Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Hari 1st Puasa

Hari ni, puasa seperti tidak terasa..
Bukan lah kerana gua tak puasa..
Tetapi kerana hari ini:

1. Sejuk (Mendung dan Hujan di JB...)
2. Bangun pukul 10.
3. Banyak kerja.

Pagi-pagi, lepas sahur, solat Subuh, kejutkan buah hati bangun pergi kerja (padahal beliau cuti tak kerja pun.. gua kemaluan di situ..), gua tidur semula di katil yang empuk, dengan bantal 3, 4 biji di sekeliling.

Ya Allah, nyaman nya la gua rasa. Dengan kipas bukak satu angin sepoi-sepoi bahasa tamil..
Membuatkan gua seperti berada di dalam perut ibu.. Uwek.. Uwek.. Uwek..
Kentut juga berasa wangi..

Tetapi pukul 1030 pagi kurang lebih, gua teringat yang rim tayar kereta gua dah siap untuk dipasang..

Aduh, terasa berat sungguh gebor ni, tetapi gua gagahkan juga diri sambil menyatakan kepada gebor gua ayat-ayat manis yang gua akan datang semula mendapatkan kehangatan di sebalik nya..
(harap Finas tidak membaca ayat ini dari sudut berlainan kelak akan menyebabkan ianya di potong dari scene)

Gua mandi, siap-siap, start enjin kereta, menuju bengkel..
Rim gua dah siap.. Pasang-pasang.. Pukul 1130 pagi gitu siap..
Gua jumpa sham yang kebosanan, kitorang lincah gerak ke Uda.
Kereta gua nak pergi buat enjin pulak.. Memang merajuk kaw-kaw kereta gua ni..

Nasihat gua kt lu orang, nak beli, beli kereta baru...
Jangan second.. Kerja asyik nak mintak duit je..
Boleh nak beli, tapi check betul-betul..
Jangan beli yang owner lama laki cina.. memang tak sayang kereta.. haruk!

Nak beli, owner lama perempuan.. tu pun nak kena pandai tengok jugak.
Senang cerita beli je la baru..

Drive shaft baru tukar bulan 5 hari tu, ni dah bunyi-bunyi lagi..
Bunyi-bunyi tu semua duit korang tau tak..!

Nasib baik warranty ada 3 bulan lagi, boleh claim balik..
Gua rasa, bengkel cina tempat gua buat tu guna barang reckon..
Lepas tu charge harga baru.. Barua raskol betul..

Tayar dah botak, tukar tayar lagi.. Ai..
Mobil-mobil..

Tu gua tak cerita wiring lagi.. semua benda tak hidup..
Lampu brake, radio.. Sakit hati betul gua..
Wiper punya host pun boleh kena gigit tikus..
Tu pasal gua pancut-pancut air wiper, tak keluar-keluar..
Failed betul la gua rasa..

Tapi tu semua memberikan gua pengalaman.. Banyak gua belajar supaya tak terkena lagi..
Tapi masalahnya, gua dah terkena!! Cett!

Ok, cukup bebelan gua mengenai jentera ringan gua itu..
Sambung aktiviti gua tadi..
On the way tu gua ambik buah hati gua.. Kesian dia sorang-sorang kat rumah cuti-cuti ni..
So, bertiga la gua dengan sham dan beliau. Beliau  membawa CLK beliau..
Power kan..

Lepas hantar kereta kat Ajak untuk di repair, kitorang bergerak ke Giant menggunakan CLK.
Shopping la apa-apa..
Gua nak carik febreez tak jumpa-jumpa.
Mana entah Giant ni sorok.
Iklan punya gempak.. Nak jugak sembur dalam kereta..

Kami patah balik ke rumah Ajak untuk repair enjin tu..
Tunggu enjin sejuk je sebenarnya tadi..
So, Ajak mengajar cara-cara menbuka enjin untuk direpair..

Sepanjang proses pengajaran, satu je ayat Ajak
"ha, ini la dia engineer.. tau teori je, lepas tu suruh technician je buat kerja.."
Memang pun.. Haha..
Siap dalam pukul 6 petang.

Siap enjin, hantar kereta gua pergi rumah Awie pulak.
Bikin spring dengan wiring.
Memang rushing gua nak betulkan semua-semua..
Minggu depan dah start kerja, takut tak sempat nak siapkan before raya.
So, kereta gua siap esok.

Rushing pergi Bazar Ramadhan..
Beli menu wajib karipap, roti jala, ayam golek.

Kami semua buka puasa di rumah gua yang agak-agak comel.
Mee soto mak masak yang paling sedap!!

So, hari yang full. tepat sampai rumah, azan berkumandang.
Tak rasa sangat puasa hari ni.. Best, best..

Sekian..

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*