sambil melihat aksi 'kucing sejoli' ni, bob macam biasa memaki hamun mereka... "@!#^&%* punye kucing!!! nak buat ^@* pegi la jauh2..! @!#U... *@#!... ".. berapa banyak kenyataan kesat yang dikeluarkan oleh bob tidak lah sempat aku mengiranya.aku cuma tersengih melihat gelagat kucing ni..

aku tengok kucing yang atas tu luka teruk satu badan. aku assume yang dia baru lepas gaduh nak rebut kucing betina la ni.. menang2 terus buat ha... no mercy betul.. taknak tunggu malam.. haha.. tak apa, dorang tak da akal... "PAKGAD!! mano ekau sumo poie ni..!! ado maksiat dopan mato den ni ha... poie la tangkap!!"..

macam2 bunyi la yang keluar, sound dia sama2 pegi ngan kata kesat bob tadi la.. mengerang betul aku tengok kucing yang duduk bawah.. tidak dapat aku pastikan yang bawah tu betina ke jantan.. apa aku ni? satu pertanyaan yang bodoh! pendidikan seks tidak di ajar secara formal di sekolah di Malaysia.. aku tak tahu! mana tau kat Perak, PP, Selangor akan ditambah mata pelajaran ini dalam sekolah2 negeri mereka selepas ini.. Wallahualam..

Zina makin berleluasa sekarang ni.. tak mustahil satu hari nanti orang sanggup melakukan benda terkutuk ni di khalayak ramai. seperti perilaku seekor binatang gamaknya. sampai satu ketika, orang boleh berbangga jika mereka sudah melakukannya.. berbangga dengan dosa. Ape bennnda semua ni!! mana pihak bertanggungjawab..?! anak-anak dibiarkan dengan gejala seperti barah menular... ape kejadah nya semua ni..!!

pokok pangkalnya, di manakah sebab musabab berlakunya perkara-perkara sedemikian.. kalau dulu, orang yang pernah 'buat' berasa malu jika didedahkan.. tetapi situasi sekarang sudah berubah.. orang bercerita mengenainya, seperti tiada apa-apa. menggalakkan cabaran demi cabaran untuk terus melakukan. "ala, bro... kita idop zaman moden la bro.. bende2 cam ni common je la.. ko kolot la kalau tak pernah buat benda2 macam ni..".. a'ah.. pala hotak ko berjambul...

kang satu hari jadik cam kucing tadi tu.. tapi tak kesah, kucing tak da akal.. garfield je la aku rasa ada..

nota kaki : aku bercakap bukan kerana tidak puas hati.. sekadar memberi pandangan dan menegur.. aku bukan malaikat.. kok ada terasa, makan la korang cili tu pueh2.. berak batu kang den tak dapek nak nolong..

perihal jogging

Selasa, 18/03/08
1815H
Perkarangan UMiP

kelas untuk hari ini berakhir sudah.. kelas aku paling last hari ini CAD/CAM. habis pukul 1800H. dah habis la ni kan? kan? aku pun balik la dengan en. zairul.. melayan badan yang letih satu hari kelas..

sesampai je kat rumah, zairul bersuara, "jogging jom!.." dengan tiba-tiba nya terbukak hati aku nak jogging petang tu. zarul ajak aku dengan john sekali. masuk-masuk bilik, mel da me 'ready ' kan dirinya merebahkan diri kat atas katil.. "woi!! jogging jom..!. apa barang ko tido petang-petang ni"... kata aku.. "aku penat la jai, ko gi dulu..".. haah, mmg harapan le nak pergi sekali tu.. lantok.. aku solat, siap2..

