Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

090909. Tragedi menyayat hati.

Gua sedang membawa motor pada petang tersebut. Menuju ke satu destinasi. Rumah. Menyelusuri jalan biasa gua balik kerja. Harap dapat sampai rumah seberapa segera untuk merehatkan badan yang kepenatan bekerja satu hari ni.

Tengah gua syok bawak motor, gua pandang side mirror belakang. Lori yang agak besar berada di belakang gua. Gua terasa cuak seketika. Pasal gua hanya membawa motor. So, gua ambik keputusan untuk berada betul di sebelah kiri jalan untuk memberi laluan lori tersebut memotong.

Tapi sangkaan gua nyata meleset. Apa yang diharapkan tidak kesampaian. Apa yang gua pasti, dari kedua-dua belah side mirror gua, lori tersebut juga semakin ke kiri. Makan jalan pejalan kaki! Oh, fish apa semua ni!

Gua dalam kelam kabut tu, gua pecut motor gua sekuat hati untuk menjauhkan diri dari lori gila ikan tersebut. Gua taknak kena sondol dari belakang tak pasal-pasal petang ni. Cukuplah 3 kali gua eksiden tahun ini sahaja.

Mentang-mentang dia lori, enjin dia besar gedabak, dia masih ada kat belakang gua. Gua hanya dapat menjarakkan diri hanya sekangkang anak kera sahaja. Apa kena dengan lori ni?

Gua pulas jugak. Gua ingat kat depan ni ada traffic light, gua nak cilok abis kat situ. Kalau dia tak cukup gila, dia akan berhenti tatkala lampu merah dan gua akan melarikan dari lori gila itu.

Peluang terbaik muncul, lampu betul-betul tengah kuning masa gua agak-agak boleh lepas tu. Sampai turn dia mesti merah, kena berhenti punya. Jalan pun ada agak-agak sesak jugak kat traffic light ni. Gua akan redah lampu kuning ala-ala lampu merah ni.

Gua dah lepas, lori tu dah berada agak jauh, mungkin nak berhenti kat traffic light tu. Gua dah agak lega. Gua cuma pandang dekat side mirror je.

Tak semena-mena, apa yang gua nampak, si bodoh lori ni pecut tak pasal-pasal nak lepas dari traffic light tu.Otak dia! Ni apa punya tebiat petang ni. Gila. Sah gila!

Gua pecut balik, sambil menjeling kat side mirror. Bila nak sampai rumah ni.. tolonglahh..

SRRETTTTT....!!!! BAMMMM!!!

Ah, sudah..

Ada satu motor keluar dari simpang jalan masa lori tersebut tengah langgar lampu merah. Lori tu bawak batu. Time dia cilok, beberapa serpihan batu jatuh dari lori si bodoh ni, mengenai motor tadi. Motor tersebut terbabas ke jalan bertentangan dan dirempuh oleh lori lain dari arah hadapan.

Gua tekedu, terkamjat mendengar bunyi dan melihat kejadian tersebut. Berlaku di hadapan mata meskipun tak live (tengok dari side mirror je). Gua berhenti kat tepi jalan. Lori yang gila tadi tu pun dah tersadai kat tepi jalan gua tengok.

Apa masalah lori tu agaknya. Tak pasal-pasal orang tak bersalah jadi mangsa petang ni. Tak, masalahnya kenapa dia sungguh-sungguh kejar gua tadi. Gua ada buat salah ke?

Gua tak puas hati. Gua pusing balik nak tengok tempat kejadian. Siapa kena langgar, siapa melanggar dan siapa punca. Yang penting siapa orang gila yang bawak lori batu tu.

Hati gua berdebar bila nak dekat dengan tempat kejadian tu. Dari jauh gua nampak pemandu lori yang langgar memegang kepala mengeluh-ngeluh sambil melihat di hadapan lori beliau. Seorang india. Lori ais.

Gua semakin dekat dengan tempat tersebut. MasyaAllah, 2 mayat dipenuhi dengan darah terbaring di hadapan lori tersebut. Di hadapan sebuah kilang. Motor dah tak serupa motor. Renyuk habis. Barangkali dia membawa pembonceng di belakangnya.

Gua tak sanggup melihat lebih lama. Malah tak perasan pun orang macam mana yang kena langgar tu. Dah takde rupa. Apa yang gua perasan satu dari mayat tersebut, terlipat badannya.

Ngeri memang ngeri. Sadis memang sadis.

Pintu driver lori batu terbuka luas. Tiada orang di dalam. Cis, dah lari..

Gua lalu balik jalan tadi hingga ke traffic light. Untung-untung jumpa orang gila ni tengah terhencut-hencut larikan diri, gua nak sepak tak kira apa orang nak kata sebelum uruskan yang lain-lain.

Gua nampak.. gua nampak...!! Pandai lu nak lari setelah buat satu benda paling tak berperikemanusiaan malah kemenatangan pun di hadapan mata gua tadi.. Dah dekat, tak perasan gua eh.. Gua hulur kaki.. Ready nak sepak....!!

"Jai.... bangun jai... dah pukul lapan ni.. Siap-siap pergi terawih jom. Isya' dah awal ni.." Roomate gua mengejutkan gua dari tidur.

Gua tersedar dari tidur gua maghrib tu. Gua tak sedar yang gua dah tertidur lepas solat maghrib tadi.

Gua siap-siap. Nak pergi terawih..

PS: Hehe.. jangan marah ye kawan-kawan. Itu cuma mimpi. Tidak berlaku sama sekali pada tarikh tersebut. Harap kita tak jumpa la situasi macam tu tadi. Even dalam mimpi, gua dah cuak babas dah. Apetah lagi berlaku depan mata. MasyaAllah. Sama-sama la kita berdoa semoga dijauhkan. InsyaAllah..

7 cakaran:

m U c h ! k September 10, 2009 at 10:42 AM  

ceh.mimpi upenye.baru semngat nk tau ko sepak ke x drebar tu

Waq D. Jai September 10, 2009 at 7:08 PM  

itu name nye suspender.. haha. wey apehal tibe2 blog aku ni ramai giler visitor. semalam las aku tgk baru 166. skng dah 11k. ko klik byk2 ke darlene?

m U c h ! k September 11, 2009 at 11:22 AM  

x pon.aku klik sekali je. ah ko pecaye sgt la menatang tu

Unknown September 12, 2009 at 10:08 PM  

bley x rase nak bg penampar pas bc entri ko ni?

Waq D. Jai September 14, 2009 at 11:03 PM  

haha.. silekan.. kang raye jgn lupe mntak maap. guna la kesempatan yg ade ni..

Unknown September 16, 2009 at 12:43 AM  

alhamdulillah..mkn knl mkn baek gk ko neh eh..hahaha

Waq D. Jai September 19, 2009 at 12:47 PM  

haha.. tu ko tgh kipas aku ke ape tu.. xkenal maka xcinta ye x.. cewahhhh

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*