Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

2 Syawal 1430

Adoi.. Mesik dalam mood raya ke korang-korang sume ni.. Gua pun takda cerit-cerit menarik nak kongsi selain hari raya. So, gua tulis je la..

Raya kedua gua balik kampung belah ayah gua kat Rengit, Batu Pahat. Gua rasa perlu jugak gua beli kereta secepat mungkin setelah gua terasa kematu giler buntut gua ni duduk kat belakang 4 orang dalam teksi ayah gua ni. Haha.

Kitorang sampai dalam pukul 12 tengah hari gitu. Pak Uda dengan Mak Uda dan anak-beranak beliau dah sampai kat umah atuk gua ni. Dari raya pertama kot. Mak aku cakap la, along rindu dah lama tak jumpa gua dengan adik gua ni. Last masa dia kahwin hari tu la. Lama dah. Anak dah satu dah. Umur 5 tahun kot sekarang ni.

Sampai-sampai je dah ada tetamu datang kat rumah atok gua ni. Lepas tu dan lepas tu dan lepas tu lagi, tak putus kot orang berkunjung. Gua layan tidur je pasal dah penat la konon-konon nya.

Petang tu gua plan nak pergi rumah kawan gua a.k.a cikgu memandu gua kat Rengit ni jugak. Tunggu si Jawe dengan Cekcat ambik gua kat rumah atuk gua ni. Ada baraan kat umah dia. Tu yang jemput member-member tu.

Tapi yang best nya, budak 2 eko ni ambik gua pukul 6.30 petang. Sampai rumah nya dekat pukul 7. Layan... Open house nya sampai malam even baraan dah buat pukul 2 petang, tapi pukul 7 jugak kitorang datang. Memang terbaik perangai. Lantak la, redah je.. Pasal nak kejarkan gua yang kena pergi beraya rumah makcik gua kat Simpang Renggam malam tu jugak dan kena balik JB esok paginya. Rushing siak raya.

Balik dari rumah cikgu gua tu, gua terus siap-siap nak pergi rumah makcik gua pulak. Tumpang sepupu gua. Macam-macm la kot kitorang bercerita dalam perjalanan tu. Dah setahun tak jumpa. Memang rapat gua sejak kecik dengan dia ni. Panggil Angah je. Adik si Along tadi tu.

Dah tunang sepupu gua ni. Awal tahun depan atau akhir tahun ni plan nak kahwin. Tunggu adik dia balik dari Sabah. Tunang dia umur 18 tahun. Budak baru lepas SPM. Dia umur dah 25. Sedang elok la tu.. Gua pun kena carik fresh-fresh jugak la ni gamaknya. Haha. Ah, tak plan pun lagi semua benda-benda ni. Macam fish je..

Sampai rumah makcik gua, kitang terus melantak. Dah lapar giler..

Gambar sekitar..


aktiviti mencekik



maroon team


Ayah dengan mak tak support maroon team

Nota kuku: Yang tak best nya tahun ni, atok gua dah sakit-sakit. Perangai pun dah semakin kebudak-budakan. Senang sangat touching. Orang dah makin berumur kan. Lagi satu Pak Ngah gua. Tak sudah-sudah dengan pe'el mengarut. Malas gua nak cerita.

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*