"wey2!! tunggu aku, aku nak gi sekali.. jap2".. mel bersuara.. maka, kami pun berjoging la berempat petang tu.. jog2 la dari blok aku, blok K ni nak ke kilang. lalu kat rumah kapek pulak.. kapek tengah timbang2 bola depan umah dia...kapek nampak kitorang xbanyak bunyi terus bersuara.."woy korang ni.. tak payah poyo la nak joging2. pura2 je.. joging psl nk tgk pompuan.. nak2 yg depan tu.."..eh, cilakak punya kapek.. ngata aku.. jumpa poin ko, siap la nanti..

actually, aku da lama tak joging, jarang dah.. sejak2 sibuk dengan banyak sangat benda, tah apa2 lagi tah...membuat kan aku malas je rasa nak joging.. kalo takda kerja pun aku habiskan masa dengan tido. kebelakangan ni memang aku kurang tido sangat2. tiap2 malam ada je kerja.. cam aku sorang je la yang ada kt dunia ni nak suruh wat kerja
.. nak kena tunggu aku baru nak bergerak.. tu pasal orang jadik pelik tetiba aku joging cam amalkan gaya hidup sihat je.. poin nya tu la, aku joging pasal nak tgk pompuan.. takda maknanya..! kalu mel ye... haha

joging la aku petang tu. stat dengan 3 nafas.. 3 nafas tarik, 3 hembus... 3 tarik.. 3 hembus.. lama jugak bertahan nyawa nafas aku ni.. dari umah tadi, lalu ikut depan kuliah x,y,z (trek baru kate zarul), pastu ke sebelah highway sana...ada lagi 3 nafas.. sampai je depan pintu gad kilang tu, tinggal 2 nafas sudah..kritikal dah ni.. hampir mencapai kapasiti paru2 aku.. aku terus je jog2 sampai pintu depan kilang ngadap blok aku berenti.. pasal budak2 ni pun da berenti.. ahhh... da lama gila tak joging, mengah.. mencucuk rasa paru2 den ni ha.. tersorampak lak ngn pak tam.. nak gi maen bola la tu...

pastu, aku berjalan je sampai rumah.. lalu padang, budak2 kelas kapek tengah maen bola, budak2 ragbi & bola UMP tgh training.. "aik.. court basket da jadi tmpat futsal ke..".. heh, tgk la.. dak2 otai basket pon tgh joging ngn aku.. da lama aku tak tgk dak 2 eko ni maen basket.. tunggu coach ada baru nak turun. kena marah, terus tak datang... kehkeh..

sampai jugak la kt rumah.. ada la joging dalam setengah jam gitu.. aku kira2, dekat 5 km gak aa aku joging tadi.. yela, cuba korang kira, round satu kilang je da 2.5 km (briged siswa dulu la..) pastu, dari blok K yang agak terbelakang ni nak sampai kilang, tak ke 2.5 km gak?.. jaoh2..

sejukkan badan, pastu mandi.. siap2, aku ngan mel pegi la masjid.. sapiq tgh lepak2 ngan zarul ngan ateh depan umah pas maen bola.. macha india sebelah ni, tgh sebok 'azan'.. 'azan' punya la panjang, rancak pulak tu.. asal maghrib je 'azan' cam orang gila, pasang speaker kuat2. wey, xblaja hubungan etnik ke macha? sengeel...

balik je maghrib, beli makan... aku beli nasik goreng dengan air bandung, mel beli nasik air ngan air oren. habis je makan masuk la bilik...

aku : "ngantuk doh aku... tido dulu la..kang kol 930 bangun bwat keje.."

mel : "aku pon nak tido gak ni.. ngntuk doh..."



bgn2 kol 1030.. hampeh! kunun2 semangat joging..

penambahbaikkan

Salam semua pelawat-pelawat blog ku ini..

Di sini aku ingin memaklumkan, bermula daripada
post ini dan seterusnya, aku akan menggunakan bahasa baku sebagai gaya penulisan demi meningkatkan lagi mutu bahasa dalam blog ini. Sebagai manfaat kita bersama..

