Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

UUM : Sebuah pengorbanan

Tanggal 29 Jun 2008, maka bergelarlah adik aku secara rasminya sebagai seorang mahasiswa di UUM. Setelah pelbagai persediaan dilakukan sebelum menjelangnya hari pendaftaran, kami memulakan perjalanan yang jauh dari hujung selatan ke hujung utara merentasi semenanjung Malaysia untuk ke kampus UUM. aku, akak (adik aku yang masuk u ni la), mak dan ajai (usu) menaiki bas ke sana.

Terlihat di situ, di perut bas yang sama, beberapa lagi keluarga menuju destinasi yang sama, semata untuk menghantar ahli keluarga mereka menjejakkan kaki ke universiti, sama seperti kami.

Perjalanan mengambil masa selama lebih kurang 11 jam untuk sampai ke changlun dan diteruskan menaiki teksi selama lebih kurang 15 minit untuk sampai ke kampus UUM di Sintok.

Selepas selesai akak mendaftar pada jam 10.30 pagi, kami menuju ke bilik asrama untuk ‘check in’ dan mengemas barang – barang yang berlambak banyaknya. 1 bilik 2 penghuni. Bilik yang agak tersusun dan kemas.

Selesai mengemas, kami Turun untuk mencari café terdekat yang agak jauh dengan asrama tersebut. Terpaksalah juga berjalan kerana perut sudah bermain biola. Café yang terletak di tengah pusat – pusat kompleks UUM seperti dalam cerita sindarella suasananya. Kompleks yang hebat. Macam – macam kedai ada. Semua keperluan pelajar boleh didapati.

Kini tiba masa untuk pulang. Kami menunggu bas di bus stop berhampiran untuk ke alor star. Macam biasa, bila nak balik, mesti la banyak scene –scene sedih disitu. Siapa tak sedih untuk tinggalkan anak yang dah dianggap seperi kawan baik di rumah. Ditinggalkan di bumi asing, yang sangat jauh dengan keluarganya. Lambaian mak kepada akak saat tu sangat berat aku rasa. Walaupun akak dah hilang dari pandangan mata, air mata jernih dari mata seorang ibu masih lagi mengalir. Tak mampu untuk aku menenangkannya. Aku biarkan begitu.

Banyak kepayahan yang mak lalui untuk menghantar seorang lagi anaknya masuk ke universiti.Usah dicerita pengorbanannya sejak kami masih kecil, cukuplah pengorbanan sepanjang satu minggu hari pendaftaran ni. Sudah begitu besar. Semua kepayahan selepas itu tidak diceritakan kepada akak. Biar kami tanggung semua.

Tatkala semua sudah selamat, aku lihat seraut wajah kepenatan sedang lena nyenyak dalam perjalanan pulang itu. Dalam kesejukan bas, mak masih tidak menghiraukan dirinya. Diselimuti nya tubuh ajai dengan baju sejuknya sedang mak menahan kesejukan. Aku selimutkan diri mak dengan sweater yang aku ada. Di kakinya terdapat sebuah bag berisi ole – ole untuk achik, abby dan ayah di rumah. Walaupun letih, masih sanggup mak berjalan untuk membeli ole – ole untuk dibawa pulang. Tidak lupa kepada anak – anaknya yang lain.

Aku hanya menjalankan tugas sebaiknya menjaga mak dan ajai seperti yang diamanahkan ayah sepanjang perjalanan itu. Kerana aku tidak mahu kejadian lalu berulang. Kejadian yang hampir meragut nyawa orang – orang yang aku sayang. Yang menyebabkan hilang semua ego aku untuk menitiskan air mata. Ketika aku berada di tempat akak sekarang ni. Namun aku rasa masih kecil untuk dibandingkan dengan pengorbanan mak. Membuatkan tekad untuk aku membantu keluarga terus segar dalam akal fikiran aku ni.

Terima kasih mak...

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*