Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

d' konvokesyen..

Salam..

Alhamdulillah. Berkesempatan lagi gua menulis dalam blog gua ni.
So, gua nak cerita pasal konvo gua. Nak baca, baca. Taknak baca pirah mabuk.

Gua masih dalam mood kegembiraan konvo lagi bena.
Walaupun mood swing gua dah kembali untuk bekerja.
Tapi gua rasa, macam baru semalam benda-benda best tu berlaku dalam hidup gua

Malam sebelum konvo gua jumpa kawan-kawan baik gua.
Terasa happy sangat dapat jumpa diorang. Dan sedih sangat bila dorang nak blah.

So, pagi tu. Gua bangun seawal jam 645 pagi. Pandang kanan, budak-budak ni masih terbongkang atas katil. Kalau gua layan kepala dorang yang jeles untuk tidur kembali, jawapnya, gua dengan konvo gua boleh pergi jalan..

Gua mandi-mandi, solat subuh. Then pakai baju yang gua dah gosok sejak semalam petang lagi.
Sepasang baju melayu hitam lengkap bersamping hitam. Mempunyai jaluran perak dan merah pada sulamannya.

Gua terasa smart giler pagi tu. John dan mel dengan suit nya, sapiq dan zarul lengkap berbaju melayu.
Dah smart-smart, naik pulak kereta kancil zarul. Memang sendat. Tapi tak da hal. Tu semua takkan meruntuhkan semangat kami pagi itu.

(lagu Anugerah Aidilfitri berdendang dari Handset gua)

"Bang, mak baru sampai ni.. Macam mana ni?"
"Ha, mak masuk terus dalam UMP. Pintu utama tu. Mak carik parking dekat-dekat dengan bas UMP banyak-banyak tepi jalan. Mak tunggu sampai abang datang"

So, gua terus macam tergesa-gesa nak pergi jemput family gua. Gua kemaskan diri gua balik, nak tunjuk dengan mak ayah gua betapa smartnya anak mereka pagi itu.

Jumpa mak ayah gua. Then gua bawak diorang berjalan menuju ke dewan konvo.
Adik-adik gua semua tak mandi lagi. Yang dah siap cuma mak dan ayah gua je.
Takpa, memang gua dah plan nak serahkan adik-adik gua ni kat cik Hana jaga diorang.
Mak ayah gua masuk dewan kang, takda orang jaga.

Gua pun tinggalkan diorang dan tinggalkan no. cik Hana kat mak gua untuk uruskan adik-adik gua tu sementara gua kena pergi mendaftar ni.

Sampai dalam perpustakaan baru yang sangat besar itu, ramai bakal-bakal graduan dah berkumpul sambil bebual ceria antara satu sama lain.
Gua nak sampai kan ke kaunter BMF yang terletak paling hujung, terpaksa menempuh banyak giler checkpoint (bersalaman dengan member2 se batch)

Sampao kaunter, satu akak cun dah ready nak serve gua pagi tu. Tanya nama, no telefon, single ke tak then baru kasik lepas.

Gua ingat boleh jumpa mak ayah gua balik, rupanya kena terus pergi dataran berhimpun.
Hampeh. Gua risau je mak, ayah dan family gua. Tapi gua percaya dorang tak lost punya.
Pasal ayah gua driver teksi. Heh

Kitorang semua kena sarung dah Jubah Konvokesyen lengkap dengan mortar board atas kepala.
Memang terbaik dan lawa pemandangan tu. Macam siri harry potter yang gua minat giler tu, tengah berhimpun sebelum masuk Hogwarts. Tak sudah-sudah gua bilang kat member-member gua "macam cerita harry potter doh.. harry potter doh.." Excited giler gua..

Kitorang disusun mengikut fakulti, mengikut giliran naik ke pentas. Payah jugak rupanya nak susun beratus orang ni. "Awak ke depan, awak ke belakang!" Tu je la yang gua dengar dari mulut-mulut staff yang cun-cun ni.

Perarakan masuk bakal graduan dimulakan dengan budak mechanical tulen, automotif dan pembuatan. Kitorang la tu. Terasa ghairah, nervous semua ada masa tu.. Lagak macam harry potter je gua masa masuk dalam dewan tu. Gua rasa lepas habis ni nak je pergi main Quidditch.
Segak beb. Masuk tv siap ni. Cameraman bersepah kot di tepi-tepi laluan kitorang tu.
Gua buat muka cool je. Mak dengan ayah gua tengok gua dari dalam dewan ni.

Yang gua perasan, ada satu pokok bunga kat pintu masuk dewan, semua orang langgar daun pokok tu.
Kesian pokok tu.

Sampai tempat duduk, kena berdiri, kena tunggu yang lain semua habis masuk. Gua carik mak ayah gua.
Janganlah dorang tak masuk lagi. Jeng.. jeng.. rupanya ada sebaris je kat belakang gua kat tempat duduk ibu bapa. Mak gua lambai kegirangan. Heheh

Dah lepas perarakan Cokmar masuk, nyanyi-nyanyi lagu pesawat semua, baru dapat duduk. First yang akan ambik scroll hari ni adalah budak-budak mekanikal.

Dekan fakulti gua pergi dekat rostrum tu, meminta izin Yang hormat dato' tu untuk menyampaikan scroll. Siap kena mintak-mintak izin pulak. Dibuatnya tak diizinkan, memang berbaloi-baloi pengorbanan. Macam Maya Karin.