Sekian berita dari meja pengarang, K17-03, UKK2 UMP

jeles nye aku...

ape bende yg aku jeles..? adekah disebabkan awek yang aku minat..? atau markah aku lebih rendah dari orang yang tak study..?salah tekaan korang tu.. aku jeles ngn mapei (sejenis orang yang tiada pusar di kepalanya).. kerana sms yang berbunyi:-

"Wui.. Aku kt public bank kt dpan cs ni.. Cube teka aku ngah wat pe? Slh dowh jwpn ko.. Aku nk open acc ntuk cmpny epson precision dowh! Isnin ni aku bergelar technician dowh! Kagum siyot ttbe ade kje.."

Sender:
Mapleyboy
+60127******

Sent:
11:40:25
13-03-2008

(aku copy bulat2 msg mmbr aku ni... maaf kepada yang susah nak bace.. macam la korang xmaen sms..)


aku bace & balas la kt mmbr aku ni.. aku tumpang gembira la gak pasal da lame die ni carik keje.. akhirnya dapat gak.. (msg2 yang selepas msg di atas ni semua da mangarut, aku malas nak copy kat sini..) macam la tak kenal mapei.. jumpa aku & kapet, mengarut bole sampai ke pagi...

mmbr2 ramai da keje, aku? stil belaja kat Universiti Islam Malaysia Pahang ni.. terperuk macam orang ape je.. terkongkong dengan macam2 peraturan, mengharap bantuan kerajaan untuk terus belaja.. bantuan dari orang-orang yang aku sayang.. aku sayang diorang tp aku tak dapat bagi ape2 lagi kat diorang.. aku malu kalau ingat-ingat bende ni..

aku selalu terpiker, bila umur da mningkat dewasa, kita akan mule untuk memikirkan mengenai tanggungjawab dan pilihan. ini akan berlaku. mase zaman persekolahan, aku tak penah terpiker bende2 ni.. bila aku nak habis belaja, nak dapat keje elok2, support keluarga, berkahwin dengan gadis pilihan, dan menyambung zuriat keluarga aku? aku pon tak tau..

korang tau?

pagi yang gelap.. bile mau cerah daa..??

ari ni ari yg paling xbes la penah aku rase spnjng perkuliahan aku sem ni.. masuk mane2 kelas pon kene ceramah.. ape kena tah.. ade 3 klas, tiga2 plak tu berceramah xblaja pape pon.. ni antara salah satu kes. pengajaran kepada diri aku dn korang semua..

Khamis, 13/03/08
XDK 4, Heat transfer
1600H

aku amik sit aku utk kelas arini. ready2 utk belaja, aku kuarkan la kepingan2 kertas dr beg itam aku ni utk menyalin.. lecturer kitorng, en. azizudin pn masuk. die ni PA aku gak. kelas yg mulenye bising td, da stat nk senyap.. nak stat kelas la ni..

tatkala da ready2 ni, lecturer mamnggil name2 dan memberi sekeping kertas.."ape jadah ketas plak tu"... "kuiz..." bangit yg dok sebelah aku menjawab.. ooo... kuiz aritu la ni... xpe tggu punye tggu.. name aku pon dipanggil.. die tgk aku, die tgk ketas.. die senyum... aku hingat senyum pasal markah bes ke hape.. rupenye senyum perli.. aku tgk markah, pergghhh.. mmg cam hape je.. layan je la..

aku tgk markah sume org lebey kurang yo.. aku pon ilek jela.. kok aku je yg trok ni, terase gak la aku.. aku awal2 da sembunyikan ketas dlm beg.. xde mood plak kng nak blaja tgk markah kuiz camni..

abis je lecturer bg ketas die pon memgang mic.. aku kire die nak stat kuliah.. then en azizudin memulakan la bicaranye.. "saya arini takde mood la nak aja ke, nak october sky ke arini... saya nak basuh, nak pancung awak semua kaw2 arini....".. aku tergelak jap.. mesti pasal markah ar ni...

ni antara kandungan yang aku ringkaskan dr ape yg die basuh kitorng petang tu...

