Instrumental of Unending Life...

"people pass by in a quick pace"

orang besi ke gua? nayyy... gua lemah

2200 Hr, Jumaat nak masuk Sabtu
02/05/08

Selepas berakhirnya meeting mel seperti yang korang baca kat posting sebelum ni (kalau korang baca...) kami berempat pun keluar. dengan rancangan asal mahu tengok iron man. aku, sapiq, mel dan meor. ateh tak jadi pergi. mengada-ngada punya budak. aku gagahkan juga diri aku yang tak larat ni untuk pergi. daripada aku terus melaghu kat bilik macam orang tak betul memikirkan benda yang bukan-bukan.

sepanjang perjalanan, kepala aku terlentok macam tak ada tulang belakang, macam makhluk invertebrata baru lepas kena sabit kesalahan gantung sampai mati. aku pejamkan mata sambil mendengar lagu yang berkumandang di corong radio kereta kami tersebut. "kenapalah dj ni dari tadi maen lagu sedey je ni, rancak-rancak da kena ban ke kat radio?" bisik aku dalam hati. lantak la. dengarkan je.

sesampai nya di megamall, kami terus naik ke tingkat atas menuju GSC. survey tiket dulu..

meor : "kak, iron men ade kol bape?
akak GSC : "1245 dik. yang lain semua da penuh"
meor : " sit no berapa ada?"
akak GSC : "sit 3 dari depan.. tapi kena duduk asing-asing.. dua-dua.."
meor : "tiket yang orang dah book semua dah collect?"
akak GSC : "ada yang dah, ada yang belum..."
meor : " banyak yang belum?"
akak GSC : "sikit je.."

meor memandang kami sambil berkata "macam mana? nak ambik sit tu jugak?"
mel, aku, dan sapiq bersetuju untuk terus dengan sit yang tinggal.. pisah pun pisah la..

da siap beli tiket, kami lepak dekat TAJ. makan dan minum. servis memang teruk gila kedai ni. meor dari tadi order roti kosong tak sampai-sampai. aku yang singgah 7e, dan order lambat pun da sampai. hampeh.. tahan je la..

1245 kami tengok wayang. not bad la cerita dia. cuma kurang aksi pertempuran. banyak kepada pengenalan bagaimana iron man boleh wujud kat layar perak ni. genius la konon. mata aku pandang kat skrin ni tapi kepala aku entah melayang kemana-mana. memang tak ada dalam panggung. abis semua posisi duduk aku try nak bagi selesa, nak bagi hilang rasa sejuk. sampai ke tulang sejuk dia. Alhamdulillah kiranya aku masih ada tulang. tulang lagi banyak dari daging. abis wayang pukul 0300H. tak tau nak buat apa, pergi la TC

dekat TC, ramai pulak orang. mat rempit bersepah, belangkas lagi la jangan cerita. kami lepak tepi pantai. keliling kami banyak la belangkas. aku psycho sorang. pandang lama je. satu-satu blah dari situ. tau panas. panas neraka tak fikir pulak. ko terpeluk-peluk depan aku macam nak rak. blah-blah!. dan benda ni akan mengingatkan aku untuk tidak berkelakuan seperti itu hatta sentuh sikit-sikit pun kerana bukan mahram. dalam demam ni, banyak yang Allah S.W.T. nak tunjukkan kat aku.. Allah Maha Penyayang..

Lepas tu, aku memang dah tak larat terus baring tanpa banyak soal. waahhh!!! banyak bintang malam ni.. syoknya.. aku perhatikan keindahan langit malam tu. bintang-bintang yang pelbagai jenis, mengerlipkan cahayanya kepadaku, kepada seluruh alam.. cahaya indah yang tidak manusia sedari ditutupi keterangan lampu-lampu neon buatan Thomas Edison. dalam asyik aku memerhatikan langit itu dengan fikiranku yang masih bercelaru, aku terlelap di bawah kerlipan bintang yang paing terindah....

sedar-sedar, jam menunjukkan pukul 0400. setengah jam aku terlelap. aku rasa badan aku dengan tangan.. makin panas. "demam aku makin teruk ke?".. sejuk yang teramat sangat aku rasa ni. budak 3 ekor ni masih rancak berbual. apa yang dibualkan pun aku tak tau. ada sepetik dua nama aku keluar dari perbualan diorang. aku tengok belangkas ada lagi berdekatan dengan kami. belangkas yang lebih agresif dari belangkas-belangkas tadi. belangkas tak makan saman. aku pun ajak budak-budak ni gerak.

duduk pulak kat mcD. mel beli la kentang. makan-makan. masin gilerr.. budak-budak ni cakap la.. aku tak rasa apa-apa pun.. hidung sumbat angkara mukus. melantak je la.. hehe. kenyang dah.. da siap tu pergi la kat kereta nak pergi sarapan pulak. meor pegi beli tapau mcD. tiba-tiba dengan kepala hotak aku yang tak betul ni, spontan...

aku masuk balik mcD, beli mcD gak, tapau.. yang aku tau sebenarnya pembelian yang membazir.. tiada penerima.. semuanya berlaku spontan.. tak fikir panjang. sampai sekarang terbiar macam tu je.. apa dah jadik dengan aku.. demam panas sampai ke kepala agaknya...

salam....
c ya on the next post!

0 cakaran:

*: welcoming u... :*

Irrashaimase..!!

*: kauntr :*

*: Jntera Carian :*

indie

*: jm :*

*: klndr :*

*: promoposto :*

*: generasiku kritis & kreatif :*

Malaysia Indie Bands & Music Portal

*: trafiking :*

*: fllwrs :*

*: chtrm :*


*: sosial ntwrks :*

*: soul society :*