Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

tinjauan serata tempat

hari ini aku tinjau-tinjau ke blog-blog rakan-rakan blog aku. banyak yang menarik. aku ambil sedikit dari rakan blog aku bernama narumi

Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya.
Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.
Kepada wanita lah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri.
Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki,
tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.
Tidak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh-Nya.
Didiklah mereka dgn panduan oleh-Nya

JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA
AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU
HATI SERAPUH KACA, KUATKAN DENGAN IMAN
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK

first posting narumi BM ni. tertarik pulak aku. aku pun ambil la sedikit untuk jadi pengajaran kat aku dan anda-anda sekalian. memang betul apa yang ditulis tu..

ini pula dari pjoyz. menceritakan periha fenomena baru di kuantan. katanya:-

"East Coast Mall, sebuah pasaraya yang baru sahaja dibuka 4 hari lalu di Kuantan. Desas-desus mengatakan bahawa pasaraya ini merupakan pasaraya yang terbesar di Pantai Timur. Kebenarannya, anda nilailah sendiri. Hari ini aku berpeluang melawat ECM bersama Yux, Moon dan Wan. Mungkin kerana baru dibuka, sambutannya agak menggalakkan sehinggakan kami terpaksa meletakkan kereta di bahu jalan. Tidak hairanlah keadaan Mega Mall Kuantan agak lengang pada hari ini walaupun filem Iron Man sedang ditayangkan di pawagam."

setelah membaca hasil tulisan beliau ni, aku rasa nak pergi jugak dalam minggu ni. untuk memastikan kesahihan cerita beliau tersebut.

ini yang menarik perhatian aku. dipetik dari naza. aku memang suka dengan tulisan-tulisan beliau. seorang rakan blog aku yang lantang bersuara dalam blognya hingga mencetuskan ketidakpuashatian sesama rakan di kampus beliau:-

Thursday, May 1, 2008

chelsea dan labu-labunya

chelsea dan manchester united berjaya mara ke final champions league.

drogba, antara pemusnah impian liverpool untuk mara ke final.

beliau memang hebat, hebat dalam erti kata:


1. seorang diver bertauliah (atas padang punya diving, bukan dalam laut)

2. mematahkan gigi pemain lawan (vidic)

3. mampu menjatuhkan pemain lawan tanpa dikenakan apa-apa kad (hyypia)


kita jumpa di moscow.


tak puas hati betul ha dengan chelsea. komen untuk posting dia yang ni penuh dengan carut marut dan caci maki dari kipas-kipas man u ni. aku pun dengan selamba balas balik. mengatakan yang kipas-kipas man u ni kenapa la suka sangat mencarut, rendah-rendah kan kelab lain. kipas-kipas chelsea, liverpool, arsenal tenang je. tak ada la gelabah, macam red devil ni. dah di rasuk dek setan barangkali?

bang? ko sokong sambil mencarut ko dapat markah lebih ko punya assignment ke walaupun lecturer ko man u? sengal..


aku kipas chelsea

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*