Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Salam Aidilfitri 1431!!!

Waaaa..!!! Raya, raya, raya!!

Tak pasal-pasal dah raya ye tak.. Hari ni masuk hari ke-3 Hari Raya.
Gua pun dah menjejakkan kaki semula ke bumi JB yang terchenta setelah menghabiskan 2 Hari Raya bersama keluarga di kampung.

Kemeriahan terasa la tahun ni. Atuk dah ada cicit, mak ayah gua dah jadi atok saudara, gua dah ada anak saudara.
Waaa, semakin tua gua rupanya.. Gua ingat gua boleh la ngecek-ngecek duit raya lagi bila buat-buat muka comel macam mapei, tapi naaahhh~ jangan harap.
Tapi malam tadi ayah bagi duit raya. Ayah memang beshhh!!

Sepupu-sepapat gua semua pun dah besar-besar.
Macam-macam kerenah la..

Baru gua lihat yang keluarga gua dah bertambah besar.
Macam cerita Home Alone.
Habis ruang tamu penuh bila tidur malam.
Gua bawak Toto dari rumah tu bai sebab tak cukup tilam.

Tahun ni tema Ungu, tahun depan biru cair pulak ye.. xD

Dan satu yang best, tradisi keluarga gua masih bersambung.
Iaitu, warisan Sekolah Teknik Johor Bahru.

Tahun ni, rupanya ada seorang lagi sepupu gua bersekolah disitu, Farah anak Mak Anjang
Meneruskan tradisi bertahun-tahun.

Bangga la jugak gua jadi yang pertama tahun 2003 dulu.
Then diikuti oleh adik gua, Zaimah ambik akaun kat situ.
Then Adib, ambik sama macam gua mekanikal (Tahun lepas dapat 7A, tapi still nangis-nangis pasal tak dapat 10A. Sekarang kat Tahun Asasi UM)
Then sekarang Farah, ambik Elektrik.

Kalau cikgu besar tahu susur galur keluarga gua mengalir kat sekolah tu, mau dapat pingat ni..
Haha.

Bercerita mangenai raya, gua rasa tahun ni spesial sikit.
Dah ada seseorang pertama kalinya sewaktu Hari Raya.
Bunga Api di Hatiku la orang kata..
Auuummm...~

Best la kan rasa dapat buka sama-sama, sahur sama-sama, shopping sama-sama..
Walaupun shopping tak beli apa-apa sangat pun, tapi habiskan masa bersama-sama tu yang bermakna bagi gua tu..
Dalam analisis budak lahir bulan 9 pun memang cakap, tersangat suka melakukan aktiviti bersama pasangan.
=p

Tahun ni gua berpuasa dengan berkerjaya.
So, rasa la dibelanja oleh contractor-contractor makan buffet sedap-sedap untuk buka puasa.
Nak tunggu sendiri pergi, hampeh.
Bukan lah rasuah, tetapi sekadar berbuat baik pada bulan ramadhan.

Tapi bercerita pasal rasuah, ni yang best gua nak cerita ni..
Kejadian berlaku pada 2 hari menjelang Hari Raya.

Sewaktu rushing nak ke majlis berbuka bersama rakan-rakan kamcing.
Macam biasa, kena tahan, duit kopi..

Cara! Melayang duit gua nak pergi shopping malam karang.
Nak mencarut lebih-lebih, gua dah berhenti carut-carut ni.
Nak-nak di bulan mulia ni.
Sorry Tam, lu pun terlibat sama.. =S

Hari terakhir puasa, gua masih bekerja.
Standby pasal gua je pegawai baru.
Pegawai-pegwai otai dah cuti dah.
Siyut kena buli.. Isnin dah start kerja pulak tu.
Tapi gua tak kisah.

Pagi tu family gua dah bertolak balik kampung.
Dan gua bertolak selepas balik kerja pukul 6 petang.
Gilek ah, memang rasa nak raya betul balik malam raya.

Gua balik bersama-sama buah hati gua.
Heeeeee....... Suka, girang gembira.
Gua hantar dia balik kampung.

Tapi ada cerita horror di sebalik malam tu.
Nak tau, kita tunggu post seterusnya nanti.
Meremang jugak bulu roma gua ni.
Dan-dan je setan lepas. Kurang belacan punya setan.

Sampai je kat kampung beliau, dah dekat pukul 12 malam.
Family beliau masih menunggu dengan sabar.
Kat atas meja dah terhidang ketupat, kari ayam, sambal kacang, sayur lodeh..

pErggghhhh!! memang besh.. makan banyak, banyak, banyak..
Gua la jadi orang 1st beraya kat rumah dia Hari Raya ni.
Pukul 12 malam. Cara!

Dah siap makan, gua teruskan perjalanan gua ke Batu Pahat.
Sampai dalam pukul 3 pagi gitu.
Then tidur~~ Krroohhh! Krooohhh!

Pagi, mandi sunat Aidilfitri, Solat Aidilfitri, makan lagi..
Then pergi beraya.

Paling best bila pergi rumah Atok Uda.
Nah! Hambik ko.
Sekali 3 keluarga clash jumpa kat rumah dia.

Keluarga besar Kitorang,
Keluarga besar Atok Busu,
Keluarga besar Atok Chik,
Keluarga besar Atok Ngah,
+Keluarga besar Atok uda la kan

Tengok la gambar bawah

Ni tak tengok dekat luar, kat atas rumah lagi.. 
Dah macam rumah terbuka PM

Lastly, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada Kalian semua!!!
Have a good 1 ok!!
Jom nyanyi lagu raya Yuna

Oh Yeah Raya!! =)))

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*