Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

kucing beromen

Rabu, 19/03/08
1850H
Depan Umah aku..

hari ni merupakan hari paling penat dalam sejarah hidup aku. aku baru je balik dari Pekan. pergi Vaccumschmelze buat PSM aku. pengangkutan pergi dan balik adalah motosikal kegunaan sendiri. menongkah arus jalanraya yang aku kira agak jauh untuk perjalanan per hari. kematu tungkik aku ni ha.. sengal seluruh tubuh badan. ada bini, boleh la juga suruh urutkan. tak da maknanya.. balik k17, macam biasa, mel la sedang menunggu aku kat rumah tu.. GETI budak ni mengurut. suruh urut tengkuk aku pun fail. lembut macam budak2 susur 4 JB tu.. karang suruh pijak, retak semua tulang temulang aku ni karang.. badan sekeping cam plywood je ni.. orang sibuk derma darah, aku pun sibuk.. tak tau nak buat guna sendiri pun tak cukup.. Lastly, aku batalkan la niat baik aku nak menderma tu.. haha

balik2 sampai rumah tu.. aku lepak2 la depan umah tengok budak main bola.. bob pun ada kat depan ni tengah isi barang dalam kereta dia.. nak balik KL. esok cuti kan.. aku ni je yang tak geti2 nak balik.. tiba-tiba ada sesuatu menarik perhatian aku..


haah.. tu dia.. mengawan pulak korang petang2 yang nyaman ni ye.. buat depan2 mata aku pulak tu.. langsung tak da rasa hormat ni.. aku berlari la masuk dalam ambik kamera mel yang skrin dia da rosak ni. ketik 2 3 gambar.. sambil melihat aksi 'kucing sejoli' ni, bob macam biasa memaki hamun mereka... "@!#^&%* punye kucing!!! nak buat ^@* pegi la jauh2..! @!#U... *@#!... ".. berapa banyak kenyataan kesat yang dikeluarkan oleh bob tidak lah sempat aku mengiranya.aku cuma tersengih melihat gelagat kucing ni..

aku tengok kucing yang atas tu luka teruk satu badan. aku assume yang dia baru lepas gaduh nak rebut kucing betina la ni.. menang2 terus buat ha... no mercy betul.. taknak tunggu malam.. haha.. tak apa, dorang tak da akal... "PAKGAD!! mano ekau sumo poie ni..!! ado maksiat dopan mato den ni ha... poie la tangkap!!"..

macam2 bunyi la yang keluar, sound dia sama2 pegi ngan kata kesat bob tadi la.. mengerang betul aku tengok kucing yang duduk bawah.. tidak dapat aku pastikan yang bawah tu betina ke jantan.. apa aku ni? satu pertanyaan yang bodoh! pendidikan seks tidak di ajar secara formal di sekolah di Malaysia.. aku tak tahu! mana tau kat Perak, PP, Selangor akan ditambah mata pelajaran ini dalam sekolah2 negeri mereka selepas ini.. Wallahualam..

Zina makin berleluasa sekarang ni.. tak mustahil satu hari nanti orang sanggup melakukan benda terkutuk ni di khalayak ramai. seperti perilaku seekor binatang gamaknya. sampai satu ketika, orang boleh berbangga jika mereka sudah melakukannya.. berbangga dengan dosa. Ape bennnda semua ni!! mana pihak bertanggungjawab..?! anak-anak dibiarkan dengan gejala seperti barah menular... ape kejadah nya semua ni..!!

pokok pangkalnya, di manakah sebab musabab berlakunya perkara-perkara sedemikian.. kalau dulu, orang yang pernah 'buat' berasa malu jika didedahkan.. tetapi situasi sekarang sudah berubah.. orang bercerita mengenainya, seperti tiada apa-apa. menggalakkan cabaran demi cabaran untuk terus melakukan. "ala, bro... kita idop zaman moden la bro.. bende2 cam ni common je la.. ko kolot la kalau tak pernah buat benda2 macam ni..".. a'ah.. pala hotak ko berjambul...

kang satu hari jadik cam kucing tadi tu.. tapi tak kesah, kucing tak da akal.. garfield je la aku rasa ada..

nota kaki : aku bercakap bukan kerana tidak puas hati.. sekadar memberi pandangan dan menegur.. aku bukan malaikat.. kok ada terasa, makan la korang cili tu pueh2.. berak batu kang den tak dapek nak nolong..

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*