Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

1 Syawal 1430

Salam..

Selamat bersua kembali kita dalam entri baru gua kali ni. So, hari ni dah masuk raya ke-3. Hari yang gua rasa raya gua tahun ni dah habis. Pasal lusa gua dah kerja. Buhsan...~~

Malam raya, gua dah ada kat kampung sebelah mak gua kat Felda Ulu Tebrau. Buat persiapan, masak-masak semua. Sampai-sampai je, Cik Jenal sekeluarga dengan Pak Hitam gua tengah sibuk kemas rumah. Vacuum la apa sume. Diorang je yang ada, baru sampai kat kampung, rumah arwah atok gua ni.

Pagi-pagi raya, gua siap-siap, dalam pukul 8 pagi, pergi solat sunat Aidilfitri. Habis khutbah raya, gua terus pergi kubur arwah dua-dua atok gua.

Bersihkan kubur, sedekahkan apa-apa yang patut dekat arwah, tu rutin yang gua buat setiap pagi raya dengan Cik Jenal. Gua ingat lagi atok gua yang laki meninggal sehari sebelum hari jadi gua ke 16. Atok perempuan gua setahun lepas tu. Di nesan tertulis:

Ahmad Bin Sujan
17 September 2002

Punah Binti Suratman
17 Oktober 2003

Semoga Rohnya dicucuri rahmat

So, hari raya pertama tempoh hari genap la atok laki gua 7 tahun 3 hari. Tarikh dua-dua arwah meninggal sama. Cuma berbeza bulan dan tahun je. Al-Fatihah..

Lepas tu, kitorang terus balik rumah arwah atok. Dalam kepala gua dah terbayang ketupat, lodeh, rendang, ayam sambal, kuah kacang semua. perggghh, seronok dapat makan siang-siang hari ni.

Balik kampung tahun ni, gua rasa makin tua pulak. Ye la, dah ada anak saudara. Walaupun anak sepupu gua je pun tu. Haha.

Sepupu gua yang kecik ada sorang asyik menempek je dengan gua. Natasya Zuhaili nama dia. Panggil Caca je. Anak paling kecik Cik Jenal gua. Ni gambar dia:



 Comel tak saya awak2 semua?


Umur baru 5 tahun kot, tapi paling suka ambik gamba. Bukan ambik gamba dia, tapi dia ambik gamba orang lain. Habis gua punye hanpon jadi bahan eksperimen budak ni. "Bang.. bang.. pinjam kamera.." (baca dengan nada pelat ye..).. Dah habis guna.. "Bang... bang.. tengok gamba ca amik.." Tapi besnya, gamba-gamba dia ambik banyak jugak cun-cun. Gua rasa dia ada bakat jadi photograper satu hari nanti.

Raya pertama gua berlalu begitu sahaja. Takda pergi ke mana-mana. Tak meriah dah macam dulu-dulu.

Gambar sekitar


Ifthar jamaie last tahun ni.



Sek main mercun celah pokok


Gua pakai heels ke hape ni?



Dari kiri: Caca, Ya (anak sedara Caca)


Salah satu gamba yang Ca amik


Geng makcik-makcik melepak


Lepak luar pulak ramai-ramai


 kosong

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*