Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

Perpisahan Terakhir

Pagi ini aku bangun dari tidur lebih kurang pukul 10 pagi. Tengok sekeliling, bersepah betul bilik aku ni.

So, aku plan nak kemas bilik ni mana-mana yang patut, basuh kain baju, basuh motor aku yang dah berkarat tu. Mengisi hari-hari bosan hari ahad ni.

Siap tu semua, aku menghadap notebook aku ni, online ooVoo.

Kawan aku online ooVoo hari ni. Shout out dia macam sedih sangat. Aku terasa tak sedap hati. Pasal aku memang rasa tak sedap hati dari pagi tadi lagi. Tu yang aku membasuh mengemas menghilangkan perasaan tu. Memang aku selalu macam tu.

Aku roger kawan aku ni. Senyap. Sedih sangat barangkali. Aku taip la ayat-ayat yang maybe boleh senangkan hati kawan aku ni sikit.

Tak lama lepas tu dia reply balik. Aku tanya kenapa..

Terkejut bila dia bagi tau atuk dia meninggal pagi tadi. Dia agak sedih, tapi bila aku tanya, dia cakap ok. Tapi kita tak tau apa yang sebenarnya dia rasa kan. Dia tak dapat balik tengok atuk dia dikebumikan pasal banyak kerja untuk di selesaikan minggu itu.

Mesti sangat sedih. Seorang ahli keluarga yang amat disayangi pergi menyahut seruan Illahi tetapi tak dapat menatap wajahnya untuk kali terakhir. Hilangnya seri selepas ini dengan suasana keriuhan di kampung bersama atuk sebagai pelengkap keluarga.

Dia ni kawan aku yang rapat , entah macam mana aku pun rasa sedih. Maybe pasal aku pernah lalui. Masa arwah nenek aku meniggal, aku tak dapat tengok dia kali terakhir sebelum dikebumikan. Aku sedekahkan terus Al-Fatihah untuk arwah atuk dia.

Aku teringat lagi bila arwah atuk meninggal 7 tahun yang lepas. Kitorang satu keluarga balik serta merta setelah mendapat berita malam tu. Mak sangat terkejut.

Sesampainya di kampung, mak menangis teresak-esak dengan adik beradiknya yang lain. Aku cuba tenangkan mak, tapi tangisan tu tetap ada. Yang aku cuma boleh buat, temankan jasad kaku atuk dengan bacaan yassin malam tu sebelum di kebumikan sebelum zohor. Hingga aku terlena disisi jasad arwah atuk.

Begitu lah kan kehidupan kitaran hidup seorang manusia. Di lahirkan ke dunia di sambut dengan azan, dan perginya ke Rahmatullah dengan iringan talkin.

Datang ke dunia berseorangan, di sambut keluarga, membesar dengan rakan-rakan, menemui jodoh, dikurniakan anak-anak yang comel, menghabiskan sisa-sisa hidup melihat anak cucu membesar dan akhirnya menyambut panggilan Illahi keseorangan.

Aku selalu terfikir, sebelum tidur selalunya, macam mana keadaan aku bila tiba waktu tu nanti. Dah takda nafas lagi keluar dari hidung aku. Dibawa ke tanah perkuburan. Ditanam dalam tanah tempat asalnya kita semua datang, keseorangan menjawap soalan-soalan Malaikat. Menunggu sehingga hari Kiamat datang untuk dibangkitkan semula. Kita tak tahu apa yang akan terjadi masa kita di alam barzakh tersebut.

Aku sangat takut bila memikirkannya. Sekurang-kurangnya ingat kepada saatnya kematian. Menyebabkan aku bermuhasabah setiap hari. Adakah cukup amalan aku ketika hidup ini untuk dibawa ke sana. Mengingatkan aku kepada satu kalimah:

"Bila Malaikat Maut datang menjemput, terputuslah amalan anak adam kecuali ilmu yang bermanfaat, sedekah jariah, dan doa anak yang soleh"

Hadis Riwayat Muslim

InsyaAllah, akan sedaya upaya aku menjadi yang ketiga itu.
Menghadiahkan berbakul-bakul amalan buat ahli keluarga yang telah pergi.

Semoga pabila sampai saat aku bertemu Ya Rabbul Izzati,
akan dapat aku merasa pengakhiran manis para solihin. Amin.

Takziah buat Norizan Hj. Ismail sekeluarga. Semoga Rohnya dicucuri rahmat Allah S.W.T. Al-Fatihah.

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*