Budak-budak mechy dah beratur tepi pentas. Perghhh.. dugong memang gempak. Orang ketiga tu ambik scroll. Papapapawer doh dia.

Lama jugak la tunggu giliran gua. Sampai masa, dorang rampas kad alumni gua untuk scanning nama, supaya terpacul nama kat screen nanti. Rampas bermaksud gua taknak bagi, tapi terpaksa bagi kad tu. Cess.

Tangan gua disapu dengan sejenis cecair. Gua rasa untuk menghilangkan peluh-peluh yang ada pada tangan-tangan semua orang supaya tidak melekat-melekat di tangan pemberi scroll. Supaya beliau boleh tersenyum hingga ke akhir rancangan.

Step, by step.. Ippo.. Ippo.. Gua dah berdiri dekat bulatan atas pentas yang membawa maksud nama gua akan dipanggil sekali sahaja selepas ini dan gua tak boleh buat bodoh ketika nama gua dipanggil. Gua kena pergi ambik scroll gua.

"Mohd Zaini Bin Jamak a.k.a wakjai"

Fuiyohh! siap nama gelaran lagi dia panggil. Bagos betul UMP.

Gua berjalan sambil senyum-senyum kerang ke arah Dato', dia pun respon baek punya senyum kat gua balik, gua salam, ambik scroll, ucap arigato gozaimasu dato', then dengan selamba gua blah meninggalkan Dato'tu terpinga-pinga terpaksa melayan karenah graduan lain pulak.

Masa gua turun, gua berlagak macho je macam ayam jantan kerana gamba gua di tangkap di sana sini.
Terang giler gua rasa dunia gua masa tu. Gua rasa macam baru lepas mendarat dari kapal layar Azhar Mansor. Tah cantik ke tak gambar dorang ambik ni. Layan..

Sampai tempat duduk, memang dahsyat budak-budak course gua ni. Semua keluarkan hanpon, ambik gambar macam nak rak. Tadi macam baek-baek je masa masuk gua hingat seko pun tak bawak kamera atau hanpon kamera, rupanya sangkaan gua meleset. Rupanya gua je yang skema mangkok pagi tu.
Pasal dalam surat tulis:

"Tidak dibenarkan membawa kamera, telefon bimbit atau alat kelui ke dalam dewan. Apatah lagi CPU, joystick, PSP atau majalah ujang sekali pun. Anda lebih baik berfikir 6 kali sebelum membawa masuk barang-barang tersebut"

Perghh.. punyalah gua ingat absolute arahan tu, rupanya budak-budak ni bedal je. Gua betul-betul terpedaya kerana gua ingat macam pergi supermarket tak boleh bawak masuk anjing. Ishh.. geram betul la. Tak dapat ambik gamba.

Habis je upacara tu semua, yang first gua carik adalah mak ayah gua. Mula-mula cool je mak ayah gua kan..
Then gua mintak salam kat diorang sebagai tanda gua berterima kasih atas pengorbanan dorang selama ni.
Habis berjuta hanya untuk aku belajar. Mak gua menangis terharu, gembira jugak barangkali.

Mak gua peluk gua dengan erat, cium kedua belah pipi gua ni. Bersungguh-sungguh. Lama jugak mak gua peluk gua. Ayah gua tengokkan je. Mak dah lepaskan eratan tu, gua salam dengan ayah gua.

Tak pernah-pernah gua dah besar ni ayah gua cium pipi gua ni, tapi ayah gua hilangkan semua ego dia tu cium pipi gua pagi tu. Peluk erat gua sama macam mak gua tadi. Sangat terharu. Gua sangat terharu pagi tu.
melihat titisan airmata kegembiraan kedua mak ayah. Gua pun rasa nak keluar je airmata tapi gua tahan.

Baru gua tau apa maknanya erti airmata kegembiraan tu.

"Terima kasih mak, terima kasih ayah. Abang akan balas pengorbanan mak dan ayah selama mana yang abang mampu"

InsyaAllah.. Amin..

8 cakaran:

anzec October 16, 2009 at 2:31 PM  

bebebebest la cte ko nih. leh lawan cter papadom kot~ haha

apepon,aku mewakili 1 negeri Perak, ucapkan TAHNIAH kat ko. haa..sultan perak pon kem slm. nnt dtg sini,roger jek. kalo de job kosong best2 pon, roger org2 sini.k,chow~

Waq D. Jai October 16, 2009 at 8:32 PM  

ha! papadom. aku nk liyana jasmay jd awek aku dtg mase konvo. ok x? haha

Thanx pal. InsyaAllah. mmg plan nk ke sane.. aku tgh kumpul pngalaman. nak join korang dak2 UTP main line petronas plak..

Dayana October 18, 2009 at 2:40 AM  

congrats.

Waq D. Jai October 18, 2009 at 9:29 PM  

huiyo.. sorg lg dak UTP. sek sedak ar korg.. thanx deyna

Dayana October 18, 2009 at 9:31 PM  

haha. sek sedak? apa tu?

Waq D. Jai October 18, 2009 at 10:47 PM  

set2 sedap la.. kerja msti gaji muai giler pahni..

Dayana October 18, 2009 at 11:57 PM  

huhu. aminn.. tapi tak semestinye.. tempat kita belajar tak menentukan kesedapan gaji. hehe.

Waq D. Jai October 20, 2009 at 11:17 PM  

btol2.. sume bergantung kepada rejeki.. Hehe

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*