Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Minggu yang busy body

Salam.

Last week gua agak ke'bz'an disitu dengan kerja-kerja yang berlambak sehingga ke tahap maksima.
OT tiap-tiap hari, pulun.
Balik kerja penat, tidur terus tak banyak bunyik.

Tapi ke'bz'an gua memuncak pada hari jumaat di mana hari tersebut juga lah gua ada satu interview dekat UTM.

Memang banyak sungguh dugaan. Planning untuk gua cabut lepas jumaat terus tak masuk kerja (cabut kerja kejap), tak menjadi. Lepas jumaat, gua kena masuk opis balik. Pasal member gua boleh nak ikut pergi interview sekali. Konon-konon nak buat exit permit untuk gua, tapi yang bangang nya, dia kena siapkan kerja time tu. Takpa, gua sabar je tunggu. Jam dah pukul 2.30 petang.

Tengok muka gua tercongok ada kat opis tu, membuatkan bos gua menambah kerja kepada gua yang dah siap semua kerja untuk hari tu. Memang damn giler gua rasa.

Jam dah tunjuk pukul 3.30 petang, interview pukul 2.30 petang. Memang hampeh.

Bos gua bagi kerja pasal dia nak keluar pergi plant lagi satu dan suruh gua handle benda-benda kat sini. Tapi sejurus selepas bos gua keluar, gua dengan tak tahan nya, dengan kelam kabut, tinggalkan member gua yang memang tak mungkin siap kerja dia sampai ke sudah, gua terus memblahkan diri menggunakan hikmat bayangan seribu ke UTM.

Memang kelam kabut. Balik tak mandi, salin baju kemeja, tie siap, terus shoot pergi UTM. Sampai sana diorang cakap interview session dah nak habis.

Hampa. Gua terasa desperado. Cuba cari idea. Gua cakap gua baru dapat tahu pasal interview tu tadi. Dan gua dari rumah pasir gudang. Dorang tercengang dan kesian pasal jauh. Then, dorang interview jugak gua.

Soalan memang giler susah. Gua jawap yang termampu.

Balik tu memang fikir tak pass punya. Tapi positif je la mana tahu ada rezeki.

Hari ni gua telefon, confirmkan result.

"Once again, what is your name?"
"Mohd Zaini Bin Jamak"
"Pardon?"
"Mohd Zaini Jamak.."
"Oohh, Zaini..!"
"Yes, yes"
"Ok,ok! You confirm..!"

Alhamdulillah.. Rezeki Allah..

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*