Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

finally, batu itu sudah pecah..

aku baru sahaja sekembalinya dari perjumpaan fakulti aku. Fakulti Kejuruteraan Mekanikal. kalau dulu, sem-sem yang lepas, berat je aku nak pergi perjumpaan ni, tapi yang sem ni berkobar-kobar pulak aku. selalu datang nak makan free je. ni datang dengan motif.

lepas satu-satu ucapan disampaikan kat depan. naik letih aku menunggu. nasib hp aku ni tak sunyi sangat. ada peneman. benda aku tunggu-tunggu tak jugak sampai. apa aje membebel kat depan tu.

jam dah menunjukkan 2230Hr, akhirnya sampai jugak acara-acara yang aku nantikan.

"sekarang, tibalah masanya untuk kita meneruskan acara kita pada malam ini dengan penyampaian anugerah dekan bla..bla..bla.."

Ya.. itu dia. 1st time dalam hidup aku dapat 3pointer. pastu ter'dapat' pulak dekan. mana tak excitednya beb. tak sabar jugak la nak naik pentas. tapi takleh kondifen sangat. belum naik lagi ni. dibuatnya aku jatuh masa nak naik pentas ambik sijil tu ke nanti. kempunan aku..

penyampaian anugerah bermula dengan pelajar-pelajar dekan dari kursus ijazah sarjana muda kejuruteraan mekanikan dan kejuruteraan automotif. belum tiba masanya lagi kursus aku. aku menunggu penuh sabar sambil mendengar semua nama-nama yang dipanggil. ada di kalangan mereka adalah kawan-kawan aku. tiba-tiba pulak cuak.


"Seterusnya, bagi kursus Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal dengan Kejuruteraan Pembuatan, dipersilakan..... "

"Mohd Zaini Bin Jamak..."

eh! apasal nama aku pulak 1st ni. aku dah gelabah. malu pulak tiba-tiba. aku cam terlambat sikit.dah la duduk sit belakang-belakang. langsung MC cakap "sila ya, anda amat dialukan untuk naik bagi menerima anugerah ini"

aku naik jugak akhirnya, bersalam dengan semua lecturer yang ada

En. Zakri : Wah..! ini dia..
Engnr Ruzaimi (timbalan dekan baru) : Tahniah.. tapi rambut awak panjang lah.. (sambil bersalaman)
Pn. Azlyna : Congratulation! (muka excited)

person last aku salam, En azzizudin merangkap PA aku.

"hari tu heat transfer awak dapat berapa?"
"hmm.. 3.33 kot.. tak ingat la saya.."
"hmm.. ok la.." (sambil buat muka)

heh. mesti beliau rasa kecewa budak dapat dekan tapi tak score subjek dia. tapi aku amat berterima kasih kat beliau. pengajaran beliau sangat berkesan. kalau tak, memang hancur heat aku macam thermo dengan fluid. takda de dapat nak ajar-ajar orang lain heat. tp di bawah pengajaran beliau, dapat aku berkongsi ilmu beliau tersebut dengan beliau yang lain. teringat lagi dengan October Sky di akhir kelas beliau. sempoi.

dapat jugak aku akhirnya naik ke pentas menerima anugerah tersebut setelah cita-cita tersebut di tanam dari tahun satu lagi. last sem kat sini jugak termakbul. cita-cita punya lama, tapi yela, dulu mana ada semangat, pemangkin ni semua. kerja nak main je. main pun main-main.

tapi meskipun aku dapat anugerah dekan sem ni, pointer aku keseluruhan masih jauh dari 3.00. itu lah. banyak sangat main-main, tak fikir masa depan tu semua. baru sekarang. dah terhantuk baru terngadah. kalau dapat 4 pointer pun sem ni, masih tak dapat aku mencecah nombor 3 itu.

adakah aku perlu extend sem. hmm..

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*