Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

kekacang vs korang

semalam aku makan kat luar (lagi?!). john la mengajak lepas jogging petang td.. kitorang makan dekat petronas hari ni.. tengah makan2 tu, cerita paling femes masa kita kecil2 dulu ditayangkan. apa cita tu?


ya.. itu dia.. mr.bean. haha..

meja sebelah aku, sebuah keluarga, si anak melompat gembira bila ternampaknya mr. bean yang jatuh dari satu cahaya lampu di sekitar britain. aku pun melayan gak la..

episod hari ni pasal yang mr. bean makan daging kt restoran mahal & cerita mengenai dia membeli belah kat pasar raya. yang bawak ikan tu..

aku tergelak2 cam tak pernah tengok lawak mr. bean ni.. padahal dari aku kecil dah disajikan dengan bendalah ni..

aku rasa la, kalau rowan atkinson ni tidak melakonkan watak sebagai mr. bean tu, mesti die pandai giler.. bayangkan sekali tayangan, penonton akan bergelak sambil berkata "bodoh!.. haha". dijangka, isi rumah di malaysia adalah 2.2 juta. tayangan berlansung setiap minggu selama 3 bulan. setiap orang purata akan berkata "bodoh..haha" sebanyak 3 kali setiap episod.. berlangsung lebih 2 dekad yang lepas.. bersamaan 20 tahun. doa dari orang malaysia saja boleh dikira purata = 2.2 juta x 3bulan x 4 minggu x 3 kali bodoh haha x 20 tahun = 1.584 e 9 bodoh telah diterima rowan. tu pon still professor lagi kt oxford. aku rasa otak dia lg genius dari enistein yang famous tak abis2 dengan e=mc square..

jika dilihat, kenapa cerita2 yang lama memberi impak yang besar kepada semua tidak kira generasi, bangsa, hatta agama sekalipun.. tidak lekang dek zaman.. misalnya cerita2 p.ramlee, tom & jerry, dan yang seangkatan dengannya.. cerita2 lawak ini akan menyebabkan orang berkata bodoh haha berulang-ulang kali.. walaupun begitu, ini bermakna yang cerita itu berkesan..

tidak seperti cerita2 sekarang yang akan menyebabkan orang berkata "bodoh siak.. serius bodoh.." kerana jalan ceritanya yang merepek meraban, lakon layar yang picisan, serta penceritaan yang agak menjengkelkan.. impak maksima contohnya, cerita yang paling baru yang paling menyerlah kebodohan nya di mata aku... jiwang tah hapa2, gelabah jalan lurus pun nak drift, time gi keje pun nak drift, dialog2 yang menyampah, dan tah hapa2 lagi.. tu pun boleh nak jual? itulah dia ahmad idham.. aku tak pernah berpuas hati dengan semua cerita hasil arahannya..

cuba nak up macam cerita2 omputih, jepun.. tapi tak kene gaya. kenapa indon, negara yang kurang sikit majunya dari kita boleh menghasilkan cerita, video klip yang betul2 berkualiti.. video klip malaysia lagi satu.. korang penah tengok video klip elyana bertajuk " pakai kanta cinta" ke hapa tah tajuk dia.. memang kelam kabut. ketuk gitar dekat dinding, tetiba keluar salur paip dari lubang yang dah pecah tu, kemudian basah2 konon.. memang hampas..

bila cerita bab video klip, klip2 underground scene memang gempak2.. anak2 muda independent memang kreatif. dengan lagu dan lirik2 yang mereka cipta sendiri, memang mereka menghayati sepenuhnya setiap lagu.. dan menghasilkan sesuatu yang boleh dijual hingga ke britain dan jepun tetapi masih underground.. tak macam artis2 tempatan, glamour datang dari mana, lagu pun nyanyi lagu komposer2 mana, then meletup.. aku pun melayan.. tapi sekejap je la.. abis lagu tu berkumandang kat radio, aku pun akan jarang dengar..

aku bukan nak membebel pasal artis.. apa yang aku nak tekankan kat sini, kita mestilah kreatif dalam apa jua kerja yang nak dibuat.. bukan asyik menadah, tunggu orang lain baru nak gerak.. tu semua useless.. inisiatif sendiri beb. kalau kita asyik menunggu sampai bila pun tak akan maju.. aku mengingatkan dari aku sendiri.. kita semua sebagai pelapis masa depan negara. pasa; Malaysia sekarang dah huru hara. kita la yang akan membetulkan balik semua keadaan... renung-renangkan lah...

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*