Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Akhirnya, aku bergelar Graduan!!

Salam..

Syukur!! Syukur!! Syukur!!

Berlalu sudah 04 Oktober 2009, di mana hari penuh bersejarah aku yang akhirnya bergelar graduan lepasan universiti. Syukur tak terhingga aku panjatkan ke hadrat Illahi kerna dengan kurniaNya, aku dapat menggenggam segulung kertas bernama Ijazah.

Terima kasih aku ucapkan kepada Mak dan Ayah yang bersusah payah menyekolahkan aku dari kecik sampai la ke tahap sekarang ni. Impian mereka untuk melihat anak mereka mengambil ijazah tercapai jua.

Kepada seluruh family aku jugak aku ucapkan terima kasih. Terkilan jugak adik aku tak dapat datang majlis aku disebabkan dia ada persembahan dekat majlis konvo U dia.

Tahniah kepada semua rakan-rakan seperjuangan dari FKM terutamanya, FKKSA (Kapek sekelas), FKASA (Tun tong-san sekelas), FKEE, dan FKKP. Terima kasih memberi kan kenangan-kenangan indah zaman U aku ni.

Walaupun event cuma 2 hari, tapi 4 hari yang aku spent kat sana sangat bermakna dan bernilai bagi aku. Bersama kawan-kawan, mencipta satu lagi kenangan manis sebelum masing-masing teruskan hidup lepas ni.

Bermula dari perjalanan dari JB bersama en. aliff, en. dugong, dan en. tuntong, sehinggalah perjalanan pulang balik ke JB bersama ahli yang sama (kecuali tun tong yang balik bersama family, digantikan tempatnya oleh en. jawe), tak lekang dari satu pun perkara-perkara menarik yang kitorang jalankan.

Pada hari kejadian, perasaan tak sabar dan excited dapat aku rasa menyelubungi semua yang akan naik ke pentas untuk menerima scroll tu. Dari pagi bersiap sejak pukul 645 pagi sehinggalah majlis tamat, senyuman tetap terukir di wajah semua graduan. Walaupun penat memakai jubah yang giler berat tu.

(akan aku cerita kan details perjalanan majlis pada entri seterusnya)

Alhamdulillah. Selesai sudah semuanya dengan selamat.

Gambar-gambar pun sudah di upload dengan selamatnya. q=)

Tahniah semua!!! Terima kasih semua!!!

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*