"bende senang pon tak bole jawap... soalan kuiz saye ni tak gune kalkulator pon.. juz piker lojik, uji pengetahuan thermo & fluid awak semua sem2 lepas.. ni saya cek, ada yang dapat A dua2 subjek tu, tp tak bole jawap.. engineer is the person who can interpret the data. tp awak2 ni yang pandainye, tgk table, tak pasal2 tekan kalkulator, dapat A.. masing2 dah taun 3, da nak buat psm tp bende2 basic macam gini ade yang tak tau, ade yang baru tau bende2 ni arini.. tu bile saya terang ni, semua pon terlopong macam tak tau ape2."

macam tu la lebey kurang, die mngulang bende2 yang same... baru aku seda, mmg ilmu ni tak cukup lagi.. kalau nak ikutkan, masing2 pon belaja bukan kerana nak ilmu tu, tp pasal nak A.. tu bile tanye balik, masing2 tak tau ape2.. belaja utk tempoh yang sementara.. kenapa jadik macam tu... seoarng dari member aku penah mengupas isu ni..petikannya:-


" gua rasa, secara jujur gua susah nak belajar demi untuk mendapatkan ilmu. sebab tu gua mesti lupa apa yang gua dah belajar, setiap kali masuk semester baru. memang pensyarah akan cakap, jangan belajar untuk 4 flat, tapi belajar untuk ilmu. insyaAllah akan sentiasa diberkati ilmu kita.

tapi macam mana? sejak kecil mind set kita telah ditetapkan.

ahmad, kau belajar betul-betul. dapat 5A upsr nanti abah belikan handphone.

siti, study hard tau. SPM dah dekat ni. kalau result siti cemerlang, mama hantar siti study medic dekat UK.

hasan, kau jangan main-main. dah final semester ni. kalau result kau teruk, kau nak kerja apa nanti?

senario seperti di atas sering kita dengar di malaysia. rakyat kita memang cenderung untuk menilai seseorang dari segi kelayakan akademiknya, kepandaiannya. jarang sekali kita menilai seseorang dari segi sikapnya, kemahiran berkomunikasi atau pun nilai sahsiah seseorang individu itu.


gua mengaku, gua tak pernah terdetik, atau pun berniat di dalam hati, bahawa "aku belajar untuk ilmu". kalau pernah pun, sangat kecil peratusnya. mungkin hanya 2 percent, yang lainnya hanyalah untuk duniawi. itu pun hanya di awal semester. semakin dekat dengan bulan peperiksaan, niat belajar untuk ilmu itu semakin lama semakin pudar.

gua belajar sebelum UPSR untuk dapat 5A, bukan untuk ilmu.

gua belajar PMR untuk dapat 8A, bukan untuk ilmu.

gua belajar SPM untuk 9A1, bukan untuk ilmu.

lagi sekali, gua belajar di universiti bukan untuk ilmu, tapi untuk menjamin peluang kerjaya gua.


gua berada di landasan yang salah.

ada sesiapa boleh tolong? "


btol tak ape yang di kupas tu... renung2 kan la... kite semua memrlukan pertolongan sekarang ni.. lebih2 aku yang kerdil ini...

bole? ape komen anda sbg mahasiwa yg kononnya belaja utk ilmu...? poyo je la tu.. tak de exam, bukan belaja, dok maen game gak kn..? aku pon same... korang?

0445H, 130308

jam menunjukkan 0445H. hampir subuh. aku mesik tidak melenakan diri di tilam empuk itu. sedang umat manusia enak di buai mimpi-mimpi.... aku termangu sendiri.. menerawang fikiran ke orbitnya duniaku..


oh bidadari,

berulaskan syair oleh awan,

sang rembulan,

tidak putus menyeret dawai biola



memujuk bidadari

agar tidak membilang lawan

agar menghentikan getar-getar

yang berkelana di ratusan juang



si bidadari... dan sang rembulan..

memujuk bidadariku

agar tidak membilang lawannya



tidurlah bidadari

agar kamu bermimpi si pujangga

sehingga di pagi hari



jangan(lah) lupakan kami

yang bisa menemani

hadirlah sebelum dikau kalah

bawalah si pujangga

bawalah dia bersama.....

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*