Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Episod 1 : Tunduk, salam

Huii. Gua rasa gua kena delete entri tadi. Kenapa tak pasal-pasal gua boleh feeling-feeling pulak balik2 kerja hari ni. Boleh pulak teringat-ingat kisah-kisah lama, kisah-kisah manis masa-masa dulu. Adeyy. Fish la gua ni. So, gua dengan tak sengaja sudah mendelete entri jiwang karat tadi tu. Minded tuka beb, tuka segera waqjai.. Gua ni dah kena sumpah ke dah termakan janji ke hapa tah ni. Dah-dah..

Takda yang menarik hari ni. Tempat kerja pun bosan. Gua mengular je satu hari ni. Sssss..s..ss... Budak-budak ni pergi sub-con boleh tertinggal gua pulak. Nombor hp gua pulak takda masing-masing. Esok-esok ada lagi.

Gua kerja kat sini, terdedah banyak betul dengan budaya-budaya dan unsur-unsur Jepun. Tadi masa gua tengah rehat kat taman (tu yang kena tinggal tu.. hehe) nak landing tidur macam biasa pukul satu, kerusi sebelah gua ada 2 orang Jepun tengah berbual. Gua nak tidur pun rasa macam gua tidur depan tv tengah tayang cerita gokusen. Haha.

So, mamat Jepun 2 ekor ni dah nak blah, apa yang gua dapat perhati, kedua-duanya menundukkan kepala sebelum berpaling pergi meninggal. Heh. bukan meninggal dunia, meninggalkan syarikat gua ni. Fuhh, suspek! sampai kat sini diorang amalkan budaya diorang kat sana kan. Tabik beb!

Apakah kita kuat mengamalkan budaya kita sampai sekarang ni? Itu persoalan gua. Kat mana kita berada. Negeri sendiri mahupun luar negara.

Senang la, bagi satu benda je, bersalaman. Itu la adat kita paling biasa sekali. Kalau korang perasan makin kurang kan adat ni berlangsung. Adat yang diamalkan bila lama tak jumpa, baru berkenalan, lepas solat tak pun nak menikah anak dara orang. Tu je. Selagi mana bukan benda-benda tersebut, selagi mana kita jumpa hari-hari, kita tak buat pun.

Gua perasan sejak masuk tempat baru ni. Salam masa mula-mula jumpa, masa berkenalan je. Hari-hari lepas tu, pagi-pagi masuk kerja, petang-petang kuar kerja, takda maknanya.Lu nak blah, lu blah. Lu nak datang, lu datang, lu punya pasal.

Gua terkejut sangat kenapa? Pasal tempat kerja yang lama, itu lah amalan kitorang semua. Ada 20 orang staff, 50-50 salam masa datang atau balik kerja. Even datang nak solat kat surau, salam jemaah yang tengah pakai stokin, tengah lepak, tengah bukak stokin. Memang mesra la persekitaran tu. Semua ringan tangan.

Maybe pasal company tu majoritinya melayu. Masuk sini, masyarakatnya bercampur. 1Malaysia. Kunun. Cina dengan Melayu sama ramai, di celah-celah itu terdapat juga Jepun-jepun di setiap department. So, macam masing-masing jaga ego, culture shock, malu amalkan budaya atau apa, gua tak tau.

Seminggu gua masuk kerja, sampai tempat kerja nak salam, usha paiseeyy kat aku. Fish!

Jumpa di episod kedua esok kes-kes kontroversi di tempat kerja waqjai. Haha

Tsu zu ku..

[Preview Episod 2 : Solat? Wakaka! ]

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*