Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

sedar la diri wahai waqjai

1800 H, Sabtu
03/05/08
Klinik Al-Farabi


aku terjaga dari tidur ku sepanjang hari ini.. badan aku semakin panas. memang dah teruk demam aku kali ni. walaupun dah makan ubat lepas sarapan pagi tadi. tetap tak surut-surut. aku memang biasa macam ni. jarang kena demam, tapi dalam satu tahun mesti akan kena satu kali demam yang sangat teruk. dan tahun ini aku kena pada waktu final exam..

mungkin demam kali ni mengingatkan aku untuk aku muhasabah diri aku balik. sepanjang tahun ni mungkin aku dah banyak terlepas pandang mengenai banyak perkara, menyakiti hati orang-orang di sekeliling aku. mimpi-mimpi buruk yang aku dapat sepanjang aku demam ni seperti memberitahu aku untuk sedarkan diri aku ni balik. yang menyusahkan bukan aku sahaja, tapi menyusahkan pihak yang lain.

mel cakap muka aku sangat merah petang tadi. aku berpeluh-peluh. badan aku panas. aku tengok muka aku kat cermin, cengkung.. jari-jari aku dah jadi sangat kurus. iniah dia setiap kai demam teruk. sapiq datang umah dengan kereta. nak bawak aku pergi klinik. aku turutkan. pasal aku takut aku kena demam denggi. aku pernah kena sekali dulu. badan panas tapi sejuk teramat sangat kat dalam. aku pun di bawa ke klinik...

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*